Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2012. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Bajet: Perlu apa pada debat



Suatu perkara yang amat melucukan bila membaca di SINI.

Pimpinan Pakatan bertindak seolah artis yang mencari publisiti murahan dan kegilaan untuk ber'posing' di depan kamera.

Sehebat mana pun bajet yang dibentangkan sama ada oleh Perdana Menteri mahupun bajet 'Mat Jenin' yang 'dibentangkan' oleh Pakatan tempoh hari, tiada siapa pun boleh meluluskannya kecuali dibentang, dibahas dan kemudiannya diluluskan di dalam Dewan Parlimen.

Perdana Menteri dan Nuar tahu keadaan itu tetapi 'kegilaan' yang bersifat mabuk kamera oleh pimpinan Pakatan hanyalah sebagai 'cubaan' untuk mempromosi 'kehebatan' bajet yang dibentangkan mereka yang telah ditertawakan oleh rakyat melihat kepada 'kegilaan' yang tidak langsung menampakkan ciri dan kematangan sebagai pemimpin.

'Kemaluan' itulah yang mahu ditebus oleh pimpinan Pakatan dan ianya hanya dapat ditebus dengan memperlihatkan 'kehebatan' bajet mereka dengan penggunaan 'air liur'. Umum tahu, kehebatan 'lidah' Nuar sebagai seorang 'tukang karut' di dalam dikir barat dan sebagai 'penglipur lara' di dalam wayang kulit.

Sejak debat antara Nuar dan Shabery Cheek tempoh hari, Nuar tahu 'kehebatan' lidahnya masih belum ada tandingan. Nuar mampu menunjukkan bahawa batu yang dipungut di longkang adalah batu permata yang diturunkan dari syurga. Begitulah kehebatan Nuar bermain dengan kata dan kepada manusia di luar sana yang malas untuk berfikir pasti akan 'tergoda' dengan kata Nuar sebagaimana manusia yang akan tergoda dengan tawaran segelas air oleh syaitan tatkala menghembuskan nafas terakhir.

Mendengar kepada mainan lidah Nuar samalah keadaanya dengan membaca novel cinta yang menerbitkan bebola air mata kesedihan di awalnya dan bila tersedar dari lamunan barulah kita tahu bahawa kita hanyalah sedang membaca sebuah novel yang karyanya oleh..Nuar Berahim Anugerah Tuhan.

Tunggu saja keluaran novel terbaru karya Nuar Berahim Anugerah Tuhan. Cuma orang yang suka berkhayal akan terpengaruh dengan cerita Mat Jenin dan tidaklah menghairankan bila Samad Said turut terpesona dengan mainan kata Nuar Berahim. Sama dunia dan sama khayalnya.

Tuesday, October 11, 2011

Miskin benar Yang Berhormat Malaysia



Dengan tanggunggjawab yang besar seperti Yang Berhormat yang pengundinya bukan ratusan, elaun sebanyak RM 6,500 sebulan adalah sesuatu jumlah yang cukup kecil.

Sewajarnya elaun itu dinaikkan bagi membolehkan Yang Berhormat bertugas membela nasib rakyat di luar sana. Dan 'keperitan' itulah yang telah mendorong Perdana Menteri mengambil kira untuk menaikkan elaun Yang Berhormat semasa pembentangan bajet tempoh hari.

Tetapi dek kerana keangkuhan 'boss' Pakatan nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Jangan salahkan Perdana Menteri kerana kenaikan itu tidak dapat dilaksanakan.

'Boss' Pakatan yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu memanglah tidak merasai apa yang Yang Berhormat lain rasai. Dengan pencen yang 'boss' Pakatan itu terima dan dengan gaji sebagai Ketua Menteri memanglah kenaikan itu tidak memberi kesan kepada mereka. Tetapi kepada Yang Berhormat Cabuk, nampaknya 'miss soru' lah jawabnya.

Bukanlah tabiee dan etika sebagai boss yang baik apabila terlalu memikirkan kedegilan kepalanya tanpa mengambil kira 'poket' anak-anak buahnya yang sentiasa 'sakit'.

Mungkin sudah ditakdirkan Yang Berhormat Pakatan akan kekal menggunakan perkhidmatan awam dan tidak hairanlah kalau ada Yang Berhormat Pakatan kerap ke Puduraya untuk mengambil sebarang perkhidmatan.

Patutlah yang mendapat gelaran Yang Berhormat Puduraya membantah kenaikan elaun ini kerana mungkin jika elaun sudah dinaikkan beliau tidak lagi dapat ke Puduraya untuk mendapatkan 'perkhidmatan' awam lagi.

Sunday, October 9, 2011

Mampukah KPDNKK memantau situasi?



Terima kasih kepada kerajaan di atas sikap prihatin di dalam memahami beban hidup rakyat yang semakin meningkat. Dengan bajet yang baru diumumkan Jumaat lepas rasanya ramai yang boleh menarik nafas lega buat seketika. Soalnya, berapa lamakah kelegaan nafas itu boleh di hela?

Sudah banyak kali terjadi, apabila kerajaan mengumumkan bajet yang bertujuan untuk memberikan kelegaan kepada rakyat, setiap kali itulah kedengaran harga barangan di luar sana akan meningkat. Para peniaga sudah seakan dapat menghidu bahawa saban tahun kerajaan tidak punya banyak pilihan selain daripada memberikan 'bonus' kepada rakyat kerana desakan hidup yang tinggi. Atas nama kepentingan rakyat, atau mungkin jua atas nama kepentingan politik, pilihan terakhir yang ada pada kerajaan adalah memberikan 'bonus' kepada rakyat biarpun sebenarnya 'bonus' itu hanya merupakan durian runtuh kepada para peniaga yang menaikkan harga barang.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mula mengerahkan penguatkuasanya untuk memantau harga barang-barang. Soalnya, berapakah nisbah kedai runcit yang ada dengan bilangan penguatkuasa KPDNKK? Rasanya, KPDNKK harus tampil dengan modus operandi yang lebih kompetitif berbanding penguatkuasaan konvensional yang seakan tidak relevan dengan zaman sekarang. Rakyat hanya mampu tersenyum dengan laungan amaran yang dikeluarkan oleh KPDNKK kepada peniaga yang menaikkan harga barang. Jangan pula Ismail Sabri akan menjadi Menteri Amaran Kedua selepas Hishamuddin.

Sama-sama kita tunggu apakah KPDNKK mampu untuk menangani masalah ini atau ianya sekadar melepaskan batuk di tangga?

Rakyat di luar sana, sudah banyak kali 'terkena' dengan 'badi' bonus yang diberikan kerajaan kerana 'ditelan' mentah-mentah oleh peniaga. Kita tidak mahu tindakan yang sekadar 'melepaskan batuk di tangga'  oleh KPDNKK itu hanya akan membuatkan Menterinya 'tergelincir' di tangga yang licin akibat lendir peniaga.