Dewan Pemuda PAS Perak terus-terusan jadi Mat Jenin yang penuh dengan angan-angan yang memasang harapan tinggi untuk dibubarkan DUN Perak.
Terbaru, Dewan Pemuda PAS Perak membuat spekulasi bahawa tanda-tanda untuk dibubarkan DUN Perak telah jelas kelihatan hanya kerana Menteri Besar Perak berlepas ke Arab Saudi untuk berjumpa YAB Perdana Menteri.
Spekulasi yang entah dari mana datang logiknya jelas menunjukkan Dewan Pemuda PAS Perak sudah tidak ada kerja lain selain dari mengharapkan pembubaran DUN untuk terus menunjukkan bahawa Pemuda PAS Perak masih wujud. Tanpa politik dan pembubaran DUN, Pemuda PAS sudah tentunya nampak seperti tunggul mati yang hanya menunggu masa untuk reput.
Kalau dah pucuk pimpinan Fuckatan hancur tingkahlaku dan cara pemikirannya tak hairanlah kalau Dewan Pemuda PAS yang macam tak wujud ni berperangai dan berfikiran macam ni. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus. Fuckatan kan ada tiga bapak. Satu bapak tengah sakit kepala terbayang jeriji besi menjelang 25hb ni, satu bapak yang dah tak lena tidur kerana perangai menantu walaupun kunci syurga ada ditangannya, satu bapak lagi sibuk buat rencana nak masuk hutan macam Chin Peng..jadi anak jadi apa? Anak jadilah anak merempat dan terbiar.
Dalam kepala otak Pemuda PAS tak ada fikir lain selain politik. Tidur politik, berak politik, mimpi pun mimpi politik sampaikan terbawa mimpi ke alam nyata.
Rasanya, tidak wujud langsung sebarang spekulasi bila mana seorang Menteri Besar berjumpa Perdana Menteri atas alasan semata mata mahu membubarkan DUN. Payah untuk diterima akal spekulasi Dewan Pemuda PAS yang kelihatan agak dungu dan dangkal. Inilah sifat PAS yang terlalu berburuk sangka. Menteri Besar Perak ke Arab Saudi untuk berjumpa Perdana Menteri adalah atas jemputan Perdana Menteri untuk mencari peluang peluang yang ada di sana demi mengukuhkan pencapaian ekonomi negeri dan menarik pelabur pelabur dari Arab Saudi ke Perak. Inilah misi perjuangan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mahu mengukuhkan ekonomi Malaysia. Berbeza benar dengan PAS yang tidak nampak langsung cuba mewujudkan hubungan di peringkat antarabangsa yang boleh menjana ekonomi. Kalau ada pun sekadar mengharapkan simpati politik semata-mata.
Rakyat jangan terpedaya dengan mainan politik sampah Pemuda PAS ini. Kita tidak mahu berpolitik sepanjang masa kerana kita masih ada misi yang perlu dilaksanakan iaitu memelihara keharmonian negara baik dari segi ekonomi,politik dan sosial dengan berteraskan gagasan 1 Malaysia..Depa nak berpolitik biaq pilah...Usah dilayan ragam anak anak muda yang kecewa ini.