Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Aspan Alias: Awak pun tua juga



URA-URA yang mengatakan sahabat blogger Aspan Alias akan bertanding di dalam PRU ke 13 nanti tampaknya semakin jelas dan bersuluh. Aspan semakin ligat menghentam pimpinan pimpinan UMNO yang ramai di antara mereka adalah sahabat Aspan semasa berada di dalam UMNO.

Tetapi dek kerana jodoh tak panjang atau mungkin ada rajuk dan terguris hati Aspan membuat keputusan untuk keluar dari UMNO. Bukanlah satu keputusan yang memeranjatkan kerana ramai di antara kita orang-orang UMNO yang keluar dari UMNO kerana rajuk dan keluh kesah kerana tiada tempat dan platform di dalam UMNO. UMNO bukan ketandusan pemimpin seperti dakwaan sesetangah pihak termasuklah Aspan. Dek kerana persaingan merebut jawatan dan tempat di dalam UMNO itulah mereka yang kecewa dan rajuk akhirnya membuat keputusan meninggalkan UMNO. Mencari dahan baru yang setidak-tidaknya masih ada harapan untuk membawa mereka terbang ke langit biru mengejar impian untuk berkuasa dan berupaya dari segi ekonomi. Benarkah semasa hayat mereka berada di dalam UMNO mereka berjuang? Aspan tentunya boleh menjawab pertanyaan ini. 

Kalau benar pejuang tentulah tidak akan tersipu malu untuk berterus terang apa yang telah sama ada UMNO atau sahabat di dalam UMNO telah membantu Aspan. Sekali sekala alangkah manisnya jika Aspan memberitahu pada umum apa yang telah UMNO bantu beliau. Ramai di kalangan sahabat di luar sana yang ada bercerita perihal UMNO membantu Aspan. Mudah-mudahan akan terbuka hati Aspan untuk mengucapkan terima kasih kepada UMNO.

11 November, di dalam artikelnya Aspan menggunakan ayat yang kurang manis kepada Rais Yatim. Jebat tidak mahu mengolah ayat yang dilemparkan oleh Aspan kepada Rais kerana pada Jebat orang setua Aspan semoleknya tahu untuk menggunakan ayat yang lebih bersopan kepada Rais jika sekalipun tidak cinta. Kalau tidak tentu sahaja loghat Kelantan sesuai dilemparkan kepada Aspan "SIO SIO..TUO SAJO". Jika Aspan merasakan Rais sudah terlalu tua untuk dikekalkan sebagai Menteri atau calon di dalam PRU 13, Aspan juga perlu sedar bahawa beliau bukanlah 'terlalu muda' untuk menggelarkan Rais seperti itu. Kalau Aspan berusia sekitar 20an mungkinlah boleh kita terima jika dia menggelarkan seseorang itu tua. Kalau sesiapa yang ada modal lebih rasanya bolehlah menghadiahkan cermin kepada Aspan pada harijadinya kelak. Cermin untuk apa? Sendiri mahu ingatlah.

Tapi yang mudahnya, kehebatan Rais di Jelebu sudah lama dihidu oleh gerombolan Pakatan di Negeri Sembilan. Justeru. kehebatan itu harus disentap dahulu daripada minda orang-orang Negeri Sembilan supaya di dalam PRU ke 13 nanti akan lebih memudahkan Pakatan menyelinap masuk ke Negeri Sembilan. Ini teori murah dan berulang kali digunakan. Takkanlah setua tua Aspan tiada modal baru yang hendak digunakan. Takkanlah di dalam parti baru Aspan tidak berjaya mengolah suatu pendekatan baru yang boleh menampakkan beliau lebih cerdik semasa berada di dalam UMNO.

Rais terlalu hebat di Jelebu dan keadaan ini pastilah menggusarkan gerombolan Pakatan kerana ramai di antara kita sedar dan tahu bahawa gerombolan Pakatan beria menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri di bawah pemerintahan mereka di dalam PRU ke 13 nanti. Suka tak suka, kehebatan dan nama besar Rais di Jelebu harus dirobekkan dan tidaklah kita hairan jika Aspan menghiris hiris nama Rais kerana sebagai hero yang baru hendak dilonjakkan oleh gerombolan Pakatan di Negeri Sembilan kita sedar benar mengapa Aspan menulis sedemikan rupa.

Tak mengapalah itu pandangan peribadi Aspan. Sama juga seperti Jebat yang melontarkan pandangan peribadi terhadap penulisan Aspan. 

Mudah-mudahan Aspan akan dicalonkan nanti dan kalau Aspan rasa yang dirinya masih muda berbanding Rais apa kata Aspan bertanding di kerusi Parlimen Jelebu nanti. Barulah masuk gelanggang namanya. 

Sama sama tua dan kita nak lihat siapa yang lebih popular nanti. Amacam Aspan? Ada bran?


