Monday, June 13, 2011

Rais Yatim dibalun lagi



RM 100 juta dibelanjakan untuk program Hari Seniman? Apa asasnya dakwaan ini?

Dengan RM 100 juta berapa buah kah BMW x6 yang boleh dibeli? Mungkin ada di kalangan bloggers yang memandu BMW x6 dan tentunya mereka boleh mencongak berapa buah X6 yang boleh dibeli dengan wang sebesar RM 100 juta.

Proses untuk menggunakan jumlah wang sebesar RM 100 juta di dalam sektor awam bukanlah perkara mudah yang boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Mungkin orang di luar sana tidak arif dengan proses membelanjakan wang di dalam sektor awam. Prosesnya tidak sama sekali sama dengan badan swasta yang mungkin cuma memerlukan tandatangan beberapa orang Lembaga Pengarah untuk membelanjakan jumlah wang sebesar itu. Rasanya itu pun perlu di bawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah.

Tidaklah menghairankan jika Malaysiakini menulis angka sebesar itu dan memohon Rais Yatim memberikan maklumbalas terhadap dakwaan itu.

Tetapi lain pula halnya bilamana bloggers yang mendakwa pro BN pula cuba mengintai-intai ruang untuk membalun Rais Yatim. Ibarat dendam kesumat, jika boleh berapa tinggi Rais Yatim pun hendak dipolitikkan dan dijadikan isu.

Siapa yang pernah lupa bila bloggers tersohor tanahair dan rakan-rakannya membalun Rais Yatim dengan isu merogol amah. Masih tidak puas dengan fitnah itu?

Hari ini Rais Yatim tampil memberikan penjelasan bahawa jumlah sebenar perbelanjaan Hari Seniman adalah RM 97, 665.000

Entah dari mana datangnya angka RM 100 juta tidaklah diketahui. Jika dibandingkan RM 100 juta dengan nilai sebenar itu banyak bilangan angka 0 yang hilang dan kosong yang hilang itulah yang boleh diibaratkan kosongnya pemikiran bloggers tersohor itu dengan proses perbelanjaan wang kerajaan.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya kepada Bernama hari ini. Di bawah Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara.

Di atas adalah maklumbalas yang diterima oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Malaysiakini.

Kita sarankan mereka yang membuat dakwaan membuta tuli ini memohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim.

Malu bertanya sesat jalan...

6 comments:

  1. SALAM JEBAT ...

    KALAU DAH DASAR PENGKHIANAT SUKA BALUN MENTERI UNTUK DAPATKAN PROJEK ... SAMPAI BILA BILA PUN PERANGAI TAKKAN BERUBAH!

    DAH TUA BUAT LA CARA DAH TUA ... BAGI LA CONTOH YANG BAIK PADA BLOGGER! ... BUKAN MENYAMUN!

    GUA DAH BALUN SI ROCKY NGAH SIANG TADI ... MALU LA NENGOK PERANGAI MANUSIA 'TAK CUKUP DUIT' SAMPAI KE MATI NI!

    ReplyDelete
  2. 100 juta dengan 100 ribu pun x bleh dibezakan. Bukan tidak ada logik tapi klu org dah benci mcm tulah..semua tak betul..Entah apa yg dia benci pada Rais gua pun x tau

    ReplyDelete
  3. yg aku baca adalah hari seniman itu 1 juta.

    itu pun banyak beb.

    membazir.

    byk laptop satu malaysia blh beli :)

    ReplyDelete
  4. Anon 10.07 am..jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk Hari Seniman adalah kurang dari RM 100,000. Dari sumber mana Anon 10.07 am berkata perbelanjaannya adalah 1 juta, aku kurang pasti..mungkin sama seperti Guan Eng yang cuma serkap jarang.

    ReplyDelete
  5. jebat,

    ko dah bertaubat ye......kenyataan ko ni menyindir geng blogger yang lain nampak ae......kang kok ado yang terkena tikaman taming sari yang sultan pinjamkan kek ko tu.......

    apo pun.....berok-berok tu memang tak kenang budi baik.....nak tibai diri sendiri jo....

    nantilah.....

    ReplyDelete