Laporan oleh akhbar tempatan semalam berhubung kes Awang Hitam mengepung anggota penguatkuasaan daripada menjalankan tugas mereka tidaklah mendatangkan kemarahan yang amat sangat kerana lumrahnya apabila orang bersalah pastinya mempertahankan diri mereka dengan apa jua cara. Tahniah di atas keberanian anggota pihak penguatkuasaan.
Yang lebih mencuit hati dan menerbitkan rasa marah ialah bagaimana di dalam pemeriksaan dan operasi yang dinamakan Operasi Ajar itu ialah terdapatnya seorang anak dara Melayu yang ditahan di dalam keadaan SEPARUH BOGEL.
Tidaklah kita mempersoalkan bagaimana anak dara Melayu itu boleh jatuh cinta dengan Awang Hitam itu (senak perut juga yang dipilihnya) tetapi kita cuma mahu mempersoalkan bagaimana anak dara Melayu itu boleh berada di celah-celah kemabukkan Awang Hitam.
Longgarnya iman anak-anak dara Melayu sekarang dan kejadian ini amatlah menjijikkan seolah-olah menggambarkan bangsa Melayu sangat rendah nilainya. Kita sudah biasa mendengar bagaimana anak-anak dara Melayu menjalinkan hubungan dengan Awang Hitam tetapi menjalinkan hubungan yang terlampau dengan sama-sama BERBOGEL adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh seluruh umat Melayu.
Inilah natijahnya jika manusia merasakan BUATLAH APA SAHAJA TANPA MENGIRA DOSA DAN PAHALA KERANA DI MALAYSIA SUDAH ADA PEMEGANG KUNCI SYURGA.
Apakah tindakan kita untuk menghindari perkara ini??
