Friday, February 27, 2009

DAH PUAS BERPOLITIK DAN MENCARUT.. NAK BERTUMBUK PULAK???

APA KEJADAH NAK BERTUMBUK DEKAT PARLIMEN..DUA DUA PIHAK ORANG POLITIK DAN MENJADI PEMIMPIN MASYARAKAT..TAPI NAMPAKNYA PEMIMPIN YANG ADA DAH MACAM BUDAK BUDAK..NAK MAIN WRESTLING WRESTLING..SAPA MENANG JADI HERO..

KALAU NAK BERGADUH DAN BERTUMBUK SEKALI PUN JANGANLAH SAMPAI KE PARLIMEN..PARLIMEN NI INSTITUSI PALING TINGGI DI NEGARA KITA…TEMPAT SEMUA PEMIMPIN BERTUKAR TUKAR PANDANGAN (BETUL KE?) DALAM MENJADIKAN MALAYSIA LEBIH BAIK..TAPI SEKARANG TENGOKLAH APA DAH JADI DENGAN PARLIMEN..KESIAN LE DENGAN ORANG KAMPUNG..HARAPAN YANG DIA ORANG HARAPKAN PADA PEMIMPIN YANG DIPILIH DALAM PILIHANRAYA SEMACAM DI BUANG KE LONGKANG..SALAH PENGUNDI JUGAK PASAL MEMILIH CALON YANG ENTAH APA APA..NI LE KESAN KALAU MENGUNDI IKUT PERASAAN MARAH SEMATA MATA TANPA MEMIKIRKAN PEMIMPIN YANG DI PILIH ITU BENAR BENAR PEMIMPIN ATAU GANGSTER..LU ORANG FIKIRLAH SENDIRI..

SEMUA YANG TERJADI KAT PARLIMEN NI PASAL MULUT..MULUT TAKDE INSURAN..SEMUANYA PASAL FITNAH DAH MAIN TUDUH SEMBRONO..MACAM MANA BOLEH TUDUH DUA BUTIR PELURU YANG DITERIMA TU BUAHTANGAN DARI PEMUDA UMNO??? BERCAKAP SEDAP MULUT DAN ANAK TEKAK JE..KE DAH NYANYUK..?? TAPI KALAU NYANYUK TAKKAN INGAT PULAK AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI..JADI SEBAB APA? SEBAB MENGADA NGADA DAN SAJA NAK BIKIN PANAS..NAK POPULAR LAH TU SEBAB KAWAN KAWAN DIA PUN DAH BENCI DENGAN DIA..SENDIRIAN DALAM LORONG GELAP…

TUDUH TU SATU HAL TAPI PASAL KATEGORIKAN ORANG SEBAGAI CELAKA TU YANG MEMBUAT PEMUDA UMNO MARAH MELUAP LUAP…AKU FAHAM PERASAAN PEMUDA UMNO TU..ADA BENAR DAN MUNASABAH..KALAU AKU DALAM KELOMPOK DIA ORANG PUN AKU AKAN MARAH…APA DIA INGAT PEMUDA UMNO TIANG ATAU ROBOT..BOLEH HENTAM SESUKA HATI…NASIB BAIK TAK DITIMPA CELAKA HARI TU..SEDAR SEDAR LAH DIRI TU..KALAU KENA KEJAR LARAT KE NAK LARI?

CUMA AKU NAK PESAN PADA PEMUDA UMNO..GUNAKANLAH PLATFORM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERBU KE PARLIMEN..NANTI MASYARAKAT INGAT KAU ORANG PUN SAMA MACAM ORANG YANG DAH MEMANG TAK SENONOH TU..JANGAN IKUT RAGAM DIA ORANG..BERFIKIR DAN BERTINDAK SECARA WARAS..KALAU ORANG LAIN BEBAL JANGAN SAMPAI KITA PUN IKUT BEBAL..KITA BUKAN HAKIM BIARLAH RAKYAT MENJADI HAKIM DALAM PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG..UNTUK PENGUNDI INGAT INGATLAH…INILAH YANG KAU ORANG DAPAT DARIPADA PENTERJEMAHAN RASA MARAH KAU ORANG KEPADA UMNO..TAK KE KAU ORANG RASA BEBAL DENGAN PILIHAN KAU ORANG…

INGAT INGATLAH UNDI KAU ORANG TU PENTING UNTUK NEGARA..PERTARUHANNYA BESAR DAN BUKAN KEPALANG..SALAH PILIH MUSIBAH PASTI MENANTI..PERTARUHANNYA ADALAH MALAYSIA..SANGGUPKAH KAU ORANG MENJADI SALAH SEORANG YANG TERLIBAT DALAM MENJAHANAMKAN MALAYSIA..KAU ORANG FIKIRKANLAH..KALAU TIDAK UNTUK DIRI KAU ORANG SENDIRI PASAL MUNGKIN KAU ORANG RASA KAU DAH NAK MATI TAPI FIKIRKANLAH PASAL ANAK DAN CUCU KAU ORANG…JANGAN JADI BEBAL!!!!!

