Friday, December 4, 2009

Perhimpunan Sokong Nik Aziz: Sokongan atau proses membersihkan nama?



Bukan main bangga lagi PAS kata sepuluh ribu orang rakyat Kelantan datang menyertai perhimpunan untuk menyokong kepimpinan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan membantah gesaan UMNO/BN supaya Nik Aziz melepaskan jawatan. Sebegitu besar negeri Kelantan adakah dengan kehadiran sepuluh ribu orang di dalam perhimpunan itu menggambarkan suara keseluruhan rakyat Kelantan?Lagipun Jebat tidak pernah hairan dengan perkara ini kerana PAS memang terkenal dengan kebolehan untuk berarak di tengah jalan dengan menarik semua golongan termasuklah kanak kanak yang tidak tau langsung soal politik negara. Tanpa mengambil kira faktor faktor ini PAS dengan angkuh mengatakan semua rakyat Kelantan menyokongnya. Aduhai..rakyat Kelantan relakah diperbodohkan sehingga tiupan sangkakala?

Dalam perhimpunan itu, menantu Nik Aziz yang terbijak di Kelantan sehinggakan tiada orang lain di dalam Kelantan yang boleh dilantik sebagai CEO oleh bapak mertuanya wali keramat tahi kucing turut hadir dan mengatakan perhimpunan ini merupakan satu signal kepada UMNO yang PAS akan terus mentadbir negeri Kelantan! Bahasa mudah untuk CEO menantu kesayangan bapak mertua ni....PUSING CERITA! Sayang betul bapak mertua kepada menantu hingga dianjurkan perhimpunan yang boleh memberi ruang kepada si anak menantu untuk membersihkan nama..serampang dua mata..membersihkan nama sendiri dan nama si bapak mertua..

Bapak mertua yang di gesa oleh Hadi Awang dan rombongannya supaya si menantu meletakkan jawatan sebagai CEO nampaknya gagal membendung perasaan kecintaan kepada menantu. Si menantu dengan bangga kata akan melepaskan jawatan itu pada 23 Mac 2009 selepas perlu memberi notis 3 bulan? Macam tak iklhas je si bapak mertua suruh menantu kesayangan melepaskan jawatan? Benar..perlu ada notis tetapi sepatutnya atas dasar kebertanggungjawaban si bapak mertua boleh memecat si menantu 24 jam kalau dia mahu dan ikhlas dan membayar gantirugi kepada si menantu?Soalnya kenapa tak buat? Macam perlu ada ruang yang diberi kepada si menantu....ADA KERJA KERJA PEMBERSIHAN YANG PERLU DIBUAT DI PEJABAT CEO ITU KE?

Thursday, December 3, 2009

Harakahdaily:UMNO perlu mencontohi DAP dengan minta maaf?




----PERANGAI MACAM NI YANG HARAKAHDAILY SURUH UMNO CONTOHI? KIRIM SALAM......

Kenapa harus UMNO meminta maaf? Apa salah besar yang UMNO telah lakukan hinggakan harus memohon maaf secara terbuka seperti yang disarankan oleh Harakahdaily?Kenapa harakahdaily katakan yang UMNO harus mencontohi DAP?

Kenapa harus disalahkan UMNO dengan insiden kepala lembu di SUK Selangor dan kenapa harus disalahkan UMNO dengan membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang? Mengapa sesuka hati menfitnah UMNO dengan insiden insiden yang melibatkan pemimpin pemimpin Pakatan Sewel? Mengapa tidak menyalahkan pemimpin pemimpin Pakatan Sewel yang terang terangan memijak gambar ADUN ADUN Bebas dalam keadaan cukup jelas gambar yang mereka memijak gambar ADUN ADUN itu? Mengapa UMNO perlu disalahkan?

Mengapa tidak disarankan agar Pakatan Sewel memohon maaf kepada bekas bekas tentera dan balu balu bekas tentera yang menentang komunis dengan kemahuan mereka membawa pulang Chin Peng??Mengapa tidak disarankan kepada Pakatan Sewel untuk mencontohi UMNO kerana ketegasan menentang idea untuk membawa kepala komunis tersebut ke Malaysia?

Jebat ingin sarankan kepada Pakatan Sewel untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk Baginda Sultan Perak kerana Pakatan Sewel telah banyak mencetuskan keadaan huru hara di Malaysia. Adakah UMNO yang perlu meminta maaf apabila ahli Pakatan Sewel baring di tengah jalan menghalang kereta Tuanku di Perak?

Apa kata Pakatan Sewel meminta maaf kepada UMNO dan mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana jasa mereka kepada Malaysia. Kedamaian dan segala kemudahan di dalam Malaysia yang turut dinikmati oleh Pakatan Sewel dan kuncu kuncunya adalah usaha UMNO dengan berkat dan keizinan Allah jua..Apa sumbangan Pakatan Sewel terhadap Malaysia??

