HEBOH SEKARANG NI PASAL ISU GAMBAR BOGEL SEORANG ORANG KUAT PKR DI SELANGOR..AKU PUN PELIK PASAL TAKDE HUJAN TAK DE RIBUT TIBA TIBA TERUS BANJIR..LEPAS SATU, SATU ISU YANG KELUAR..NAMPAKNYA POLITIK MALAYSIA AKAN TERUS GOYAH SELEPAS NI..YANG AKU TAKUT…ORANG KAMPUNG AKAN JADI MANGSA..AGAKNYA TERKEBIL KEBIL MATA ORANG KAMPUNG DUDUK MEMIKIRKAN ISU POLITIK YANG BERTERUSAN MELANDA MALAYSIA..
AKU CUBA JUGAK RENUNGKAN PASAL ISU GAMBAR BOGEL NI..PADA AKU MEMANG IANYA MERUPAKAN PRIVASI ORANG KUAT PKR TU..DAN TAK SEPATUTNYA DI SEBARKAN..SALAH KALAU KITA MEMBUKA AIB ORANG..AKU TAK TENGOK GAMBAR TU JADI AKU RASA TAK BERAPA ADIL KALAU AKU NAK MEMBUAT PENILAIAN..JADI AKU CUMA NAK BERI PANDANGAN KAT SINI..
SETAHU AKU ORANG KUAT PKR TU MASIH BUJANG DAN BUKAN BERAGAMA ISLAM..JADI PADA AKU MUNGKIN PERKARA INI BUKANLAH PERKARA YANG BESAR..CUMA MUNGKIN DIA MALU UNTUK BERDEPAN DENGAN MASYARAKAT..AKU TERIMA KALAU DIA RASA MALU..TAPI AKU DENGAR TEMAN LELAKINYA MELAYU..DEKAT SINI TIMBUL PULAK ISU BERSEKEDUDUKAN..SAH SALAH DARI SEGI HUKUM SYARAK..ADA YANG KATA GAMBAR TUH DI AMBIL MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT MASA DIA TU TENGAH TIDUR DALAM BILIK..AKU TAK JANGKA MAT SKODENG BOLEH AMBIL GAMBAR MACAM TU KATA KAWAN AKU YANG ADA TENGOK GAMBAR TU..PASAL KATA DIA GAMBAR TU MACAM CLOSE UP..TAKPELAH KITA LUPALAH PASAL MACAM MANA GAMBAR TU DI AMBIL..
AKU CUMA BERASA KURANG SENANG PASAL ISU GAMBAR NI DI POLITIKKAN..EH APA NAK HAIRAN EK..AGAMA PUN ORANG BOLEH MAINKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK NI KAN PULAK GAMBAR BOGEL..APA NAK HAIRAN KAN..
PADA AKU TAK PAYAH LAH NAK KECOH TUDUH ORANG BN YANG RANCANG SEMUA NI..AKU RASA ORANG ORANG BN TAKLE KEMARUK NAK BUAT NI SEMUA..LAGIPUN AKU TAK RASA ADA KALANGAN ORANG BN YANG BOLEH MASUK BILIK ORANG KUAT PKR TU..ASAL PULAK LAH ORANG ORANG PAS, DAP DAN PKR NI KECOH KATA SEMUA NI KEJE ORANG BN..TOKEH MINYAK YANG BARU BALIK DARI DOHA TU PULAK KATA NI SEMUA KEJE JAHAT, CELAKA DAN HINA..WAH..SEDAP MULUT LU JE KATA CAM TU PADA ORANG BN..DALAM KEPALA DIA NI TAK HABIS HABIS PASAL KONSPIRASI..DULU MASA KENA PECAT KATA KONSPIRASI TUN MAHATHIR..SEBENARNYA DIA NI YANG ASYIK BERSANGKA BURUK..TAK CUKUP DENGAN TU LIBATKAN PULAK TPM DENGAN KES ALTANTUYA..WAH MASA DIA NAK KENA KAN ORANG TAK TIMBUL PULAK ISU KONSPIRASI MASA KENA BATANG HIDUNG DIA SENDIRI CEPAT CEPAT KATA NI SEMUA KONSPIRASI BN PUNYA KEJE..BANYAK LE CENGKADAK KAU…
AKU NAK TUNGGU MANA SUARA PAS DALAM HAL NI..TAKKAN TAK KELUAR FATWA DALAM HAL NI..ALA SETAKAT GAMBAR BOGEL TAKKAN TAK BOLEH NAK KOMEN..KAFIRKAN ORANG PUN KAU ORANG DAH BIASA NI CUMA KES GAMBAR BOGEL..APA FATWA TUAN GURU KITA..KITA TUNGGU JE LAH..
AKU TAK KISAH NAK BOGEL KE APA KE TU SEMUA BUKAN MASALAH AKU..MASALAH AKU CUMA AKU TAK PUAS HATI GENG GENG NI MAIN TUDING TUDING JARI PADA ORANG LAIN PASAL NAK TUTUP KELEMAHAN DIRI SENDIRI..KALAU TAK SALAH NAK TAKUT APA..HADAP JE LAH..KALAU ADA BUKTI NI SEMUA KEJE KONSPIRASI BN BAWAK JE KE PENGETAHUAN UMUM..BIAR SEMUA ORANG TAHU..JANGAN ASYIK NAK KELIRUKAN ORANG JE..BUAT SUMPAH LAKNAT KE..HAHAHAH…SUMPAH LAGI…SUMPAH DULU PUN TAK SETTLE LAGI BRO..MIMPI JE LAH..
TAKPELAH..CUMA ALLAH YANG TAHU SIAPA YANG BENAR SIAPA YANG SALAH..DAN BENARLAH KATA PEPATAH..SIAPA NAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN..CIKGU YANG AJAR KATAK MELOMPAT TU NAK MENGAKU KE BERAK TENGAH JALAN?????
No comments:
Post a Comment