Wednesday, February 25, 2009

ANGGUK ANGGUK GELENG GELENG

CEH BERAPA PUNYA MARAH ORANG PAS DENGAN AHLI PARLIMEN PASIR MAS YB IBRAHIM ALI PASAL DOK HENTAM PEMBANGKANG DEKAT PARLIMEN..SAMPAI NAK SURUH LETAK JAWATAN..MASA NI TAK FIKIR PULAK IBRAHIM ALI TU WAKIL RAKYAT PILIHAN RAKYAT..TAKKAN NAK MENIDAKKAN KEMAHUAN RAKYAT..MACAM KAT PERAK PANDAI PULAK DIA ORANG SURUH BUBARKAN DUN..KONONNYA MENIDAKKAN KEMAHUAN RAKYAT..BANYAK LE KAU ORANG PUNYA AUTA..

DI SEBALIK MARAH PAS..TOK GURU PUN TERLIBAT SAMA..MARAH JUGAK RUPANYA..SABAR TOK GURU..SABAR TU SEPARUH DARI IMAN..MARAH TU BUKAN KE HASUTAN SYAITAN..

ADA HIKMAHNYA YANG TERNAMPAK DARI PERISTIWA NI..RUPA RUPANYA PEMIMPIN PAS BUKAN LE KUAT SANGAT SIFAT SABARNYA BIARPUN MEMPERJUANGKAN AGAMA KONONNYA..BARU KENA KRITIK SIKIT DAH MELENTING SAMPAI NAK SURUH LETAK JAWATAN LAH..KAU ORANG FIKIR APA AKAN JADI DENGAN TOK GURU KALAU DIA KENA MACAM PAK LAH ATAU TUN DR MAHATHIR SETELAH DIHENTAM DAN DICERCA SAMPAI KELUAR ISTILAH ISTILAH YANG TAK SEPATUTNYA OLEH SANG KELEMBAI DALAM BLOGNYA ATAU LAIN LAIN BLOGGERS? MESTI DIA ORANG KATA SANG KELEMBAI TUH BUKAN ORANG UMNO JADI DIA BEBAS MENGKRITIK..SOALNYA KAT SINI IALAH KRITIK TETAP KRITIK..DAN PEMIMPIN YANG BAGUS ADALAH YANG BOLEH MENERIMA KRITIKAN..BUKAN APA UNTUK KEBAIKAN..

KAU ORANG TENGOK JE AHLI PARLIMEN SRI GADING SELAMBA JE KRITIK MENTERI MENTERI PASAL TAK DATANG KE PARLIMEN..TAKDE PUN SUARA SUARA DARI KALANGAN AHLI PARLIMEN BN MAHUPUN PUCUK PIMPINAN BN SENDIRI YANG SURUH BELIAU LETAK JAWATAN..NI LAH YANG BAGUSNYA DENGAN BN..MENGAMALKAN DASAR KETERBUKAAN..DALAM PAS AGAKNYA TERLALU BANYAK RAHSIA..JANGAN RAHSIA MEMBAWA KEPADA KONSPIRASI SUDAH LAH YE..

DALAM PERSIDANGAN PAS AGAKNYA SUARA AKAR UMBI DITOLAK MENTAH MENTAH PASAL NAMPAK GAYA PEMIMPIN ATASAN PAS TAK BOLEH MENERIMA KRITIKAN..SILAP GAYA BOLEH KENA BUANG PARTI KALAU KRITIK..AKU TAKUT SUARA HATI RAKYAT DAN KEMAHUAN RAKYAT JUGAK BOLEH DITOLAK KALAU TAK MENGIKUT ACUAN YANG PAS TELAH TETAPKAN..

BELAJAR BELAJARLAH TERIMA KRITIKAN..JANGAN ASYIK NAK KRITIK ORANG JE TAPI BILA DIRI SENDIRI KENA KRITIK SIKIT DAH TERKINJA KINJA TAK TENTU ARAH..

TAKPELAH SIAPA YANG SANGGUP JADI ‘YES MAN’ DAN SANGGUP ANGGUK ANGGUK GELENG GELENG BOLEHLAH SERTAI PAS.. RASANYA DALAM MESYUARAT NAK TIDUR PUN BOLEH PASAL IDEA DAN CADANGAN KAU ORANG AKAN DI ANGGAP SEBAGAI KRITIKAN DAN SILAP HARIBULAN KENA BUANG LE GAMAKNYA..SEKADAR UNTUK RENUNGAN..