Wednesday, December 2, 2009

Mahfuz kata tohmahan pada Nik Aziz ada agenda tertentu



Naib Presiden PAS, Mahfuz kata seperti yang dilaporkan di dalam Harakahdaily tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pada Nik Aziz (ulamak pendoa bala) adalah agenda UMNO dan BN untuk mengkucar-kacirkan PAS.

Jebat hairan dengan kenyataan Mahfuz ini kerana sebelum ini bahkan sejak dari dulu lagi PAS dan Pakatan Sewel inilah yang telah lama melemparkan tohmahan dan fitnah kepada pemimpin pemimpin UMNO dan BN. Jadi apakah agenda yang cuba dilakukan oleh PAS kerana sering melemparkan tohmahan dan fitnah kepada UMNO dan BN?Adakah ianya suatu tindakan suka suka dan tidak mempunyai agenda tersendiri?

PAS sering melemparkan tohmahan sehinggakan menyamakan UMNO dengan syaitan dan macam macam lagi tohmahan jahat tetapi apabila UMNO cuba menyedarkan Nik Aziz untuk tidak mendoakan bala sesama Islam, PAS mengambil pendekatan dengan mengatakan bahawa nasihat yang diberikan oleh UMNO itu sebagai suatu tohmahan untuk mengkucar-kacirkan PAS. Double standard ke PAS ni?

Jelas di sini perjuangan PAS dan Pakatan Sewel ni hanya untuk kepentingan sendiri dan sekiranya mereka berkuasa suara dan pandangan rakyat pastinya akan ditolak mentah mentah dan akan dianggap sebagai tohmahan dan fitnah.

Jika suara dari pimpinan tertinggi negara pun PAS tidak mahu dengar apatah lagi suara dari rakyat marhaen!! Rakyat Malaysia tidak sebodoh yang PAS sangka..

Persoalan:Mengapa UMNO bimbang sangat dengan doa Nik Aziz?



Saya sebagai pembaca setia Harakah ingin mencetuskan perasaan peribadi saya terhadap isu doa laknat najib yang sedang hangat dikatakan didalam media BN.

Walaupun saya bukan cerdik agama dan akademik, saya masih mempunyai kewarasan fikiran atas dasar sentiasa membaca. Saya pada mulanya merasa hairan jika benar Tuan Guru Nik Aziz ingin memanjat doa kepada Allah untuk melaknati Najib atau media bn sengaja mengada2kan cerita seperti yang mereka selalu lakukan.

Sekiranya benar Tuan Guru mahu berdoa seperti itu, mengapa Najib begitu teruja sangat? Adakah beliau merasakan bahawa doa Tuan Guru akan dimakbulkan memandangkan Tuan Guru seorang ulama yang benar dan sudah banyak dianiayai oleh orang BN!

Selalunya doa orang dianiayai akan dimakbulkan oleh Allah, insyaAllah. Saya sendiri sudah mual dan meluat dengan permainan hipokrit Najib dan sekutunya dan orang yang terdahulu daripada mereka yang telah banyak menzalimi rakyat.

Najib fikir dia dan keluarganya yang telah pergi Mekah mengerjakan umrah dan haji tanpa mendapat musibah boleh selamat. Dia terlupa yang Allah maha berkuasa dan maha pengampun.

Mungkin Najib diberi peluang untuk bertaubat dan memperbetulkan kesalahan-kesalahannya. Namun, saya percaya bahawa sekiranya Najib serta keluarganya dan mereka yang berkuasa masih menzalimi rakyat dalam apa jua sekali pun akan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

Jangan pula mereka ini tidak akan diterima tanah kelak apabila tiba masanya. Bukan Tuan Guru sahaja yang mendoakan laknat itu keatas mereka, kami rakyat yang dizalimi kecuali kuncu-kuncu dan kroni-kroni mereka, pun akan membuat begitu.


Kata kata di atas Jebat petik dari Harakahdaily untuk renungan kita semua. Penulis tersebut mengenalkan dirinya sebagai Ros Melaka (orang kampung Jebat dari Melaka).

Jebat cuma tertarik dengan tajuk yang Ros Melaka tulis berkenaan doa musibah Nik Aziz ke atas Perdana Menteri dan Ros Melaka seolah olah menggambarkan yang UMNO cukup resah dengan doa yang Nik Aziz panjatkan. Soalnya benarkah UMNO resah?

Benar UMNO resah dengan keadaan ini (bukan resah dengan doa Nik Aziz) cuma yang UMNO dan secara peribadi Jebat sendiri resah kerana ada di kalangan orang Islam yang mendoakan kebinasaan saudara seagamanya dan yang lebih meresahkan ramai orang seperti Ros Melaka yang menyokong doa tersebut. Keadaan ini yang sebenarnya meresahkan UMNO dan tidak ada kena mengena dengan doa Nik Aziz. Sudah tentunya UMNO resah kerana UMNO tidak pernah mendoakan kebinasaan saudara seagama sebaliknya mendoakan kesejahteraan ummah.

