Baru sebentar tadi penulis pulang dari Pusat Dagangan Dunia Putra untuk mengikuti dengan lebih dekat perjalanan Perhimpunan Agong UMNO 2009. Penulis bukanlah orang yang diberikan mandat untuk memilih siapa yang berhak untuk memimpin UMNO tetapi atas desakan semangat Melayu maka penulis sampai juga ke perhimpunan yang menghimpunkan semua pemimpin Melayu dan pejuang Melayu.
Suasana di PWTC seperti biasa hingar bingar dengan suara para peniaga yang cuba mencari keuntungan di tapak tapak yang disediakan. Alhamdulillah dapat juga peniaga Melayu menjana pendapatan semasa perhimpunan ini berlangsung. Penulis terpesona melihat gelagat di antara para peniaga dan pengunjung yang membanjiri perhimpunan UMNO ini. Dalam keriuhan itu, penulis terdengar ada suara yang entah siapa berkata ‘selepas perhimpunan jemaah haji Malaysia perhimpunan inilah yang merupakan perhimpunan Melayu Malaysia yang terbesar’. Penulis tersenyum dan menganggukkan kepala..ada juga benarnya…Tapi sejauh mana perhimpunan Melayu yang sebegini besar mampu merubah mentaliti dan semangat juang orang orang Melayu?
Sambil memikirkan ungkapan yang didengar tadi, penulis disentakkan dengan jeritan dan pekikan suara dari arah ‘escalator’ yang terletak berhampiran dengan televisyen besar yang diletakkan untuk pemerhati pemerhati yang tidak dapat masuk ke dewan persidangan. Penulis segera beredar kearah jeritan itu..Mungkinkah ada yang berlaku..fikir hati penulis..
Sesampai di ‘escalator’ tersebut..penulis hanya menggelengkan kepala..rupa rupanya ada sekumpulan anak muda sedang ‘meracau’..Bukan meracau kerana tidak sedarkan diri rupanya meracau kerana berkempen untuk calon calon yang bertanding. Tidak ubah seperti melihat rancangan realiti Akademi Fantasia..Tidak cukup dengan sepanduk tukang kempen nampaknya memakai baju yang tertera nama calon calon yang bertanding. Bersemangat benar nampaknya..Mungkin ada ‘allowance’ yang telah diterima..Tak apalahkan..kalau dah rezeki datang bergolek takkan nak ditolak..rezeki jangan ditolak..
Bukan soal itu yang penulis ingin bincangkan di sini. Cuma penulis merasakan kalaulah semangat seperti ini yang tukang tukang kempen ini bawa ke pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai penulis rasa kalau BN tidak menang pun mungkin majoriti yang di capai oleh parti pembangkang pasti merosot. Tetapi benarkah ada semangat pada wajah wajah tukang kempen ini??. Mungkin tukang kempen lupa calon calon yang mereka kempenkan inilah yang merupakan pemimpin atau pejuang orang Melayu untuk masa akan datang kerana itulah tidak nampak seriusnya wajah tukang tukang kempen ini. Riak dan lagak tukang tukang kempen ini tak ubah seperti ingin suka suka dan memeriahkan majlis. Mereka bergurau sesama sendiri dan hanya tersenyum riang kerana dapat memakai baju yang tertera nama calon mereka dan dapat menjerit sekuat hati tanpa ada sekatan..
Dalam kesibukkan itu, penulis pun beredar dari celah celah orang ramai menuju ke satu kedai minum yang tidak jauh dari situ. Sambil menghirup secawan teh tarik penulis berfikir sendiri, rupa rupanya di dalam kesibukkan menjelang tiga pilihanraya kecil yang akan menentukan untung nasib UMNO, masih ada lagi anak anak muda di kalangan UMNO yang sedang bersuka ria seolah olah tidak ada apa apa yang berlaku. Bukankah perhimpunan UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang paling getir kerana pemimpin pemimpin UMNO yang bakal dipilih inilah ‘doktor’ yang akan memulihkan UMNO setelah dimamah di dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Berat amanah yang akan dipikul oleh pemimpin pemimpin yang akan dipilih ini. Kayu pengukur yang pertama terhadap pemimpin pemimpin yang bakal dipilih ini sudah siap tersedia..Tiga pilihanraya kecil yang akan berlangsung inilah gelanggang yang bakal menentukan apakah pemimpin pemimpin yang dipilih ini mampu merubah nasib UMNO atau sebaliknya..
Jangan hanya menang sorak di PWTC tetapi kampung di sana akan tergadai..!!!!!
No comments:
Post a Comment