Monday, February 23, 2009

PILIHANRAYA KECIL LAGI..


LEPAS SATU..SATU…AGAKNYA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MABUK POLITIK DAN PILIHANRAYA KECIL SEKARANG NI..BELUM LAGI SELESAI PILIHANRAYA KECIL DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU KINI MUNCUL PULA PILIHANRAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI BATANG AI DI SARAWAK. LEPAS DUA BUKIT ADA PULA SATU BATANG..JANGAN LEPAS NI ADA LURAH PULAK SUDAH LE..

AGAKNYA NI SEMUA DUGAAN TUHAN PADA KITA KERANA KITA YANG TERLALU CENDERUNG UNTUK BERPOLITIK DARI MEMIKIRKAN BENDA BENDA YANG LAIN SEPERTI SOAL PEMBELAAN NASIB RAKYAT..MACAM YANG AKU KATAKAN DULU..KALAU INILAH MAHU KITA INILAH YANG TUHAN AKAN BERIKAN PADA KITA..SAMA SAMA KITA RENUNGKAN..

KADANG KADANG AKU CUMA MAMPU TERSENYUM BILA FIKIRKAN APA YANG BERLAKU SEKARANG NI..CUMA SUKA AKU INGATKAN BAHAWA SEBAGAI MANUSIA KITA JANGANLAH BERLAGAK PANDAI ATAU KATA DUNIA TIGER MANUSIA YANG BIJAKSANA..PADA AKU YANG BIJAKSANA CUMA ALLAH DAN MANUSIA SANGAT CETEK AKALNYA..MUNGKIN INILAH DUGAAN TUHAN PADA KITA SEMUA AGAR KITA KEMBALI UNTUK MENGINGATI KEKUASAANNYA.

TAKKAN TERCAPAI AKAL MANUSIA UNTUK MEMIKIRKAN APA YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA..MUNGKIN SEBAGAI MANUSIA KITA SEKADAR MENDUGA APA YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA TETAPI KEKADANG APA YANG KITA DUGA CUMA SEKADAR ANGAN ANGAN YANG TIADA AWAL DAN HUJUNGNYA..SEMUA INI SEBAGAI INGATAN KEPADA KITA CUMA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA DAN MAHA MENGETAHUI..SETINGGI TINGGI ILMU ADALAH ILMU TAK TAHU..

Sunday, February 22, 2009

AZMIN ALI PALING LAYAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR


KEMELUT POLITIK NAMPAKNYA TERUS MENJADI JADI..KES DI PERAK BELUM SELESAI DAH TIMBUL PULAK KES DI SELANGOR..YELAH PASAL MENTERI BESAR YANG SEDIA ADA..PASAL LEMBU KORBAN DENGAN KERETA RASMI TU..DENGAR DENGAR ADA JUGAK PASAL ORANG KATA SEMUA NI MACAM ANAI ANAI DALAM PKR..SIAPA NAK TUMBANGKAN SIAPA?

AGAKNYA KALAU PELAN 16 SEPTEMBER HARI TU MENJADI APA PORTFOLIO AZMIN ALI?? TAPI MALANGNYA PELAN 16 SEPTEMBER TU PELAN RETORIK MAKA SATU PENGORBANAN YANG MUNGKIN SIA SIA YANG TELAH DI LAKUKAN OLEH AZMIN..TAKPELAH DAH TAKDE REZEKI..

CUMA SUKA SEDIKIT TERUJA BILA ORANG KATA AZMIN BAKAL MENTERI BESAR SELANGOR..PADA AKU MEMANG TEPAT BENAR KALAU AZMIN DI ANGKAT MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR..YELAH..KAU ORANG TENGOK JE LAH KREDIBILITI AZMIN DEKAT PARLIMEN..KALAU AZMIN NI ORANG BN DAH LAMA JADI MENTERI..MALAH KARISMA AZMIN NI JAUH LEBIH HEBAT DARI BOSS BESAR DIA SENDIRI...

MELIHAT AZMIN DARI JAUH AKU RASA AZMIN NI ANTARA ORANG YANG PALING KUAT PENGARUHNYA..KAWAN AKU YANG DUDUK DI BUKIT ANTARABANGSA PUN KAGUM DENGAN KEBOLEHAN AZMIN NI..PANDANGAN PERIBADI AKU NAMPAK AZMIN NI CUKUP BAGUS DAN BERKEBOLEHAN..SAYANG KALAU ORANG MACAM AZMIN NI DIBIARKAN MACAM TU AJE..SAUDARA AZMIN PUN SEDAR AKAN KEBOLEHAN BELIAU CUMA TERPAKSA AKUR DENGAN KEMAHUAN POLITIK ORANG ORANG ATASAN..NAK JADI TUAH KE SAUDARA AZMIN??? NAMPAK GAYA SEKARANG AZMIN MUNGKIN MENJADI JEBAT..AKU SOKONG KALAU DIA JADI JEBAT..DAN AKU RASA SEMUA ORANG AKAN SOKONG..AZMIN NI PENUH DENGAN KEIKHLASAN..

