Cakera parabola untuk akses internet? Akses gambar ni bolehlah...:)
KALAU Pakatan Rakyat yang berkata kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Sabah dan Sarawak tentulah kita faham apakah tujuannya. Tetapi apabila orang besar Sabah di dalam kerajaan negeri Sabah sendiri yang mempersoalkan kebersamaan layanan kerajaan pusat terhadap rakyat di Semenanjung dan Sabah Sarawak tentulah ianya merupakan BOLA TANGGUNG yang ditunggu tunggu oleh Pakatan Rakyat.
Biar apapun permasalahan yang dihadapi oleh pemimpin kerajaan daripada negeri di bawah bayu itu sebagai pemimpin daripada parti yang sama rasanya beliau mempunyai banyak akses untuk bertanya secara terus kepada pemimpin di kerajaan pusat berhubung kekeliruan yang timbul di benaknya.
Yang menghairankan mengapa beliau mengambil pendekatan untuk menyuarakan ketidakpuashatian beliau di akhbar yang pastinya mengundang campurtangan pimpinan Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan kerajaan. Adakah udang di sebalik batu?
Struktur mukabumi Sabah dan Sarawak telah menyebabkan rata-rata rumah di sana mempunyai cakera parabola yang membolehkan rakyat di sana menikmati siaran televisyen sebagaimana rakyat di Semenanjung.
Semasa Jebat berkunjung ke Sibu baru-baru ini, rumah sahabat Jebat mempunyai kemudahan cakera parabola untuk mendapatkan siaran televisyen kerana menurut sahabat Jebat itu cakera parabola membolehkan mereka sekeluarga mendapatkan siaran televisyen yang berkualiti. Siaran televisyen? Maksudnya cakera parabola di rumah itu dan rata-rata rumah di sana adalah untuk mendapatkan siaran televisyen dan apa pula kaitan cakera parabola dengan akses internet seperti yang diperkatakan oleh orang besar di dalam kerajaan negeri Sabah itu?
Adakah parabola boleh digunakan untuk capaian akses internet? Mungkin boleh dan mungkin tidak boleh. Kita tinggalkan persoalan itu kepada mereka yang arif. Cuma yang ingin Jebat persoalkan mengapakan orang besar Sabah itu tidak menggunakan akses sebagai pemimpin daripada parti yang sama untuk bertanya secara langsung kepada rakan sejawatnya daripada kerajaan pusat?
Hanya dengan membuat panggilan telefon rasanya kekeliruan ini akan dapat diatasi. Khabarnya, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menjelaskan kekeliruan ini kepada orang besar Sabah itu tetapi beliau tidak berpuashati dengan penjelasan yang telah diberikan itu.
Jebat tidak mahu menyentuh dari segi teknikalnya kerana jika tersalah penerangan pastinya akan menjadikan ianya lebih keliru, justeru Jebat hanya ingin bertanya kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, adakah beliau tidak mempunyai jaringan akses untuk menghubungi Menteri atau Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mendapatkan penjelasan?
Takkanlah benda semudah ini sebagai Timbalan Ketua Menteri tidak dapat selesaikan..Aduhai...Apa nak jadi...
Timbalan Ketua Menteri Itu nyata Buta ICT...Tidak tahu membezakan Parabola untuk kegunaan apa dan apa pula gajet untuk akses internet...Ini lah musibah pemimpin dalam BN.. Saya bersetujuh jika Soal Bayaran Akses Internet di Malaysia samada melalui Talian ( TM ) atau Broadband ( Wireless ) TERLALU MAHAL dan tidak Konsisten Penerimaan / Coverage. Contoh Kelajuan disebarkan mencapai puluhan MBPS tapi bila kita gunakan untuk siaran Youtube pun kena BUFFERING...Habis kuota Data kat Buffering dan habis RM kat udara saja, akhirnya pengguna menderita dan pihak pendendali Jalur Lebar Kaya Raya macam Perompak berlesen.. Oleh Orang Sabah.
ReplyDeletecakera parabola boleh digunakan untuk internet....tapi kena ada pemancar yg sama kodnya....parabola rumah tue receive...
ReplyDeleteantara balai polis yg ada prabola untuk internet adalah balai polis jeram selangor....balai polis hutan percha melaka dia terima wave dari pemancarnya...
Salam boss... Hebat Blog Boss... Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog boss... Terima Kasehhh boss....
ReplyDeleteVSAT KAN LEH ACCESS INTERNET...KILANG SAWIT BYK APA PAKAI
ReplyDelete