Friday, November 25, 2011

Pijaklah kepala BN semahu anda



Saban hari, pimpinan Pakatan Rakyat semakin galak menghentam Barisan Nasional khususnya dengan pelbagai perkataan yang kurang enak didengari. Mengapa mereka begitu berani menghentam dan mencerca pimpinan Barisan Nasional yang juga merupakan kerajaan Malaysia? Siapa yang berkuasa di dalam Malaysia sebenarnya?

Lihat sahaja ucapan Anwar Berahim di atas. Tanpa segan silu beliau menghentam Malaysia dan adalah amat malang apabila ada rakyat Malaysia yang tanpa segan silu dan tanpa ada rasa berdosa membuka setiap pekung yang ada kepada halwa telinga rakyat negara luar. Umum tahu, bagaimana kebencian segelintir rakyat Indonesia pada Malaysia dan ucapan Anwar itu bagaikan 'orang mengantuk yang disorongkan bantal' kepada rakyat Indonesia yang sudah amat membemci Malaysia.

Peliknya dengan kuasa yang ada pada Barisan Nasional ataupun kerajaan Malaysia, setelah dicaci, di hina dan dikutuk semahunya oleh pimpinan Pakatan, Barisan Nasional tidak langsung melihatkan sikap mempertahankan atau cubaan untuk menyerang kembali. Mungkinkah pimpinan Barisan Nasional terlalu berharap kepada jentera parti untuk menyerang kembali Pakatan tanpa ada sebarang inisiatif di kalangan pimpinan Barisan Nasional sendiri? Benarlah kalau ada orang yang berkata, Najib tidak langsung mempunyai Panglima Perang yang sanggup menghulurkan leher untuk menentang Pakatan.

ISA kita mansuhkan, Pehimpunan Aman kita bahaskan, AUKU kita pindakan, semuanya gara-gara keberanian membabi buta pimpinan Pakatan yang menghentam kerajan seolah-olah mereka yang berkuasa. Pelik dan terlalu pelik kenapa pimpinan Barisan Nasional acap kali terpaksa tunduk dan terus tunduk kepada setiap kemahuan Pakatan. 22 tahun lamanya kita diajar oleh Tun Mahathir untuk menjadi berani tetapi mengapa keberanian yang disemai sebegitu lama semakin terhakis. Kuasa yang ada sekarang samalah kuasa yang ada pada zaman Tun Mahathir iaitu kuasa kerajaan tetapi mungkin keberanian yang ada tidak setajam Mahathir.

Merenung kembali kepada video di atas, tidakkah boleh kita katakan ada orang yang sedang membuka pekung Malaysia atau mungkin sahaja boleh dikatakan sebagai 'membuka rahsia negara' biarpun klasifikasi rahsia itu tidaklah diketahui kecil ataupun besar.

Mungkin sahaja pimpinan Barisan Nasional akan berkata 'Ahh Anwar sedang berceramah sahaja di Indonesia' tanpa mereka sedari ceramah sebegitulah yang sedang merobohkan kekuatan Barisan Nasional dan akan terus menghukum jika tidak dibendung.

Adakah Barisan Nasional akan menunggu sehingga detik keluarnya kucing bertanduk barulah mereka hendak menzahirkan Panglima Perang yang akan ada entahkan tidak.

Thursday, November 24, 2011

'Pelacur politik' kata DAPigs



DAPigs memang ramai yang tidak fasih berbahasa Malaysia tetapi dalam sesetengah ayat mereka amat fasih dengan bahasa bombastik Melayu yang terlalu berbunga-bunga dan kiasan contohnya 'PELACUR POLITIK'.

Dalam pada kepayahan untuk membetulkan lidah untuk bertutur bahasa Malaysia dengan sebutan yang betul mereka mencuba pula membaca ayat-ayat Quran. Maka jadilah DAPigs dengan parti berbilang bahasa yang walaupun semua bahasanya separuh masak.