ORANG ORANG SELANGOR PASTI GEMBIRA KALAU AZMIN DI ANGKAT MENJADI MENTERI BESAR..ORANGNYA BIJAK, PETAH DAN PENUH DENGAN KARISMA..WAJAR BENARLAH..AYUH ATURKAN LANGKAH MU SAUDARA AZMIN..ORANG SELANGOR MEMERLUKAN SAUDARA SEBAGAI MENTERI BESAR…

MAYANG UMBUT MAYANG MENGURAI
PUTERI SENTUBONG DI HANYUT SAMPAN
KU DENGAR KOKOK BERDERAI DERAI
KEMENYAN SETUNGKU KENAPA DI SIMPAN???

Tuesday, February 17, 2009

DYMM YANG DIPERTUAN AGONG DUKACITA


PERKAUMAN
Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

AGAMA ISLAM
Mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama lain bebas diamalkan, dan tidak mempersoalkannya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kesepakatan dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

FITNAH DAN BERITA PALSU
Rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

SIKAP AHLI PARLIMEN
Amat sedih perilaku tidak sepatutnya di kalangan Ahli Parlimen pada sesi lalu yang memberi imej negatif. Semua Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mematuhi.

-DUNIA TIGER-

ALLAH MAHA BIJAKSANA DAN MAHA ADIL





KALAU TENGOK TAJUK DI ATAS AKU TAKUT JUGAK NAK MENULIS..TAPI UNTUK KEBENARAN DAN UNTUK SAMA SAMA KITA RENUNGKAN AKU CUBA JUGAKLAH UNTUK MENULIS..

AKU CUBA MEMBUAT PERBANDINGAN UNTUK KEDUA DUA GAMBAR YANG ADA NI..GAMBAR YANG MENCERITAKAN SEGALA GALANYA..AKU RASA SEMUA KITA BOLEH BERFIKIR MANA GAMBAR YANG TULEN DAN MANA GAMBAR YANG PALSU.

SOAL GAMBAR NI KITA BOLEH TOLAK KE TEPI KERANA GAMBAR MENYIMPAN SEGALA MACAM PEMAHAMAN..LAIN ORANG LAIN PEMAHAMANNYA. CUMA AKU NAK AJAK KONGSI TENTANG KEKUASAAN ALLAH DAN ADILNYA ALLAH PADA MAKHLUKNYA..

DULU GAMBAR TPM YANG KONONNYA DUDUK SEMEJA DENGAN GADIS MONGOLIA NI MENJADI ISU BESAR..KESIAN AKU TENGOK TPM KITA TERUK DISERANG DENGAN TERKELUARNYA GAMBAR NI. SETELAH AKU AMATI GAMBAR NI ADALAH PALSU SEMATA MATA..WALAUPUN AKU BUKAN MAHIR TENTANG DUNIA IT NI TAPI DENGAN MENGGUNAKAN MATA KASAR SAJE AKU DAH DAPAT RASA GAMBAR NI BUKANLAH GAMBAR ASLI..CUMA SEKADAR REKAAN UNTUK MENJATUHKAN KREDIBILITI TPM KITA..KESIAN DAN SIMPATI AKU TENGOK TPM KITA..SESUNGGUHNYA BELIAU ADA BANYAK AGENDA NEGARA YANG PERLU DITELITI UNTUK MEMBELA NASIB KITA SEMUA..DAN TAK PERLULAH KITA ADA ADAKAN CERITA YANG TIDAK ADA UNTUK MENAMBAHKAN PENING KEPALA BELIAU..

DAN KEMUDIAN KELUARNYA GAMBAR YANG SATU LAGI NI..AKU AMBIL DARI AGENDADAILY..BUKAN AKU NAK MEMBUAT PENILAIAN TENTANG GAMBAR NI. MACAM AKU KATAKAN TADI GAMBAR ADA MACAM MACAM PEMAHAMAN. CUMA AKU NAK KASI TAU PADA PEMIMPIN YANG ADA BAHAWA ALLAH TU MAHA ADIL..KALAU HARI NI KITA CUBA MEMALUKAN ORANG NESCAYA KITA AKAN MENDAPAT BALASAN YANG SAMA DARI ALLAH. DAN HARI NI KEADILAN ALLAH TU TELAH NYATA DENGAN PERBANDINGAN KEDUA DUA GAMBAR NI.

