Wednesday, February 6, 2013

Pengundi Gombak cari Azmin


Sudah lama benar tak nampak kelibat Azmin di Hulu Kelang. 

Kisah tak sebulu dengan ibu kandungnya, adalah masalah peribadi biarpun ianya jelas menggambarkan perilaku si anak. Ibu mana yang tidak sayangkan anak tetapi mungkin sahaja ada di antara anak yang tidak sayangkan ibu lantaran ramailah orang-orang tua yang membanjiri rumah-rumah orang tua.

Azmin mengikut sahabat Jebat yang menetap di Ukay Perdana, hanya kelihatan pada kempen PRU ke 12 yang lalu. Itupun sekali sahaja Azmin berkempen di sana beritahu sahabat Jebat tersebut.

Kalau tidak kerana kebanjiran poster yang menempekkan gambar Azmin, tentulah Azmin tidak akan dikenali langsung di Hulu Kelang. Intai-intailah ke Hulu Kelang dan anda semua pasti akan dapat saksikan sendiri bagaimana Hulu Kelang sudah tidak sebersih dahulu. 

Di Taman Permata Hulu Kelang, kawasan yang majoritinya sekitar 90 peratus Melayu sudah ada anjing-anjing liar yang berkeliaran. Ini bukan cerita yang mahu menampakkan kebaikan era pemerintahan BN tetapi ianya cerita benar yang tidak direka-reka. Untuk kepastian intailah ke Hulu Kelang.

5 tahun lamanya ruang diberikan kepada Pakatan untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir urus. Dalam skop yang sekecil Hulu Kelang, jelas Pakatan tidak membuat sebarang kemajuan kepada Hulu Kelang. Yang jelas kelihatan di Hulu Kelang hanyalah penambahan papan tanda. 

Zon Bersih itu yang cuba dinobatkan di Hulu Kelang. Entah di mana justifikasi Zon Bersih itu tidaklah kita ketahui. 

Mungkin Azmin sendiri tidak pernah sedar bahawa salah satu penempatan di Hulu Kelang itu merupakan kawasan zon denggi yang tertinggi di Malaysia buat masa ini. Sehingga ke hari ini sebanyak 13 kes sudah dilaporkan di sebuah kawasan apartment. Kelibat Azmin untuk menziarah mangsa langsung tidak kelihatan.

Cubalah anda renungkan, betapa rakusnya Azmin ketika membaham BN di pentas ceramah politik. Tetapi di dalam bab menjaga kebajikan pengundi, KE LAUT!!!

Bertandinglah lagi di Parlimen Gombak, kami sudah sedia untuk mengajar Azmin erti menghargai kepercayaan pengundi kepada beliau..kata sahabat Jebat dengan muka mencuka.

Intailah ke Hulu Kelang dan anda nilaikan sendiri.


5 comments:

  1. Ya betul tu. Skrg ni segala mcm program dah tak mendapat sambutan dahhhh. Yg menariknya Ustaz Kazim pun dah dihalang untuk bagi Kuliah Maghrib kat masjid di Ulu Klang.

    ReplyDelete
  2. AZMIN PERLU NYANYIKAN DAN HAYATI LIRIK LAGU BERIKUT:-

    TUAI PADI ANTARA MASAK
    ESOK JANGAN LAYU-LAYUKAN
    INTAI PENGUNDI ANTARA NAMPAK
    ESOK JANGAN MERAYU-RAYUKAN.

    ANAK CINA MEMASANG LUKAH
    LUKAH DIPASANG DITANJUNG JATI
    BERCERAI CINTA TALAK TIADA
    UMPAMA RAMBUT BERSIMPUL MATI

    ReplyDelete
  3. Tanya azmin. Dah makan eskrem? Balik la min. Makan kat rumah!

    ReplyDelete
  4. jika kita menuduh orang meliwat, maka kita akan diliwat...betulke? sabar le umi..hidup bangla.

    ReplyDelete
  5. Macamana agaknya perasaan Azmin ketika menyerahkan Shamsidar kat Anwar? I saman U!

    ReplyDelete