Isa dan Ali sudah melahirkan hasrat untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO.
Keduanya hebat. Nama besar biarpun sudah menjadi bekas pimpinan tertinggi negeri.
Isa kata beliau tidak terlalu tua untuk merebut jawatan itu.
Ali kata beliau hendak bertanding jawatan itu kerana hendak memartabatkan bangsa Melayu.
Kedua-dua sebab itu merupakan asas pegangan mereka hendak bertanding. Prinsip.
Sebaik Ali dan Isa mengumumkan untuk bertanding, ada pihak yang tentunya sudah tidak senang duduk kerana satu Malaya tahu akan kehebatan Ali dan juga Isa.
Ada blogger yang sudah berapi mengatakan apa perlunya Ali di bawa ke persada politik sekali lagi sedangkan beliau sudah DITUNJUKKAN JALAN KELUAR oleh pengundi di dalam PRU ke 13 yang lalu. Benarkah dakwaan blogger itu atau sekadar kenyataan untuk membela mana mana nama yang akan bertanding di dalam Perhimpunan Agong nanti? Adakah kelibat Ali dan Isa di dalam perebutan itu nanti akan menggoyahkan tuan-tuan tertentu?
Jika benarlah dakwaan blogger tersebut, mengapa beliau tidak menunjukkan jalan keluar kepada Shahrizat Jalil yang juga pernah tewas di dalam PRU?
Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa mungkin akan ada tangan-tangan ghaib yang akan membantu calon-calon tertentu untuk mencapai kemenangan? Atau mungkinkah kita akan dikejutkan dengan penarikan diri di saat-saat akhir oleh Isa dan Ali?
Kita mahu Isa dan Ali terus berprinsip dan teguh pegangan. Tidak mudah terkesima dengan bau-bau harum dan tidak senak perut dengan mana-mana tangan ghaib seperti yang didakwa.
Isa Samad dan Ali Rustam, biar jantan sampai ke sudah!!!!!