Tuesday, April 17, 2012

Apabila anda disondol mampukah anda menepisnya?


Jika seorang lelaki berusia 60 tahun mengajak anda melakukan liwat, anda sebagai seorang anak muda yang kental dan gagah, mampukah anda menepis pelawaan tersebut?

Sebab terjadinya perlakuan liwat itu mungkin sahaja boleh dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya ialah lelaki berusia 60 tahun itu mungkin sahaja merupakan majikan anda lantaran meletakkan periuk nasi sebagai matlamat akhir tentu sahaja anda tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada merelakan kejadian itu berlaku.

Banyak hal dan kes kecurian yang berlaku dan mangsa seolah olah tidak sedar dengan apa yang berlaku walhal ianya berlaku di depan mata? Justeru, mengapakah kejadian itu masih boleh berlaku sedangkan ianya berlaku di depan mata? Tentunya anda biasa mendengar perihal kejadian di mana mangsa mengatakan yang beliau DIPUKAU dan gagal berbuat apa-apa bagi mengelakkan kejadian itu daripada berlaku. Berkait kepada kejadian liwat di atas tentulah apabila DIPUKAU kejadian liwat itu gagal dielakkan daripada berlaku.

Seorang kasanova tidak perlu berbuat apa-apa untuk melakukan perilaku seks kepada mangsanya. Hanya berbekalkan ayat-ayat manis dan 'air liur' seorang kasanova mampu membawa mangsanya ke ranjang tanpa melibatkan perilaku paksaan dan keganasan.

Seorang wakil rakyat mengutarakan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan yang menjurus kepada persoalan mampukah seorang lelaki belia dan gagah menepis daripada berlakunya kejadian liwat hasil daripada seorang lelaki yang berusia 60 tahun ke atas?

Sebagai seorang Menteri tentulah dasar yang dibuat ialah mengutamakan kebajikan belia selain daripada mendidik para belia supaya sopan perilakunya. Tetapi seperti yang dinyatakan oleh Menteri tersebut adalah kurang tepat jika dikatakan seorang Menteri mampu menjaga keseluruhan perilaku seorang belia.

Adakalanya biar sekuat mana pun daya tahan yang ditanam ke dalam jiwa anak-anak belia tetapi adakanya faktor persekitaran gagal membentuk jati diri anak muda untuk terus mengawal diri tambah tambah lagi jika di luar sana terdapat banyak golongan kasanova biarpun berusia 60 tahun ke atas yang terus terusan mencari mangsa di kalangan belia jambu untuk melampiaskan nafsu peliknya.

Seks tidak pernah mengenal umur dan dalam dunia perubatan yang semakin canggah ubat-ubatan untuk merangsang nafsu seks boleh didapati di mana sahaja. Pergilah ke sekitar Jalan Chow Kit dan semudah membeli gula-gula anda akan mampu membeli ubat perangsang seks.

Lantaran itu, apakah hanya perlu disalahkan golongan belia apabila berlakunya kejadian liwat? Di Malaysia jarang-jarang benar kedengaran hal liwat daripada berlaku kerana perilaku liwat itu merupakan suatu keadaan yang cukup jijik di mata rakyat Malaysia.

Di dalam keadaan kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah proaktif di dalam mendidik belia tetapi barang perlu diingat seks bukan sahaja kemahuan para belia tetapi turut menjadi igauan manis seorang tua biarpua berusia 60 tahun ke atas? Sama ada seks normal atau seks sesama jenis ianya tetap dikira sebagai satu kemahuan dan bagaimana ianya berlaku hanya yang membuat pelawaan dan mangsa sahaja yang mengetahui.

Dan kepada YB yang bertanya soalan tersebut kepada Menteri Belia dan Sukan anda boleh mencari dan berjumpa secara peribadi sama ada yang membuat pelawaan atau yang menjadi mangsa untuk mendapat penjelasan lanjut bagaimana keadaan liwat itu boleh berlaku.

Tanamkan di dalam minda bahawa seks boleh BERLAKU DENGAN PAKSA biarpun sekuat mana anda menepisnya.

No comments:

Post a Comment