INI SEKADAR BALASAN ALLAH PADA KEJAHATAN KITA DI DUNIA..DI DALAM KUBUR MACAM MANA SEKSANYA TIDAKLAH KITA KETAHUI..SUKA AKU BERPESAN PADA SEMUA DAN PADA DIRI AKU JUGA..BAHAWA KUASA ALLAH TIADA SIAPA DAPAT MENANDINGINYA..ORANG TUA KITA DARI DULU TELAH BERPESAN..`BUAT BAIK BERPADA PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI’. INILAH AKIBATNYA..ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI…

DARI ISU LOMPAT PARTI, PILIHANRAYA KECIL DAN SEKARANG BOGEL LAH PULAK…LEPAS NI APA?


HEBOH SEKARANG NI PASAL ISU GAMBAR BOGEL SEORANG ORANG KUAT PKR DI SELANGOR..AKU PUN PELIK PASAL TAKDE HUJAN TAK DE RIBUT TIBA TIBA TERUS BANJIR..LEPAS SATU, SATU ISU YANG KELUAR..NAMPAKNYA POLITIK MALAYSIA AKAN TERUS GOYAH SELEPAS NI..YANG AKU TAKUT…ORANG KAMPUNG AKAN JADI MANGSA..AGAKNYA TERKEBIL KEBIL MATA ORANG KAMPUNG DUDUK MEMIKIRKAN ISU POLITIK YANG BERTERUSAN MELANDA MALAYSIA..

AKU CUBA JUGAK RENUNGKAN PASAL ISU GAMBAR BOGEL NI..PADA AKU MEMANG IANYA MERUPAKAN PRIVASI ORANG KUAT PKR TU..DAN TAK SEPATUTNYA DI SEBARKAN..SALAH KALAU KITA MEMBUKA AIB ORANG..AKU TAK TENGOK GAMBAR TU JADI AKU RASA TAK BERAPA ADIL KALAU AKU NAK MEMBUAT PENILAIAN..JADI AKU CUMA NAK BERI PANDANGAN KAT SINI..

SETAHU AKU ORANG KUAT PKR TU MASIH BUJANG DAN BUKAN BERAGAMA ISLAM..JADI PADA AKU MUNGKIN PERKARA INI BUKANLAH PERKARA YANG BESAR..CUMA MUNGKIN DIA MALU UNTUK BERDEPAN DENGAN MASYARAKAT..AKU TERIMA KALAU DIA RASA MALU..TAPI AKU DENGAR TEMAN LELAKINYA MELAYU..DEKAT SINI TIMBUL PULAK ISU BERSEKEDUDUKAN..SAH SALAH DARI SEGI HUKUM SYARAK..ADA YANG KATA GAMBAR TUH DI AMBIL MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT MASA DIA TU TENGAH TIDUR DALAM BILIK..AKU TAK JANGKA MAT SKODENG BOLEH AMBIL GAMBAR MACAM TU KATA KAWAN AKU YANG ADA TENGOK GAMBAR TU..PASAL KATA DIA GAMBAR TU MACAM CLOSE UP..TAKPELAH KITA LUPALAH PASAL MACAM MANA GAMBAR TU DI AMBIL..

AKU CUMA BERASA KURANG SENANG PASAL ISU GAMBAR NI DI POLITIKKAN..EH APA NAK HAIRAN EK..AGAMA PUN ORANG BOLEH MAINKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK NI KAN PULAK GAMBAR BOGEL..APA NAK HAIRAN KAN..

PADA AKU TAK PAYAH LAH NAK KECOH TUDUH ORANG BN YANG RANCANG SEMUA NI..AKU RASA ORANG ORANG BN TAKLE KEMARUK NAK BUAT NI SEMUA..LAGIPUN AKU TAK RASA ADA KALANGAN ORANG BN YANG BOLEH MASUK BILIK ORANG KUAT PKR TU..ASAL PULAK LAH ORANG ORANG PAS, DAP DAN PKR NI KECOH KATA SEMUA NI KEJE ORANG BN..TOKEH MINYAK YANG BARU BALIK DARI DOHA TU PULAK KATA NI SEMUA KEJE JAHAT, CELAKA DAN HINA..WAH..SEDAP MULUT LU JE KATA CAM TU PADA ORANG BN..DALAM KEPALA DIA NI TAK HABIS HABIS PASAL KONSPIRASI..DULU MASA KENA PECAT KATA KONSPIRASI TUN MAHATHIR..SEBENARNYA DIA NI YANG ASYIK BERSANGKA BURUK..TAK CUKUP DENGAN TU LIBATKAN PULAK TPM DENGAN KES ALTANTUYA..WAH MASA DIA NAK KENA KAN ORANG TAK TIMBUL PULAK ISU KONSPIRASI MASA KENA BATANG HIDUNG DIA SENDIRI CEPAT CEPAT KATA NI SEMUA KONSPIRASI BN PUNYA KEJE..BANYAK LE CENGKADAK KAU…

