Showing posts with label komunis. Show all posts
Showing posts with label komunis. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Mahu nama Mat Indera dibersihkan? DAPigs punya pandai


Keluarga Mat Indera mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera?

Kirim salam..Selagi kepala otak gua tak dapat lupakan macam mana anggota polis Melayu mati dalam kejadian di Bukit Kepong, sampai kiamat gua takkan lupakan Mat Indera adalah seorang hamba pencacai tali barut komunis.

Masa kecik lagi mak gua dah kasi tau gua bahawa Mat Indera adalah seorang pengkhianat bangsa dan tali barut komunis. Mak gua tak sertai mana-mana parti politik. Apa yang dia cakap semata-mata kerana rasa marah dia pada Mat Indera. Sekarang lu orang nak suruh bersihkan nama Mat Indera? Kirim salam lah bai...

Masa gua raya di Kelantan. otai-otai di Kelantan semua angin satu badan sama Mat Sapu. Dia orang cakap Mat Sapu tak rasa sakit macam mana anggota polis yang mati di Bukit Kepong. Baru sakit lutut dah heboh satu Malaya.

Orang-orang Melayu kena ingat, kalau kita mengiktiraf  Mat Indera maksudnya pintu untuk DAPigs bawak balik Chin Peng ke Malaysia akan terbuka lebih luas.

Itu pasal Mat Sapu yang bangang DAPigs gunakan untuk menarik perhatian orang Melayu bahawa sejarah kemerdekaan adalah silap.

DAPigs tahu, selagi UMNO dan BN masih berkuasa selagi itulah niat mereka mahu bawak balik, bapak segala komunis Chin Peng akan menjadi sukar.

Jangan lu orang terkejut pulak nanti kalau dia orang kata, Chin Peng adalah pejuang sebenar yang membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan bukan Tunku Abdul Rahman.

Apa DAPigs ingat Melayu semua bangang sama macam Mat Sapu?

Monday, September 5, 2011

Colok DAPigs buat Mat Sapu ke Bukit Kepong?



Hari tu cakap berdegar-degar masa di Pulau Pinang. Bila rakyat Malaysia melenting, apsal lu goyang pulak Mat Sapu?

Lu bukan kawan Mat Indera kah? Seorang pejuang..

Apsal lu kecoh ke Bukit Kepong kalau lu dah handal sangat pasal sejarah. Cakap pakai kepala otak Mat Sapu jangan cakap pakai kepala lutut lu yang dah retak tu.

Lu ingat lu ke Bukit Kepong boleh buat orang lupa apa lu cakap? Kirim salam.

Gua nak kasi tau yang lu dah buat sejarah baru dan sejarah tu tak boleh diubah yang lu memang mengangkat darjat komunis. Lu makan lah taik DAPigs..Jadi balaci puas-puas sama macam Mat Indera.

Monday, July 25, 2011

Siapa pemimpin yang tidak mahu buat perutusan kemerdekaan?



Gua baru dimaklumkan bahawa ada seorang pemimpin tertinggi negeri tidak mahu buat perutusan kemerdekaan yang akan disiarkan sewaktu pelancaran kibar Jalur Gemilang oleh PM.

Nik Ajis, Khalid Gagap telahpun membuat rakaman perutusan untuk peristiwa penting itu.

Sebenarnya biar apa pun pegangan dan ideologi politik, erti kemerdekaan bukan sahaja hanya perlu ditanam di dalam jiwa ahli dan rakyat yang menyokong Barisan Nasional tetapi perlu dihayati oleh setiap rakyat Malaysia kecuali mereka yang sudah benci dan tidak ada rasa sayang pada tanahair.

Gua tak hairan pun kalau pemimpin tertinggi negeri tu tak mahu berucap untuk membuat perutusan kemerdekaan pasal hajat dia nak bawa Chin Peng balik ke Malaysia belum tercapai. Agaknya kalau Chin Peng dah balik ke Malaysia baru dia rasa negara ni benar-benar merdeka.

Ke mana lagi kuah nak tumpah kalau bukan ke nasi? Tiba-tiba gua rasa nak makan nasi kandar..

Sunday, June 26, 2011

BERSIH : Apa lagi yang kita tunggu





Semuanya sudah terungkai dengan penahanan beberapa individu dan tidak kurang dengan ratusan laporan polis.

Sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa bertindak. Masa untuk tunggu dan lihat sudah tidak lagi boleh diguna pakai. Masa untuk memberi amaran sudah boleh dibuang jauh-jauh.