Tetapi kenapa DAPigs bijak menuturkan perkataan PELACUR POLITIK? Bila direnungkan semula tidaklah menghairankan jika perkataan itu boleh dituturkan dengan baik oleh DAPigs kerana ada mahaguru mereka memang suka melanggan pelacur jadi bukanlah perkara yang menghairankan jika PELACUR menjadi sebutan yang amat mudah kepada mereka.

Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor juga menjadi suatu pemangkin kepada lidah mereka untuk terus-terusan mennyebut perkataan PELACUR.

Kalau sudah biasa dengan orang yang selalu melanggan pelacur dan sudah biasa dengan melihat rumah-rumah urut tidaklah sesuatu yang pelik jika PELACUR juga mahu dipolitikkan.

Baca di  SINI berkenaan PELACUR POLITIK DAPigs

Biar menternak lembu dari bercakap macam lembu



Kalau fitnah dah menjadi makanan rutin dan sudah menjadi zikir amalan, benda yang terzahir di depan mata tidaklah lagi menjadi suatu kenyataan yang boleh diterima. Samalah halnya dengan syaitan yang tidak mahu tunduk kepada Adam sebagai Khalifah biarpun.

Video yang disediakan oleh sahabat blogger Parpukari berhubung kes NFC adalah bukti jelas kewujudan dan kejayaan NFC yang bukan omongan seperti yang didakwa Pakatan.

Orang yang menghidapi masalah rabun dekat bahkan yang menghidapi masalah rabun jauh sekali pun tidak boleh melepaskan bebola mata mereka daripada melihat puluhan ribu ekor lembu seperti yang didedahkan oleh video di atas. Mungkin mulut boleh menafikan yang dilihat itu bukan lembu tetapi mata hati tetap mengatakan yang ianya adalah lembu.

Alangkah busuknya dakwaan itu dan kita bersimpati kepada orang-orang kampung yang tidak ada kemudahan internet untuk melihat bukti yang disediakan oleh blogger Parpukari. Kita mohon kepada UMNO Cawangan dan Bahagian di luar sana untuk menunjukkan bukti ini kepada rakyat kampung agar mereka tidak termakan dengan dakwaan palsu yang sengaja dimomokkan oleh Pakatan.

Peribahasa ini mungkin sesuai kepada dakwaan Pakatan berhubung kes ini 'Kuman di seberang laut boleh nampak, gajah di depan mata langsung tak nampak'. Nampaknya, Pakatan lebih suka mengintai-intai kuman di seberang laut dan sifat kuman adalah membawa penyakit dan dek kerana suka untuk mengintai kuman itulah telah membawa penyakit kepada Pakatan iaitu PENYAKIT FITNAH.

Biar menternak lembu daripada bersikap dan bercakap 'BODOH SEPERTI LEMBU'.

Kalau beginilah, boleh tunggang langgang negara



Dalam pada orang-orang politik dan rakyat sibuk mencongak bilakah Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberikan laluan kepada Piliharanya Umum ke 13, rakyat dimabukkan pula dengan  hiruk pikuk pembangkang yang dkhabarkan tidak sebulu dalam soal tarikh pilihanraya.

Wali selipar tersohor, Nik Ajis yang penuh nikmat berkata kerajaan negeri Kelantan akan turut mengadakan pilihanraya serentak dengan tarikh Pilihanraya Umum peringkat pusat yang jelas bercanggah dengan keinginan kerajaan negeri Selangor yang dikatakan tidak mahu mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat.

Ada logik dengan kemahuan Nik Ajis yang berkata bahawa jika pilihanraya negeri dan parlimen dijalankan secara berasingan maka akan ramai 'jin-jin' dan 'toyol' yang akan datang mengganggu operasi dan gerak kerja jentera kerana fokus mereka hanya akan tertumpu di Kelantan.

Nik Ajis sudah lama memerintah Kelantan dan tentunya beliau tahu akan kelemahan yang ada pada UMNO Kelantan justeru itu beliau sebolehnya tidak mahu panglima-panglima UMNO luar Kelantan berkubu di Kelantan untuk membantu UMNO Kelantan yang memungkinkan PAS akan tumbang di Kelantan.

