Thursday, June 13, 2013

Siapa calon Naib Presiden dalam PAU?


Pada yang hebat untuk bertanding di dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan datang tentulah gerak kerja untuk menang sudah dimulakan dari sekarang. Kalau ada mana-mana calon yang terasa hendak kalah bagaimana calon BN kalah di dalam PRU yang baru lalu, contohilah gerak kerja BN di dalam PRU tu, confirm kalah. Lembab.

Khabarnya ada team yang sudah jelajah Malaysia untuk mengibarkan panji calon yang akan bertanding di dalam PAU yang akan datang. Bukan seorang dua calon yang di bawa tetapi katanya gerombolan. Wah! tentulah besar bilangannya. Ada yang menawarkan diri untuk menghiasi pentas pertandingan Naib Presiden. Nampak gayanya Naib Presiden yang ada sekarang tentulah tak boleh duduk selesa di kerusi empuk tu. Nama yang ingin mencabar kedudukan Naib Presiden yang ada sekarang khabarnya bukan nama kecil dan tidak boleh dipandang ringan oleh Naib Presiden sedia ada. Ehem Ehem..Buku bertemu ruas kata orang.

Beginilah hebatnya demokrasi di dalam UMNO selepas penggubalan Perlembagaan. Kalau sikap terhegeh hegeh masih diguna pakai oleh mana-mana penyandang jawatan di dalam pucuk pimpinan UMNO maka jawapannya ialah akan 'KENA MANDI'

Kalau ikut sistem pemilihan dulu mungkin mudah untuk 'menyekat' pergerakan mana-mana calon yang ingin menawarkan diri untuk bertanding tetapi apabila melibatkan ratusan ribu ahli, apa-apa sahaja boleh berlaku.

Di kalangan blogger khabarnya sudah ada yang membentuk 'pasukan' untuk mempromosi tuan-tuan tertentu. Promosi tak apa tapi jangan pula memburukkan calon-calon lawan dengan hujah-hujah dangkal, hentam keromo dan tidak berasas. Orang-orang kanan calon yang ingin bertanding janganlah 'masuk angin' sangat membawa penulis-penulis promosi untuk tuan anda makan di kedai terbuka..banyak mata yang memandang. Patutlah tuan anda merasa sangat tidak selesa sekarang, rupanya gerak kerja anda sangat mudah dihidu.

Sekarang sudah bulan Jun, penyandang-penyandang jawatan sekarang masih ada masa untuk membeli cermin di kedai. Cermin-cerminlah diri anda di cermin. Cuba renungkan apakah yang telah anda lakukan untuk parti sepanjang anda menjawat jawatan yang ada sekarang? Kalau anda rasa nama anda tidak seharum kasturi dan banyak palit-palit hitam maka anda seharusnya melipat gandakan usaha anda untuk mengekalkan jawatan. Pembantu anda haruslah menjadi 'smart partner' kepada anda. Bukan menjadikan anda kuda tunggangan. Eh macam DAPig pula yang mengkudakan HamPAS..Kah Kah Kah...!!!

Dunia sekarang sudah kembali seperti masa lalu. Kita perlukan pemimpin yang benar-benar dekat di jiwa rakyat. Yang selalu turun padang waimah yang boleh sama-sama mengupas bawang bersama rakyat untuk majlis perkahwinan di kampung tentunya menjadi pilihan kali ini. Anda tentu sudah terbayang wajah siapa yang Jebat maksudkan. Yang elitis dan selalu terapung di awangan bukanlah calon yang baik untuk dijadikan pemimpin. Eh Jebat mempromosikan calon tertentu ke? Bukan promosi tapi sekadar beri pandangan!!!

Jangan sangka yang kecil itu lemah dan yang besar itu gagah. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya!!

Apapun biarlah pertandingan kali ini menjadi pertandingan yang bersih dan merupakan gelanggang anak jantan!!!

Woii..jangan main kotor ye!! Anda sentiasa diperhatikan!!!

Jom undi dia tu..Kah Kah Kah!!! Undi masuk yang ni undi keluar yang tu..Kah Kah Kah!!!

1 comment:

  1. Bukan sahaja jawatan Naib Presiden perlu dipertandingkan malah jawatan presiden dan timbalan presiden juga perlu dilakukan. Terutama presinden yang selalu sahaja 'terharu' bila ada sahaja perkara yang menyentuh hati nuraninya!

    ReplyDelete