AKU NAK TUNGGU MANA SUARA PAS DALAM HAL NI..TAKKAN TAK KELUAR FATWA DALAM HAL NI..ALA SETAKAT GAMBAR BOGEL TAKKAN TAK BOLEH NAK KOMEN..KAFIRKAN ORANG PUN KAU ORANG DAH BIASA NI CUMA KES GAMBAR BOGEL..APA FATWA TUAN GURU KITA..KITA TUNGGU JE LAH..

AKU TAK KISAH NAK BOGEL KE APA KE TU SEMUA BUKAN MASALAH AKU..MASALAH AKU CUMA AKU TAK PUAS HATI GENG GENG NI MAIN TUDING TUDING JARI PADA ORANG LAIN PASAL NAK TUTUP KELEMAHAN DIRI SENDIRI..KALAU TAK SALAH NAK TAKUT APA..HADAP JE LAH..KALAU ADA BUKTI NI SEMUA KEJE KONSPIRASI BN BAWAK JE KE PENGETAHUAN UMUM..BIAR SEMUA ORANG TAHU..JANGAN ASYIK NAK KELIRUKAN ORANG JE..BUAT SUMPAH LAKNAT KE..HAHAHAH…SUMPAH LAGI…SUMPAH DULU PUN TAK SETTLE LAGI BRO..MIMPI JE LAH..

TAKPELAH..CUMA ALLAH YANG TAHU SIAPA YANG BENAR SIAPA YANG SALAH..DAN BENARLAH KATA PEPATAH..SIAPA NAK MENGAKU BERAK TENGAH JALAN..CIKGU YANG AJAR KATAK MELOMPAT TU NAK MENGAKU KE BERAK TENGAH JALAN?????

Monday, February 16, 2009

CALON PILIHAN RAKYAT

MALAYSIA SEKARANG NI NAMPAKNYA MABUK DENGAN PILIHANRAYA KECIL..DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT…BULAN APRIL NI PERAK DAN KEDAH PULAK AKAN ADA PILIHANRAYA KECIL…LEPAS TU KAT MANA PULAK..SAMA SAMA KITA TUNGGU..AKU BUKAN DOAKAN YANG TAK BAIK BUAT WAKIL RAKYAT YANG SEDIA ADA..CUMA AKU FIKIRKAN KALAU ADA LAGI KATAK YANG NAK TERUS MELOMPAT..

AKU MALAS NAK KOMEN PASAL PILIHANRAYA NI..PASAL KITA DAH ADA SURUHANJAYA PILIHANRAYA YANG AKAN URUSKAN..CUMA AKU LEBIH BERMINAT NAK SENTUH PASAL CALON CALON YANG AKAN BERTANDING..

WAKIL RAKYAT YANG AKAN BERTANDING DAN AKAN DICALONKAN NANTI KALAU MENANG ADALAH WAKIL RAKYAT KAWASAN TU..KAT BAHU DIA ORANG NI LAH AKAN DIPIKULKAN DENGAN SERIBU PERMASALAHAN…SIAP SIAPLAH SIAPA YANG MENANG NANTI..KAU INGAT SENANG KE JADI WAKIL RAKYAT NI..KALAU SETAKAT NAK DIPANGGIL YANG BERHORMAT KAU ORANG RENTIKAN AJE LAH NIAT NAK BERTANDING TU..AKU PELIK..PASAL SETAHU AKU GOLONGAN PEMIMPIN NI ADALAH GOLONGAN YANG BANYAK KENA SOAL DALAM KUBUR TAPI DIA ORANG BERLUMBA LUMBA PULAK NAK JADI PEMIMPIN…DAH HANDAL LAH KOT..TAK APALAH…SENDIRI PUNYA KUBUR SENDIRI JAWAB..

BALIK PADA SOAL CALON NI..AKU KALAU BOLEH NAKLAH SARANKAN PADA PEMIMPIN PEMIMPIN TERTINGGI..KALAU KAU ORANG TAK NAK DENGAR TAK APA…AKU APA ADA HAL..AKU TETAP MACAM NI..TAPI MUNGKIN JIWA AKU TAK TENTERAM..KALAU BOLEH AKU NAK SARANKAN PILIHLAH CALON YANG BERJIWA RAKYAT..YANG TAHU ERTI KASIH PADA MASYARAKAT..DAN YANG PENTING JIWANYA IKHLAS..

