Thursday, October 14, 2010

Rais-Rocky: Musibat apakah ini?

Orang nak berbaik ada pulak bloggers yang cuba menjadi batu api. Separuh mati aku usahakan agar didamaikan Rocky-Rais. Tapi musibat-musibat di luar sana seakan tidak boleh terima usaha pelan perdamaian ini. Entah apa yang ada dalam kepala dia orang aku pun tak tahu. Nak jadi jaguh atau nak tunjuk handal.

Blogger anotherbrickinwall.blogspot.com kau memang suka jadi batu api ke? Kau rasa dengan apa yang kau tulis tu akan memberhentikan usaha aku untuk mendamaikan Rocky-Rais? Kau silap bro..makin kuat kau jadi batu api makin kuat aku usahakan pelan damai ni. Apa nak jadi, jadilah Eh! lupa pulak aku..nama blog kau pun dari spesies batu, apa nak heran kalau kau memang batu.

politikputramerdeka.blogspot.com/2010/10/rais-bodoh.html
..kau ni apa hal? Masa isu ni panas kau tak mau komen pulak..bila benda dah nak reda masa tu lah kau datang menyemak..Kau pun dari jenis spesis batu api ke? Spesies spesies batu api macam kau ni boleh kena sambar api petir bro..Macamlah kau pernah masuk dalam Angkasapuri tu dan tau macam macam hal..ke kau dah jadi spesies ahli nujum pulak?

aspanaliasnet.blogspot.com/2010/10/rocky-saudara-tidak-kesaorangan-bro.html pulak sibuk lambung Rocky dan hentam Rais. Macamlah dalam dunia ni takde satu jenis kebaikan pun yang Rais buat. Orang kalau tak suka bro, sebesar gunung pun kau buat kebaikan tetap dipandang taik..Kalau orang dah suka, yang taik pun boleh jadi wangi..

parpukari.blogspot.com ..penganalisa politik tersohor tanahair ni nampak gaya macam pening kepala..Rocky dianggap sebagai sifu dalam dunia blogging..ala macam M.Nasir dalam dunia muzik la ala-alanya. Sampai Parpukari nak bakar jambatan dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Kau ingat ingat Parpu Jambatan Bosi kek Batu Kikir tu boleh ke terbakar? Namo pon eh bosi..takdo terbakar de..Macam pernah dengar ayat ni..tapi di mana ye?

Udah-udah le kau orang ni..jangan jadi batu api..Susah sangat ke kau orang nak membawa sedikit kebaikan dalam hidup kau orang..Jangan sibuk nak intai salah orang lain..jangan sibuk jaga tepi kain orang..susah sangat ke nak tengok Rocky-Rais bersalaman tanda berdamai..Ala salam macam kau orang buat masa Hari Raya hari tu..Ke sebagai pahlawan blogger dunia maya kau orang dah lupa cara nak bersalam? Namo eh alam siber..adat Melayu tetap Melayu..Payah bonar..Berpijak je pada dunia nyata...

p/s: Kau orang marah dengan apa aku tulis? Kau marah pun aku peduli apa..Aku rasa kau orang yang dari spesies batu api takkan marah pasal aku tak ada kaitkan perjuangan alam media maya kau dengan kaum keluarga kau orang..Yang Rais melenting sampai buat laporan polis bila ada nama keluarganya yang dikaitkan..Sendiri mau ingat..

4 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

    Blog GB tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

    Di harap pihak Tuan dapat membantu GB untuk mempromosi blog saya..

    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    ReplyDelete
  2. Sahabat Gelombang Rakyat..terima kasih di atas kesudian menziarah blog marhaen yang jauh terpencil dengan nama nama blog yang lain..atas dasar kepertanggungjawaban pada negara dan cuma sumbangan sekecil ini yang mampu saya lakukan..mudah-mudah amal ini akan menjadi bekal ke akhirat kelak..salam perjuangan dan salam hormat

    ReplyDelete
  3. Marah betul ya Jebat Berkokok? Kau bagitau RAIS, resign jelah...cakap banyak pun tak guna...

    Peace

    ReplyDelete
  4. gua sokong PK. kalau kao pening-pening sangat sampai takleh berperanan sbg balachi `boss' kao, apa kata kao sendiri yang resign! apa kao nak sakit2kan kepala. ini semua warna-warna dunia yang mengindahkan kehidupan, mencetuskan kematangan fikiran dan yg lebih penting membuktikan kebenaran serta membongkar kepalsuan. Tuhan lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang mungkar..

    MungkarNangkir

    ReplyDelete