Hishamuddin tolonglah bertindak tegas. Apa lagi yang perlu ditunggu?

Adakah kita perlu menunggu sehingga retak menjadi belah, sudah bengkak baru mahu tengadah atau menunggu nasi menjadi bubur baru kita hendak terkial-kial mencari punca?

Alangkah bodohnya kita jika 'pencuri' sudah mengaku mahu mencuri rumah kita tetapi kita sekadar menganggukkan kepala tanpa sebarang tindakan.

Perkataan yang paling mudah untuk Hishamuddin..MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Wednesday, October 27, 2010

Galas: Cerita sejarah komunis




Petang tadi aku berkesempatan untuk meninjau sekitar kawasan pilihanraya kecil Galas dan aku berpeluang untuk sampai ke salah satu peti undi yang terletak di Kampung Pulai.

Kalau ikutkan nama Kampung Pulai namanya seperti menggambarkan kawasan itu adalah kawasan yang dipenuhi orang-orang Melayu tetapi apabila kereta usang aku memasuki kawasan itu rupanya terdapat kawasan tokong besar yang kelilingnya dipenuhi oleh masyarakat Cina.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal kehadiran aku di situ memberikan aku peluang untuk berbual dengan seorang Apek yang mengenalkan dirinya sebagai Tam. Mengikut kata Tam beliau adalah ahli DAP yang datang dari Bentong, Pahang. Tambah Tam lagi, dia datang ke Galas ini kerana di kalangan 150 orang pengundi Cina di kawasan itu adalah saudaranya.

Aku agak tersentak mendengar penjelasan dari Tam kerana jumlah 150 pengundi di kawasan itu adalah saudaranya adalah merupakan satu angka yang agak besar. Mana mungkin Tam akan punya saudara seramai itu di dalam kawasan sekecil itu.

Kata Tam lagi bahawa malam sebelumnya Nik Ajis ada datang berceramah di situ dan mendapat sambutan ramai. Biasalah itu ayat yang cuba mendewakan Melayu yang tak berapa nak bangga jadi Melayu. Dan tak jauh dari tokong itu terdapat pulak satu tokong lama yang khabarnya berusia ratusan tahun.

Baik, aku cuba membuat penilaian dengan apa yang Tam ceritakan pada aku. Aku mengambil keputusan untuk bersembang pulak dengan masyarakat Melayu di kawasan itu untuk mengaitkan dengan cerita Tam. Mengikut lelaki Melayu yang aku temui itu berkata kawasan itu dulunya adalah kawasan di mana tempat komunis bersembunyi dan menjalani latihan.

Dan tokong yang berusia ratusan tahun itu adalah dahulunya tempat komunis menjalani latihan dan tempat untuk menyimpan senjata. Benarkah begitu? Lelaki Melayu itu menegaskan kepada aku bahawa suatu ketika dahulu beliau telah menjumpai trompet, peta dan pakaian seragam tentera komunis di situ.

Jadi kalau dah namanya bekas kawasan komunis, mungkinkah ada kaum kerabatnya yang masih wujud di situ? Dan saudara mara Tam yang seramai itu mungkinkah...???? Jauh pula Tam datang dari Bentong...Benarkah Bentong dulunya juga adalah kawasan yang mempunyai sejarah yang sama...Berlegar-legar sesuatu di kepala aku yang aku biarkan pada semua untuk berfikir..

Thursday, December 3, 2009

Harakahdaily:UMNO perlu mencontohi DAP dengan minta maaf?




----PERANGAI MACAM NI YANG HARAKAHDAILY SURUH UMNO CONTOHI? KIRIM SALAM......

Kenapa harus UMNO meminta maaf? Apa salah besar yang UMNO telah lakukan hinggakan harus memohon maaf secara terbuka seperti yang disarankan oleh Harakahdaily?Kenapa harakahdaily katakan yang UMNO harus mencontohi DAP?

Kenapa harus disalahkan UMNO dengan insiden kepala lembu di SUK Selangor dan kenapa harus disalahkan UMNO dengan membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang? Mengapa sesuka hati menfitnah UMNO dengan insiden insiden yang melibatkan pemimpin pemimpin Pakatan Sewel? Mengapa tidak menyalahkan pemimpin pemimpin Pakatan Sewel yang terang terangan memijak gambar ADUN ADUN Bebas dalam keadaan cukup jelas gambar yang mereka memijak gambar ADUN ADUN itu? Mengapa UMNO perlu disalahkan?

