Monday, August 19, 2013

Sharizat tidak gentar tapi kita semua yang gentar!!

See full size image
 
Ketua Wanita UMNO, bekas Menteri Sharizat berkata beliau tidak gentar jika dicabar oleh mana-mana individu untuk merebut kerusi Ketua Wanita UMNO Malaysia.
 
Hebat Kak Jat. Srikandi bangsa. Tidak pernah gentar.
 
Tetapi Kak Jat, keputusan Kak Jat yang tidak mahu berundur itu membuatkan ramai yang rasa gentar.
 
Gentar bukan kerana kehebatan Kak Jat tetapi gentar jika imej Wanita UMNO terus tercalar kerana isu NFC yang terus dipalu. Benar, tidak bersalah tetapi yang tercalar terus tercalar. Minda rakyat sudah dimomokkan dan disogokkan dengan persepsi negatif. Berdayakah kita memujuk kembali dan memperbetulkan semula minda yang sudah menjadi batu itu?
 
Wanita UMNO mungkin tidak ambil peduli  tetapi kita seharusnya khuatirkan rakyat teramai yang terus memperkatakan isu itu. Apalah gunanya jika Wanita UMNO sayang kepada Kak Jat tetapi rakyat teramai sudah tidak lagi boleh menerima.
 
Selepas kegagalan mencapai majoriti 2/3 di dalam PRU ke 13 yang baru lalu yang menyaksikan kita kehilangan 7 kerusi Parlimen berbanding PRU ke 12, kita seharusnya lebih rasa gentar untuk menghadapi PRU ke 14 nanti. Kita tidak mahu kerana 'kedegilan' kita institusi UMNO menjadi lebih parah. UMNO perlu menjadi bersih sebersih bayi yang baru dilahirkan. Semua orang sayang..
 
Kita alu-alukan jika Kak Jat ingin terus berjuang tetapi rasanya berjuang dengan menduduki kerusi Ketua Wanita bukanlah platform terbaik buat Kak Jat jika benar-benar sayangkan UMNO. Di dalam keadaan UMNO yang luka parah, rasanya biarlah kita ketengahkan calon yang benar-benar 'fresh' yang segarnya dapat menyegarkan UMNO di mata rakyat.
 
Kita amat berterima kasih jika Kak Jat dapat menimbangkan semula hasratnya untuk bertanding dan kita lebih berterima kasih sekiranya Kak Jat dapat membuka laluan seluas-luasnya kepada muka baru untuk menerajui Wanita UMNO.
 
Terima kasih Kak Jat sebagaimana kita berterima kasih pada Kak Jat di atas sumbangan yang pernah beliau sumbangkan semasa menjadi Menteri kabinet dan juga Ketua Wanita UMNO.
 
Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan kekal selamanya.
 
Mungkin Kak Jat boleh renungkan kata-kata itu!!

No comments:

Post a Comment