Saturday, October 1, 2011

Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka



Benar pepatah Melayu apabila berkata 'terajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanhnya'. Itu yang berlaku kepada Guan Eng apabila memperlekehkan kemampuan negeri Johor.

Jika benar sekalipun ada kebenaran di dalam kata-kata Guan Eng, siapa beliau hendak berkata demikian? Beliau tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri Johor. Bahkan jika ada kebenaran kepada kata-kata Guan Eng itu, orang yang selayaknya menegur ialah Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Pusat. Tetapi harus barang diingat, bahawa negeri Johor mempunyai Sultan sebagai Ketua Negeri dan akibat kealpaan dan kelancangan mulut Guan Eng itulah beliau lupa akan kewujudan Sultan di negeri Johor.

Sesungguhnya adalah amat memalukan seluruh rakyat negeri Melaka kerana Guan Eng yang datang dari Melaka berkata demikian. Jangan sesekali gunakan alasan bahawa Melaka tidak bersultan maka adab untuk menjaga adab dan menjunjung kasih kepada Sultan diperkotak-katikkan begitu sahaja. Bagi rakyat Melaka, biarpun tidak bersultan, kami tetap menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri, bayangkan sahaja kalau negeri kami bersultan.

Permohonan maaf Guan Eng kepada Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhan jelas menggambarkan ketidakikhlasan beliau apabila menyalahkan media kerana didakwa memutar belitkan keadaan. Biar serapat mana dan tersembunyi mana kenyataan Guan Eng itu dilafazkan beliau tetapi 'kerosakan tetap berlaku'.

Mungkin kerana kesungguhan dengan slogan 'Malaysian Malaysia' Guan Eng terlupa bahawa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu tidak mungkin menjadi sebuah REPUBLIK.

Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka!!

No comments:

Post a Comment