JANGAN JADI MACAM KAT KUALA TERENGGANU HARI TU..AH..TAK PAYAH AKU ULAS APA JADI KAT KUALA TERENGGANU HARI TU..SEMUA ORANG TAHU..

KALAU BOLEH KAT PARLIMEN BUKIT GANTANG DAN DUN BUKIT SELAMBAU NI AMBIL KIRALAH PANDANGAN RAKYAT ATAU LEBIH TEPAT LAGI PENGUNDI KAWASAN TU…AKU RASA SETIAP PENGUNDI NAKKAN CALON YANG TAHU NAK BERI SALAM KALAU BERSELISIH..TAHU NAK KE MASJID BERJEMAAH..PENDEK KATA MEREKA NAKKAN CALON YANG MEREKA SAYANG DAN BOLEH DIHARAPKAN..CALON YANG KALAU MENANG MASIH TAHU ASAL USUL..BUKAN CALON YANG KALAU MENANG LEPAS TU GHAIB ENTAH NAK KE MANA..BUKAN CALON YANG MEMINTA MINTA DI UNDI TETAPI SELEPAS MENANG KALAU NAK JUMPA KENA BUAT APPOINTMENT DULU..TAHI!!!MENYAMPAH BETUL AKU DENGAN WAKIL RAKYAT MACAM NI..

WAKIL RAKYAT NI ADALAH WAKIL BAGI RAKYAT KAWASAN TU..JADI BIARLAH RAKYAT KAWASAN TU YANG PILIH SIAPA YANG MEREKA RASA BOLEH MENGGALAS TANGGUNGJAWAB NI..JANGAN SIBUK NAK PILIH CALON DARI KRONI KAU ORANG..TAKKAN KE MANA..KAU BAWAK LAH MANA MANA PEMIKIR ATAU ORANG YANG PALING HANDAL DALAM POLITIK SEKALIPUN…ATAU SETEBAL MANA PUN BUKU STRATEGI POLITIK YANG KAU ORANG GUNAKAN..KALAU KEHENDAK DAN KEMAHUAN PENGUNDI TIDAK KAU AMBIL KIRA PASTI KEKALAHAN AKAN MENYEBELAHI KAU ORANG..PERCAYALAH…DALAM PILIHANRAYA PENGUNDI YANG BERKUASA DALAM MEREALISASIKAN APA YANG MEREKA MAHU..KAU ORANG JANGAN CUMA PANDAI CAKAP ‘DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT’..

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT NAK JADI CALON TU..RENUNG RENUNGKAN SENDIRI..KALAU RASA TAK MESRA RAKYAT TU ELOK LUPAKAN AJE NIAT TU..BIAR DUIT BERKARUNG KARUNG..KERETA MENJALAR..KALAU NAMA TAK ADA DI HATI RAKYAT…SAMPAI KE TUA TAKKAN MENJADI WAKIL RAKYAT..

SAMA SAMA KITA TENGOK..CALON MACAM MANA YANG AKAN DI KETENGAHKAN…CALON PILIHAN RAKYAT ATAU CALON NAMANYA PUN RAKYAT TAK INGAT!!!!!

Sunday, February 8, 2009

APA NAK JADI

LOMPAT SI KATAK LOMPAT
LOMPATLAH TINGGI TINGGI
LOMPAT YB LOMPAT
LOMPAT KELUAR PARTI

KELAKAR PUN ADA KALAU AKU TENGOK KEADAAN POLITIK MALAYSIA SEKARANG NI..MACAM MACAM..YANG PALING HARU SEKARANG NI ADALAH KEADAAN POLITIK DI PERAK GARA GARA LOMPAT KELUAR PARTI.

DALAM PADA KELAKAR ADA JUGAK YANG AKU PENING FIKIRKAN. PENING FIKIRKAN PASAL ORANG YANG MENCABAR SULTAN MELAYU DAN YANG PALING TIDAK MENARIKNYA YANG MENCABAR SULTAN MELAYU ADALAH ORANG MELAYU SENDIRI. ORANG MELAYU DAH MULA BERANI TAHAN KERETA SULTAN. DAN YANG LAGI BERANI BARING TENGAH JALAN PASAL NAK TUNJUK TANDA PROTES. APA NAK JADI DENGAN LU BRADER…SANGGUP MATI PADA SEBAB YANG ENTAH APA APA. KAU RASA KALAU TUKAR MB, DUNIA AKAN KIAMAT KE?? RELEKSLAH BRADER..DULU MASA KAU ORANG MENANG, KAU ORANG TAK PERNAH FIKIR APA YANG AKAN JADI SEPERTI SEKARANG..DARI DULU KAU ORANG MEMANG TAK PANDAI MENJANGKA. KAU ORANG TAK PERNAH MENJANGKA PUN AKAN MEMERINTAH PERAK DAN HARI INI SEKALI LAGI KAU ORANG SILAP MENJANGKA..KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI..