Nik Ajis sedar jika PAS berdepan dengan hanya UMNO Kelantan tanpa dibantu oleh UMNO Pusat, peluang PAS untuk mengekalkan kuasa di Kelantan lebih cerah kerana masalah dalaman UMNO Kelantan sehingga ke hari ini tidak terungkai. Dan kenyataan yang harus diterima oleh orang-orang UMNO ialah soal hormatnya ketua-ketua cawangan di Kelantan kepada Nik Ajis yang sedikit sebanyak akan membantutkan usaha UMNO untuk merampas Kelantan.

Khalid Ibrahim di Selangor pasti sudah mencongak dan dapat menjangka bahawa PKR di Selangor tidaklah sekuat PAS di Kelantan. Justeru, bantuan daripada sekutu Pakatan luar Selangor ditagih untuk membantu jentera PKR yang berselerak dan semakin rapuh. Kenyataan Khalid itu hanya menampakkan akan kelemahan dan keretakkan yang sedang berlaku di dalam PKR. Mungkin juga ada nama lain dari PKR yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid di Selangor. Itu antara perkara yang Khalid rasakan harus diselesaikan terlebih dahulu.

PAS Kedah pastinya akan menunggu lampu hijau daripada Kelantan cuma yang menjadi tanya tanya apakah pendirian DAP di Pulau Pinang yang tentunya merasakan sebelah kaki sudah berjaya mengekalkan kuasa di Pulau Pinang berikutan keputusan Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding. DAP seolah mendapat suntikan kuasa baru dengan pengumuman Tsu Koon tersebut kerana trend politik Malaysia hari ini lebih banyak dibantu dengan faktor warna kulit biarpun DAP berkata mereka bukanlah racist.

Kalau soal waktu pilihanraya pun Pakatan tidak mampu terjemahkan dalam bentuk pemuafakatan yang utuh bagaimana pula jika kuasa diberikan kepada mereka untuk memutuskan halatuju negara lebih-lebih lagi dalam soal ekonomi yang akan menentukan jatuh bangun negara?

Benarlah jika ada pimpinan negara yang berkata 'negara akan muflis' dan memberi kuasa kepada Pakatan untuk memerintah hanya akan membenarkan kenyataan itu menjadi benar dan hakikat.

Tuesday, November 22, 2011

ISA menghalang untuk bersultan di hati

Pakatan Rakyat sedang berdendang untuk mendapat simpati rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan berkata dusta untuk membasmi ISA ekoran penahanan 13 individu di Sabah.

Undang-undang dicipta untuk membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Itu lumrah. Pergilah ke mana jua di dalam dunia anda pasti terikat dengan undang-undang. Jika tidak ada undang-undang manusia akan jadi seperti kera di hutan dan tamaddun manusia tidak akan berkembang dengan baik tanpa penggarisan undang-undang.


Pimpinan Pakatan tidaklah perlu risau ke tahap maksima dengan undang-undang yang hanya bertujuan untuk memelihara kesejahteraan negara. Jika tidak melakukan kesalahan, tiada apa yang perlu digentarkan dengan undang-undang. Percayalah, jika Pakatan Rakyat berkuasa sebagai kerajaan maka pastinya mereka juga akan menguatkuasakan undang-undang. Siapa tahu jika undang-undang mereka akan lebih mencengkam.

Demokrasi bukan bermakna kita harus meminggirkan undang-undang. Lihat sahaja kepada sejarah Islam, jika tidak ada jalan penyelesaian maka perang lah jalan penyudahnya.

Jika Pakatan Rakyat benar-benar ikhlas untuk memastikan undang-undang tidak disalahgunakan, Pakatan Rakyat haruslah membela banduan-banduan yang ditahan di penjara ketika ini dan tidak hanya tertumpu kepada pembebasan ahli-ahli mereka sahaja. Mana ikhlasnya?