Wednesday, November 25, 2020

Bajet: Antara gila kuasa dan titah tuanku

 



Hari ini bakal jadi penentu sama ada bajet 2021 yang dibentangkan akan diluluskan atau sebaliknya.

Yang di Pertuan Agong telah bertitah dan menyeru kepada semua Ahli Parlimen untuk menyokong bajet ini dan berhenti berpolitik demi kesejahteraan negara.

Tapi masih ada lagi sebilangan ahli politik yang semacam tak faham bahasa dan engkar dengan titah Tuanku.

Kalau titah tuanku pun mereka sanggup langgar adakah pemimpin seperti ini kita jangkakan akan mendengar keluh kesah rakyat?

Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua dari kegilaan mengejar jawatan politikus politikus yang rakus.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara yang tertera di dalam Rukun Negara akan menagih janji ikrar pemimpin pemimpin ini.

Thursday, November 19, 2020

Kemonlah Zahid




Zahid dengan pair dia, Najib Bosskur sibuk mintak gomen kasi RM10k one off daripada akaun KWSP.

Dalam masa yang sama pasangan ideal ni macam susah pulak nak sokong untuk luluskan bajet 2021.

Katanya RM10k tu untuk kegunaan rakyat di masa susah kerana Covid 19..dah yang ko tak nak sokong bajet 2021 yang terkandung jugak untuk bantuan rakyat semasa Covid 19 dah kenapa?

RM10k KWSP duit rakyat yang harus dipulangkan kepada rakyat..kita setuju...Bajet 2021 jugak duit rakyat yang harus dipulangkan semula kepada rakyat..Zahid dan Bosskur susah nak sokong kenapa? 

#hidupberjuangbiarikhlas

Monday, November 16, 2020

UMNO PAS BERSATU..salah siapa?

 


Cuba tanya kenapa mereka di luar sana marah dan bencikan UMNO?

Cuba tanya kenapa mereka di luar sana marah dan bencikan BERSATU?

Cuba tanya kenapa mereka di luar sana marah dan bencikan PAS?

Cuba kita tanya diri kita sendiri kenapa susah sangat kita nak satukan ketiga parti ini secara total?

Nampak macam sudah mahu bersama-sama berjuang tapi masih cakar mencakar sesama sendiri?

Adakah kerana namanya UMNO, BERSATU dan PAS yang sedia membusuk?

Atau adakah kerana perangai orang di dalam ketiga-tiga parti ini yang sedia membusuk?

Yang jelas, tidak ada salah pada nama UMNO, BERSATU dan PAS..yang salahnya adalah kerana perangai dan sikap busuk hati penghuni di dalam parti itu sendiri.

Buat dan tubuhlah parti baru, wujudlah apa jua nama muafakat dan perikatan atau kerjasama baru sekalipun..kalau penghuni di dalamnya bersikap seperti sampah selamanya bangsa akan semakin musnah.

Cuba tanya diri kita sendiri...





Monday, November 2, 2020

Cakap macam budak budak



Kalau adik tak dapat kasut baru adik tak boleh nak pegi sekolah.

Kalau UMNO takde jawatan macam mana nak bantu rakyat kata seorang hero UMNO.

Pergi belajar dengan Ustaz Ebit Liew. Takde jawatan tetap bantu rakyat yang susah.

Betul ke kalau takde jawatan tak boleh bantu rakyat? Ke ada sebab lain?

Buat perangai lah tu..

Saturday, October 31, 2020

Kemonlah Abah




Hari ni sidang media abah PM pasti mengundang marah rakyat.

Terpaksa buat pilihanraya Batu Sapi dan PRN Sarawak. Terpaksa dan terpaksa,

Atas alasan terikat dengan Perlembagaan..pasti menyusahkan,

Yang menggubal perlembagaan dahulu pun tak pernah terfikir akan wujudnya Covid ni.

Manusia yang menggubal perlembagaan dan sebagai kerajaan yang berkuasa sekarang berbuatlah sesuatu untuk mengatasi perlembagaan dalam keadaan yang sangat sukar ini. Rakyat pasti menyokong jika ianya benar benar terpaksa.

Takkanlah kita nak berputih mata lagi sebagaimana kita berputih mata akibat kenaikan jumlah kes Covid selepas PRN Sabah.

Kemon lah abah..jangan buat rakyat dan tidak selesa.

Apa nak jadi dengan ahli politik..Phuiiii...


Thursday, October 29, 2020

Bila pencak selalu sumbang




Bila 2 nama besar UMNO kantoi katanya nak kerjasama dengan Anwar Ibrahim riuh satu Malaya.

Puas bersilat kem UMNO menepis pertanyaan baik dari rakyat mahupun akar umbi.