Mengapa tidak disarankan agar Pakatan Sewel memohon maaf kepada bekas bekas tentera dan balu balu bekas tentera yang menentang komunis dengan kemahuan mereka membawa pulang Chin Peng??Mengapa tidak disarankan kepada Pakatan Sewel untuk mencontohi UMNO kerana ketegasan menentang idea untuk membawa kepala komunis tersebut ke Malaysia?

Jebat ingin sarankan kepada Pakatan Sewel untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia termasuk Baginda Sultan Perak kerana Pakatan Sewel telah banyak mencetuskan keadaan huru hara di Malaysia. Adakah UMNO yang perlu meminta maaf apabila ahli Pakatan Sewel baring di tengah jalan menghalang kereta Tuanku di Perak?

Apa kata Pakatan Sewel meminta maaf kepada UMNO dan mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana jasa mereka kepada Malaysia. Kedamaian dan segala kemudahan di dalam Malaysia yang turut dinikmati oleh Pakatan Sewel dan kuncu kuncunya adalah usaha UMNO dengan berkat dan keizinan Allah jua..Apa sumbangan Pakatan Sewel terhadap Malaysia??

Saturday, June 27, 2009

Siapa yang menyesatkan PAS??



Shhh: Mudah mudahan dia akan sedar dan menyesal!!!

Dalam sibuk nak adakan pilihanraya kecil Manek Urai, macam macam fatwa yang Nik Aziz keluarkan. Semuanya pasal nak tutup kelemahan dan percakaran yang sedang melanda PAS ketika ini. Terbaru, Nik Aziz samakan UMNO dengan komunis dan samakan UMNO dengan ajaran sesat ayah Pin. Pelik..dulu orang tua yang orang orang PAS panggil tok guru ni tak meroyan seteruk ni. Apa yang dah tak kena dengan orang tua ni? Dah kena sampuk dengan bapak setan dari PKR agaknya atau saja nak cari publisiti murah pasal takut ditenggelamkan oleh Hadi Awang dan Nasharudin yang tampak lebih jelas memperjuangkan kepentingan Melayu bersama UMNO.

Nik Aziz apa yang tak kena sekarang ni? Sampai sanggup kata rela menumpahkah darah untuk mempertahankan kerusi Manek Urai. Berapa punya gila. Demi kerusi politik sanggup tumpahkan darah sesama Melayu. Sah dah kurang siuman. Ulamak rasanya tidak berperangai sedemikian rupa. Tapi bila fikirkan balik Nik Aziz ni dalam PAS hanya sebagai tuan penasihat. Jadi apabila nasihatnya orang dah tak dengar dan cakap cakapnya dah tak semasin dulu, eloklah berundur secara terhormat. Zaman dah berubah. Perjuangan Islam Nik Aziz juga sudah berubah hingga sanggup bersekongkol dengan segala bapak setan dalam PKR dan DAP. Hadi Awang dan Nasharudin dan sedar akan perkara ini cuma Nik Aziz yang terus terusan buta. Mungkin hijab Nik Aziz jauh lebih tebal dari Hadi Awang dan Nasharudin. Atau yang lebih menakutkan sekiranya Nik Aziz tidak dapat ilham dari Allah dan lebih cenderung mendengar bisikan bisikan syaitan. Sesungguhnya syaitan adalah musuh mu yang nyata. Kalau yang nyata pun Nik Aziz tak nampak apatah lagi syaitan yang bertopengkan manusia yang banyak di dalam Pakatan Rakyat sekarang.

Kepada ahli ahli PAS yang masih waras dan tidak sebuta Nik Aziz, marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan Malaysia. Jangan biarkan syaitan syaitan yang bebas berkeliaran sekarang ini mengganggu kehidupan kita rakyat Malaysia yang selama ini di perintah oleh orang orang yang masih mendapat restu dan keizinan dari Allah.

Inilah kelebihan yang ada pada kita dan tidak ada pada Nik Aziz. Kita masih lagi mendapat petunjuk Allah. Anwar Ibrahim, lupakan saja pengkhianat Melayu ni. Sejak dia bebas merosakkan PAS nampaknya Nik Aziz turut sama rosak. Jadi siapakah yang menjadi perosak Melayu. Antara Anwar dan Nik Aziz siapa yang bapak setan dan siapa bapak perosak Melayu??

Tenang dan waraslah Melayu!!!