Wednesday, August 14, 2013

Cermin besar di PWTC!!


Pemilihan Agong UMNO hujung tahun ini sudah menjadi bualan.

Di kalangan orang-orang UMNO yang merasakan diri mereka bagus tanpa segan silu sudah pukul canang suruh perwakilan calonkan mereka dan beri mereka undi. Hahaha...lawak apa yang orang UMNO sedang buat?

Konon-kononnya mereka inilah yang akan memperbetulkan semula UMNO setelah tercalit noda dalam PRU ke 13 yang lalu walhal merekalah sebahagian daripada jentera UMNO yang lesu dalam PRU itu.Belum setahun berlalu, mereka sudah mendabik dada mendakwa bahawa merekalah jeneral perang yang semestinya diberikan jawatan tertinggi dalam parti untuk merubah nasib dan halatuju UMNO. Perghh..berapi-api semangat...Pigi jalan dahhh!!!

Orang-orang UMNO kena ingat. Apalah gunanya UMNO kuat di mata orang-orang UMNO sahaja tetapi penuh rasa kebencian di hati rakyat.  Rakyat yang berkuasa di dalam menentukan halatuju politik negara. Orang UMNO kena sentiasa ingat fakta tu!!

Ada di kalangan pemimpin UMNO sudah dilihat oleh rakyat sebagai liabiliti kepada negara. Pun begitu mereka masih tanpa segan silu mahu rakyat menobatkan mereka sebagai pemimpin. Mereka terlalu alpa bahawa mereka telah teruji dan sesungguhnya mereka gagal di dalam ujian itu. Apa lagi yang mahu mereka tonjolkan sehingga sentiasa mahu terus diangkat sebagai pemimpin?

Orang-orang UMNO kena ingat bahawa bukan segak bersampin,berbaju kurung putih dah bertudung merah, berbaju kurung putih dan bertudung pink yang rakyat nilai dan dambakan tetapi jauh daripada itu, rakyat mahukan pembelaan yang maksimum daripada UMNO selaku parti pemerintah. 

Apalah gunanya diangkat pemimpin yang dilihat emas oleh orang-orang UMNO tetapi kaca di mata rakyat!!!!

Kepada orang-orang UMNO yang tahu bahawa diri mereka sebenarnya kaca di mata rakyat, eloklah berundur sebelum kaca-kaca itu akan merosakkan kaki orang-orang UMNO yang lain sekaligus merobohkan institusi yang sudah semakin tergoncang ini.!!! 

Cuba-cubalah belajar erti malu bahawa sesungguhnya bukan semua manusia yang dilahirkan di mukabumi ditakdirkan untuk menjadi pemimpin!!! 

p/s: Jebat cadangkan diletakkan cermin besar di PWTC..mudah untuk orang-orang UMNO mencermin diri sama ada layak atau tidak untuk menjadi pemimpin!!

2 comments:

  1. especially goes to najib and cousins

    ReplyDelete
  2. Ramai yang sudah mula hilang yakin pada Najib?

    ReplyDelete