Untuk pengetahun Ros Melaka, UMNO tidak pernah resah dengan doa Nik Aziz tersebut kerana Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar. Itu yang pasti. Mungkin Ros Melaka turut terkeliru di dalam mentafsir siapa Nik Aziz. Tidak ada yang 'masinnya' di dalam doa Nik Aziz bahkan Nik Aziz sendiri tidak mampu mendoakan kesejahteraan Kelantan. Kelantan antara negeri yang teruk di landa banjir dan bermacam jenis musibah. Jika benar Nik Aziz ulamak besar sudah tentunya setiap doa Nik Aziz akan dimakbulkan. Mungkin Ros Melaka terlepas pandang keadaan ini.

Ros Melaka juga mungkin terlepas pandang dengan apa yang rakyat Melaka kecapi sekarang ini. Melaka menjadi antara tempat yang sentiasa mendapat pujian pelancong baik pelancong dalam negara mahupun pelancong luar negara. Mungkin juga Ros Melaka seorang yang anti sosial mengakibatkan beliau terlepas pandang dengan apa yang ada di Melaka. Ros Melaka turut mengatakan yang rakyat sudah terlalu teruk dizalimi?Suka Jebat bertanya pada Ros Melaka sejak bila rakyat dizalimi oleh kerajaan?Jebat tidak pernah merasakan yang Jebat dizalimi oleh kerajaan kerana sejak dari zaman persekolahan hinggalah universiti Jebat dibantu dengan sebaik mungkin oleh kerajaan. Sebagai seorang anak petani di kampung Jebat rasa cukup bersyukur dengan apa yang kerajaan telah lakukan terhadap Jebat. Mungkin Ros Melaka merasai nikmat yang sama cuma disebabkan sikap tamak dan irihati pada kejayaan orang lain membuatkan Ros Melaka lupa pada semua budi yang telah kerajaan taburkan. Sikap irihati ini antara faktor yang membuatkan UMNO resah.

Di perenggan terakhir Ros Melaka mengatakan 'jangan sampai tidak diterima tanah' adalah suatu yang amat berat. Bolehkah Jebat mengatakan mungkin Ros Melaka tidak akan diterima tanah kerana mendoakan kehancuran negara dan pemimpinnya? Jebat tidak sekejam itu untuk mendoakan Ros Melaka sedemikian rupa kerana pada Jebat setiap inci terhadap perkara ini adalah urusan Allah semata mata. Sebagai manusia tiadalah daya kita untuk mencampuri urusan Allah.

Jebat harap Ros Melaka sedar dan jangan kerana Ros Melaka semua rakyat Melaka akan ditimpa musibah dan balasan dari Allah. Jika Ros Melaka rasa yang beliau masih lagi di pihak yang benar silalah terus berdoa dan ingatlah UMNO tidak pernah gusar dengan doa itu kerana pada Jebat Allah maha adil dan maha mengetahui. Jebat cuma mendoakan kesejahteraan pemimpin agar diberi hidayah untuk memimpin negara ke arah kesejahteraan. Amin...

Tuesday, December 1, 2009

Tak Perlu Buat Rayuan?



Pepatah Melayu memang terbukti kebenarannya.."Tepuk air di dulang terpercik muka sendiri". Itulah antara pepatah melayu yang betul betul kena pada batang hidung Anwar Ibrahim.

Tak berapa lama selepas dia mencabar UMNO/BN untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mengarahkan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong sekaligus menolak keputusan SPR kali ni Anwar Ibrahim pula yang berada di dalam keadaan yang serupa. Selepas mahkamah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan dan menggugurkan pertuduhan liwatnya terhadap Shaiful, peguam peguam Anwar tanpa segan silu akan menfailkan rayuan untuk terus mengenepikan pertuduhan liwat ini. Kalau untuk kes DUN Kota Siputeh Anwar begitu angkuh mencabar UMNO untuk tidak membuat rayuan kenapa bila terkena batang hidung sendiri dia sibuk untuk menfailkan rayuan?
Ternyata apa yang Anwar buat hanya untuk kepentingan sendiri dan cakap tidak serupa bikin.

Apa yang takut sangat untuk berdepan dengan proses keadilan di mahkamah jika tidak bersalah. Sekali lagi pepatah Melayu menjelaskan keadaan 'Berani kerana benar, takut kerana salah'. Tidak perlu berasa goyah sekiranya di pihak yang benar.

Mana Nik Aziz di dalam kes ni?Apakah doa Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh orang orang PAS tidak makbul lagi untuk membantu Anwar?Seperti yang Jebat nukilkan di dalam artikel terdahulu tiada 'masinnya' doa Nik Aziz..Tidak ada apa yang perlu digusarkan.

Sama sama kita tunggu perbicaraan Anwar-Shaiful nanti..Kenyataan pasti tergambar di sana..Apa yang Shaiful dan Anwar bayangkan sekarang pastinya cukup berbeza..Yang pasti kenangan antara mereka berdua pasti mengerikan. Kenangan antara Sungai Buloh dan dubur yang tertusuk!!