Friday, January 13, 2012

Awas..PKR semakin hampir menawan Negeri Sembilan

Semasa keputusan mahkamah membebaskan Nuar Berahim pada 9 Januari, heboh di kalangan puak-puak Pakatan yang berbisik sesama sendiri bahawa mereka akan berjaya menang di beberapa negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti dan antara negerinya ialah NEGERI SEMBILAN.

Di dalam ceramah di Negeri Sembilan semalam membuktikan betapa bisik-bisik mereka itu bukan omong kosong dan nampaknya PKR semakin hebat dalam melayarkan sayapnya ke Negeri Sembilan. Menteri Besar Negeri Sembilan kenalah berjaga-jaga kerana momentum PKR untuk menawan Negeri Sembilan sudah meluap-luap.

Gambar di bawah jelas menunjukkan betapa semangat orang-orang Negeri Sembilan untuk menyokong PKR seakan sudah tidak boleh dibendung dan terpaksa berasak-asak untuk mendengar amanat daripada pimpinan PKR. Amat membimbangkan.



Lihatlah ratusan ribu yang hadir di ceramah tersebut sehinggakan penganjur terpaksa membentang tikar kerana kerusi yang disediakan penuh. Ada juga yang terpaksa berdiri tanpa memikirkan lenguh di kaki kerana mereka sudah tidak sabar-sabar untuk menawan Negeri Sembilan.

Tentu lalu-lintas sesak di Negeri Sembilan semalam. Masa di sekolah dulu, cikgu ada berkata 'kalau lebih dari satu maksudnya banyak..maka bilangan yang hadir di ceramah ini sangatlah banyak'..

Mana perginya bas-bas yang biasanya membawa pendengar 'import' untuk memenuhi ceramah Pakatan? Bajet sudah habiskah kerana membawa mereka ke mahkamah tempoh hari?

Kredit kepada blogger TAUKE IKAN ...

Saturday, September 26, 2009

Bagan Pinang: Isa Samad atau kalah

Aku dan beberapa teman baru saja balik dari Bagan Pinang..Hadir untuk majlis Aidilfitri anjuran UMNO Cawangan Bagan Pinang..Kalau orang PAS tengok majlis ni mesti muka orang orang PAS kedut seribu dan macam tapai basi. Seribu lebih orang yang hadir menunjukkan satu jumlah yang agak besar pasal ianya satu majlis yang dianjurkan oleh UMNO CAWANGAN DAN BUKAN UMNO BAHAGIAN.

Di sebalik kemeriahan majlis tersebut ada yang lebih meriah..KEHADIRAN TAN SRI ISA SAMAD sebagai tetamu kehormat.Isa diberikan tepukan gemuruh sebaik saje beliau masuk ke dewan..lebih dari itu semua orang berdiri memberi hormat. Kesempatan bersembang dengan beberapa orang teman dari Negeri Sembilan jelas tunjukkan orang Bagan Pinang mahukan Isa Samad. Salehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) awal awal lagi dah kecut telur kalau Isa Samad diletakkan sebagai calon..pasal tulah dia mahu UMNO letakkan calon yang kononnya bersih dari politik wang. Sallehudin tahu kalau Isa Samad dipilih sebagai calon PAS akan jalan telanjang bulat di Bagan Pinang..

Fuhh..masih berbisa nampaknya Isa..kecil kecil cili padi walaupun pendek tapi masih diminati.

Nampak gayanya UMNO tidak ada pilihan..PILIH ISA SAMAD SEBAGAI CALON ATAU KALAH!!!

Kalau tak pilih Isa, aku cadangkan letak Rohaizat atau Wan Farid...degil..degil lah lagi..tak reti reti bahasa..

Thursday, September 10, 2009

Bagan Pinang: BN jangan buat silap lagi

Entah bila agaknya akan diadakan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang..Tak apa tarikh itu kita serahkan pada SPR yang lebih arif dalam membuat keputusan dan kita jangan nak sibuk sibuk campur urusan SPR tu.

Cuma aku lebih tertarik untuk memberi pandangan agar BN mengambil sikap lebih berhati hati di dalam memilih calon..Jangan sampai tersilap langkah lagi seperti di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu. Perjuangan yang menjadi sia sia apabila memilih calon yang salah dan hanya akan kalah sebelum bertanding.

Rasanya tak salah kalau Tan Sri Isa Samad diletakkan sebagai calon kerana mengenali beliau secara peribadi boleh aku katakan sikapnya A+ dan mesra rakyat..tapi kembali kita serahkan kepada UMNO dan pengundi Negeri Sembilan untuk memilih siapa yang mereka suka untuk diketengahkan. Suara pengundi jangan di ambil remeh oleh BN.

p/s: Dengar khabarnya PAS sudah mula mengorak langkah awal dalam berkempen sampai mampu berkempen di dalam kem tentera.Benarkah? Siapa yang tersilap congak atau aku yang tersilap dengar?