Timbul pulak cerita UMNO mahukan kerusi Timbalan Perdana Menteri. 3 nama di sebut sebut.

Semalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO takde menyebut pun siapa di antara 3 nama tu yang layak jadi Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berikrar untuk menjunjung titah tuanku Baginda dan memberi keutamaan kepada pembelaan nasib rakyat.

Bila pencak silat nampak sumbang dan gagal sebelum bertempur tak salah kalau tukar pada silat pulut pengantin supaya nampak menghiburkan. Hebat jugak taichi UMNO..Ingin nampak berjiwa besar dalam pada hakikat sebenar meneguk air liur.

Tak salah mencuba cuma pelik bila semenjak dua menjak pencak selalu sumbang.

Siapa pilihan Perdana Menteri?


                  Gambar sekadar hiasan        


Kalau  nak serahkan nama calon-calon untuk diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri biar ikhlas.

Apa pulak nak letakkan syarat syarat kepada Perdana Menteri yang harus dipatuhi.

Kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri ni hak parti tertentu  ke hak mutlak Perdana Menteri?

Hidup katanya berjuang tapi apa berguna berjuang kalau tak ikhlas dan ada udang di sebalik batu.

Sunday, October 25, 2020

Daulat Tuanku



Dalam apa jua keadaan kita akan sentiasa akur akan titah Baginda Sultan.

Tuanku bertitah bahawasanya Baginda berpuashati dengan corak pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Ada yang terus ambil kesempatan mengatakan Tan Sri telah gagal untuk memohon perlaksanaan darurat dan seharusnya meletakkan jawatan.

Dalam situasi getir berdepan Covid 19 kejayaan atau kegagalan untuk melaksanakan darurat bukanlah perkara asas di dalam pertimbangan tetapi lebih kepada bagaimana seluruh rakyat bersatu dan menyokong kerajaan untuk menangani dengan baik. Itulah harapan Baginda Tuanku.

Tuanku berharap tidak ada lagi istilah kegilaan berpolitik untuk berkuasa dan sesungguhnya jika kita sebagai rakyar engkar dengan titah ini dan meneruskan kegilaan maka jelaslah kita sebenarnya telah pun menjadi RAKYAT DERHAKA dan engkar kepada rukun negara KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

Menjunjung kasih Tuanku..

Wednesday, October 21, 2020

BERSATU




Masa Tadika cikgu pesan..semua kita mesti BERSATU.

Masa sekolah rendah cikgu selalu ingatkan pentingnya BERSATU.

Masa sekolah menengah murid dihantar ke latihan bersepadu untuk faham apa itu BERSATU.

Masuk universiti bertanding jawatankuasa pelajar sudah mula retak sifat untuk BERSATU.

Tamat belajar masuk politik jadi VVIP rasmi program sana sini termasuklah program kenegaraan dan kemerdekaan dengan syair dan gurindam tentang pentingnya BERSATU tetapi mereka jugalah yang sedang meleburkan BERSATU.

Yang tinggal kini hanya istilah BERSATU dan parti BERSATU..itu pun ada di antara kita yang masih sedang merobohkan demi kegilaan kuasa dan memenuhi kehendak tembolok.

Sunday, October 18, 2020

Kipidap Tan Sri!!



 Apa yang tak kena dengan corak pimpinan Tan Sri?

Beliau baca doa..ada orang kata menunjuk riak.

Beliau bagi wang bantuan sara hidup pada rakyat..ada orang kata beliau beli jiwa rakyat.

Beliau buat perutusan..ada orang kata beliau Perdana Menteri perutusan.

Beliau segerakan bantuan rakyat..ada orang kata kena bentang dalam parlimen dulu 


JEBAT KATA

Elok benarlah pemimpin baca doa kita rakyat aminkan doa tu.

Wang bantuan sara hidup pada rakyat sedikit sebanyak membantu rakyat semasa pendamik Covid 19.

Dengar olahan Tan Sri semasa perutusan pun dapat menenangkan gelora jiwa rakyat berdepan Covid. Macam mendengar nasihat seorang abah.

Kalau nak tunggu bentang dekat parlimen silap silap ada rakyat yang dah takde makanan dekat rumah..


Yang tak setuju dengan Tan Sri agaknya dah makin risau poket dah makin kempis..punggung dah panas tak duduk kerusi empuk. Hidup ibarat roda sekejap kat atas sekejap kat bawah..Chill bro!!

Pedulikanlah..yang mengundi jutaan rakyat..yang komplen sana sini hanya sekadar cebisan dari rakyat.

Kipidap Tan Sri..rakyat bersama mu...Bukan senang nak puaskan hati semua orang.