Showing posts with label Tengku Razaleigh. Show all posts
Showing posts with label Tengku Razaleigh. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Galas: Saya ahli UMNO




'Saya masih ahli UMNO dan saya tidak pernah berjuang untuk PAS, saya hanya berjuang untuk rakyat Kelantan'.

'PAS sudah dapat mandat memerintah Kelantan dan kalau BN menang di Galas pun tidak akan menggugat pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan, kalau boleh beri kemenangan percuma pada BN pun tidak ada salahnya..lebih mudah untuk saya satukan kerja ketiga-tiga DUN di dalam kawasan Parlimen saya'..

Itu kata Ku Li semasa hadir di majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab Anak Gua Musang (KAGUM) di Bukit Jalil petang tadi.

Sejak Ku Li berucap di atas platform PAS di Kota Bharu berhubung isu royalti minyak semua orang PAS ingat Ku Li sudah menyokong PAS, semua orang PAS ingat Ku Li sudah belot kepada UMNO.

Dengan penjelasan Ku Li di atas tu orang orang PAS jangan ingat orang orang UMNO suka melompat keluar parti macam orang orang PKR..sekutu kuat PAS..Sesusah dan sesukar mana sekalipun, kami orang orang UMNO tetap akan mempertahankan UMNO. UMNO berjuang untuk bangsa dan bukan untuk jadi Menteri Besar yang dah tak tahu nak pencen.

Jelas bahawa PAS ditimpa satu penyakit yang dipanggil penyakit 'PERASAN'. Tahniah pada Ku Li di atas kesetiaan kepada parti. Nampak gaya PAS kena usahakan taktik baru di Galas selepas usaha 'memujuk' Ku Li menemui jalan buntu.

'Apa pandangan Tengku bila PAS kata mungkin akan meletakkan calon mereka di kalangan orang Asli?' 'Itu pilihan PAS dan kita pun ada calon kita'..Semangat melawan Ku Li sudah jelas..

Lawan tetap lawan!!!!!

Thursday, October 7, 2010

Galas: 4hb Oktober Hari Khamis..Kenapa rungsing?

Dalam Malaysia, adakah negeri negeri yang cuti amnya jatuh pada hari Khamis? Kalau soal tarikh pilihanraya Galas yang jatuh pada hari Khamis membawa kebimbangan kepada Nik Ajis kerana hari Khamis adalah hari bekerja maka sepatutnya kebimbangan yang sama seharusnya dirasakan oleh Barisan Nasional.

Adakah Nik Ajis merasakan bahawa semua pengundi yang menyokong dan akan mengundi Barisan Nasional di Galas adalah merupakan di kalangan mereka yang tidak bekerja? Agak keliru mengapa Nik Ajis dipetik sebagai berkata bahawa SPR hanya mementingkan Barisan Nasional di dalam pemilihan tarikh pilihanraya? Adakah SPR jika hanya mementingkan Barisan Nasional tahu bahawa pengundi pengundi Barisan Nasional di Galas adalah di kalangan mereka yang tidak bekerja? Adakah PAS tahu bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari bekerja maka mereka akan tewas?Atau adakah ini sebagai satu alasan awal yang boleh digunapakai sekiranya mereka tewas di dalam plihanraya itu nanti?

Ada suara yang kedengaran berkata, bahawa jika diadakan pilihanraya pada hari Khamis iaitu pada hari bekerja..adalah sukar untuk mana mana parti membawa balik pengundi-pengundi Galas yang bekerja di luar Galas...tapi sepatutnya kesukaran ini turut sama dirasai oleh Barisan Nasional..kenapa hanya PAS yang merungut? Macam dah ada di ambang kekalahan saja nampak gayanya..Alasan akan tetap kekal sebagai alasan.

Monday, October 4, 2010

Galas: Takut benar PAS pada Ku Li


Belum lagi dinamakan calon oleh BN untuk siapa yang bakal bertanding di Galas, PAS kelihatan seperti tidak keruan, gusar benar. Hampir setiap hari ada sahaja nama Ku Li disebut oleh puak puak PAS. Baik di peringkat atasan mahupun puak puak PAS yang melepak di kedai kopi. Semuanya kalau boleh tidak mahu Ku Li terlibat di Galas..baik sebagai Pengarah Pilihanraya apatah lagi sebagai calon.

Jika PAS benar benar dekat di hati rakyat Kelantan, apa yang perlu PAS gusarkan dengan kehadiran Ku Li di Galas. Biarlah siapa pun yang BN hantar sebagai panglima di Galas, sepatutnya tidak perlu menjadi masalah pada PAS. Dalam berani berani PAS, rupanya ada juga yang PAS takutkan. Suruh sahaja wali besar dalam PAS mendoakan agar PAS menang di Galas atau adakah PAS sendiri ragu ragu dengan doa yang dipanjatkan oleh wali besar di dalam PAS? Sebagai orang yang beriman sepatutnya PAS yakin dengan apa yang mereka suarakan. Kalau wali pasti banyak karamah..Apa lagi yang perlu PAS gusarkan.

Bukan ke orang beriman cuma takutkan Penciptanya?

Monday, September 27, 2010

Pilihanraya kecil Galas: Tengku Razaleigh menjadi penggalas BN


Takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima di atas pemergiannya ke rahmatullah semalam. Biarpun kita dari ideologi dan fahaman politik yang berbeza tetapi sebagai sesama Islam kita mesti mendoakan agar rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh. Amin....

Dalam tempoh 60 hari, satu lagi pilihanraya kecil akan di adakan. Benar, menang kalah BN di Galas tidak menjadi kudis dan kurap kepada PAS di Kelantan. Tetapi sekali lagi pilihanraya kecil akan menjadi kayu pengukur untuk mengukur sejauh mana kecenderungan pengundi di dalam memilih wakil parti politik yang bertanding sebelum diadakan pilihanraya umum ke 13.

Bila bercakap soal DUN Galas yang terletak di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, semua orang akan terbayang wajah Ku Li. Ku Li yang sudah lama bertapa di Gua Musang, dilihat sebagai faktor utama untuk menggalas tanggungjawab menang kalah BN. PAS pasti agak berkerut dahi memikirkan tentang kehebatan Ku Li di situ. Dan pastinya PAS sedar, pertembungan sengit seperti yang berlaku di Manek Urai akan berulang. Laluan PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut pastinya akan penuh dengan ranjau dan duri. Tak apalah..masih terlalu awal untuk kita menduga.

Cuma yang sedang aku kira kira dan fikir fikirkan adalah tentang sejauh mana Ku Li akan mengambil tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab SEPENUHNYA untuk membantu kemenangan calon BN. Umum tahu isu royalti minyak pasti akan menjadi modal perang PAS untuk membelasah BN dan tambah mengerutkan kening bila terbayang wajah Ku Li berucap di stadium di Kota Bharu di atas platform PAS untuk membicarakan isu royalti minyak.

Kita berharap Ku Li akan teguh memegang panji dan mengibarkan bendera Barisan Nasional di Galas. Orang lama tidak mudah lupa asas perjuangan.