SEMUA NI GARA GARA PENDEBAT HANDALAN KAU ORANG TU..SIAPA TU EK??ALA YANG KECOH NAK TURUNKAN HARGA MINYAK DULU TU DAN YANG KECOH KATA AHLI PARLIMEN BN NAK MELOMPAT PARTI TU..RUPANYA MELOMPAT SI KATAK KALI NI MELOMPAT SAMBIL BERAK DAN YANG PALING TAK TAHAN TAHI KATAK TU KENA PULAK MUKA ORANG YANG AJAR KATAK MELOMPAT..MAKAN TUAN LE TU..

AKU TAK KISAH SANGAT PASAL MELOMPAT PARTI NI CUMA AKU KISAHKAN ORANG YANG TAK TAHU NAK SETIA PADA SULTAN. DAH KUASA MUTLAK SULTAN BUAT KEPUTUSAN KAU ORANG IKUT JE LAH..APA LAGI YANG NAK KECOH SANGAT..BUKAN MATI PUN..TAPI AKU RASA KAU ORANG CUMA PANAS HATI PASAL TAK PUAS NAIK CAMRY TU LAGI…JANGAN JANGAN PLASTIK PUN TAK HABIS BUKAK LAGI.

UNTUK BRADER YANG BARING TENGAH JALAN TU AKU RESPEK HABIS..GILA BERANI LU BEB..TAPI KALAU KENA LANGGAR HARI TU BUTA JE LU MATI…JANDA DAN ANAK YATIM ANAK BINI LU..PASTU YANG KENA TOLONG DIA ORANG ADALAH RANCANGAN BERSAMAMU TV3 TU ATAU KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT..KALAU MASUK RANCANGAN BERSAMAMU DIA ORANG TANYA BINI LU KENAPA SUAMI PUAN MATI..NANTI BINI LU KATA SUAMI SAYA MATI DILANGGAR KERETA SEMASA BERBARING TENGAH JALAN…DARIPADA DIA ORANG NAK TOLONG JADI GELAK BESAR PULAK NANTI..HAHAHA…BAIK AKU KETAWA AWAL AWAL…

PADA AKU MUDAH JE..SEMUA KETENTUAN NI ALLAH TAALA YANG TENTUKAN. KITA MANUSIA IKUT JE LAH..KALAU ALLAH TAALA NAK KASI KUASA SEKARANG PUN BOLEH DAPAT..KALAU NAK DITARIKNYA KUASA KAU ORANG JADILAH MACAM SEKARANG..ORANG PAS SEPATUTNYA TAHU ERTI REDHA..YANG KAU ORANG MARAH NI ADALAH KETENTUAN ALLAH TAALA JUA..KAU ORANG JANGAN NAK IKUT EMOSI..MUNAJAT PADA ALLAH MINTA PETUNJUK DARI ALLAH..MUDAH MUDAHAN KAU ORANG AKAN DAPAT ILHAM RASA DAN MUDAH MUDAHAN ALLAH AKAN TUNJUKKAN SEBAB KENAPA KEADAAN JADI SEDEMIKAN RUPA. INGATLAH ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN ALLAH MENJADIKAN SESUATU ITU PASTI ADA SEBAB DAN HIKMAHNYA..KALAU PAKAI AKAL KITA SAMPAI MATI PUN TAK AKAN DAPAT JAWAPANNYA..DAN KALAU TERLALU BANYAK PAKAI AKAL PASTI KITA AKAN KENA AKAL..

SESUNGGUHNYA KAU ORANG SEDARLAH BAHAWA PILIHAN DI TANGAN KAU ORANG SENDIRI..PILIHLAH UNTUK MENGIKUT BISIKAN MALAIKAT ATAUPUN BISIKAN SYAITAN..PERTEMBUNGAN HAKIKI SEKARANG ADALAH PERTEMBUNGAN DI ANTARA MALAIKAT DAN SYAITAN..RENUNGKANLAH..

SELAGI AKU BERGELAR MELAYU AKU AKAN TAAT PADA SULTAN KERANA ITULAH SATU SATUNYA TANDA YANG MENUNJUKKAN BAHAWA MELAYU MASIH BERKUASA..HIDUP MELAYU!!!!!!

SEGALANYA ADALAH SEMATA MATA KERANA ILMU ALLAH..BERSERAH DAN REDHALAH..MUDAH MUDAHAN ALLAH AKAN MEMBERI PETUNJUK..