Wednesday, April 4, 2012

BERSIH 3.0: Siapa pula akan menjadi pelakon MATI HIDUP SEMULA?



BERSIH akan mengotorkan lagi Kuala Lumpur. Pastinya BERSIH yang akan dianjurkan penghujung April ini akan menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur seperti dilanda DEMAM KUNING yang tidak sihat kepada industri pelancongan dan perniagaan.

Sudah sekian lama PRU diadakan entah apa lagi yang tidak kena dengan perjalanan sistem pilihanraya. Sudah terlalu banyak kali kita menjelaskan betapa tidak ada yang cacatnya dengan sistem yang sudah digunapakai sekian lama. Nik Ajis dan ramai lagi pimpinan puak sebelah sana menjadi pemimpin dengan menggunakan sistem yang sama. Bukan tidak ada kena dengan sistem pilihanraya tetapi sebenarnya ada yang tidak kena dengan sistem pemikiran puak sebelah sana.

Berkisah kepada soal ini, apa jua penjelasan dan penerangan yang diberi semuanya tidak akan benar pada mereka. Percayalah, selagi mereka gagal menawan Putrajaya selagi itulah akan dijaja bahawa sistem pilihanraya kita korup dan ada yang tidak kena. Soalnya, adakah sistem kita harus mengikut telunjuk dan kemahuan tembolok mereka?

Seperti bayi yang ingin menyusu, laungan dan jeritan mereka tidak akan terhenti selagi belum diberikan botol dan puting lantaran itu kita ikut sahaja kemahuan mereka seperti yang dikatakan oleh Along Dil di dalam filem KL 'BERILAH SAHAJA KL PADA MEREKA..BERILAH'.

Siapa pula yang akan menjadi pelakon 'MATI HIDUP SEMULA' kali ini?

No comments:

Post a Comment