Friday, August 7, 2009

Astro oh Astro

Dah penat bercerita tentang politik marilah kita bercerita tentang kehidupan seharian. Nak bercerita pasal Astro pulak sekarang ni. Memang syok menonton Astro apalagi Astro menawarkan bahan tontonan yang agak menarik walaupun ditayangkan berulang kali dan ulang lagi. Betul betul punya ulang.

Tapi yang agak memeranjatkan apabila baru baru ini Astro telah menaikkan harga bagi pakej siaran sukan sebanyak RM10-11. Yang tidak menariknya Astro menaikkan harga pakej ini tanpa makluman terlebih dahulu dan hanya menyertakan sedikit kertas penyata berhubung kenyataan menaikkan harga pakej tersebut. Alasan yang diberikan oleh Astro ialah berkenaan kenaikkan kos menyelenggara dan kos tetap yang menyebabkan Astro terpaksa menaikkan harga tersebut.

Ada benarnya mungkin Astro terpaksa menaikkan harga kerana faktor faktor tersebut tetapi mengapa tiada makluman awal yang boleh disebarkan kepada pengguna seperti penyiaran di dalam televisyen ataupun radio bahkan suratkhabar. Ini menunjukkan Astro tidak mengambil kira kepentingan penggunanya memandangkan Astro adalah kuasa monopoli di dalam bidang ini. Suka disarankan agar kerajaan mengambil inisiatif untuk menggubal suatu undang undang di parlimen agar Astro boleh dikawal dan tidak mengambil sikap sesuka hati. Yang terbeban adalah rakyat.

Yang hairannya kali ini rakyat tidak memberontak sepertimana rakyat memberontak semasa kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 70sen tempoh hari. Pelik tapi benar.

3 comments:

  1. biar pi la depa nak naik berapa pun, hak depa. hang dok kecoh sebab kena bayaq lebih lah tuh. nak tengok sukan kena rela korban lah sket. mana ada bende free dalam dunia ni..kecuali pengampu umno jer dapat free projek, lipat duit rakyat dan macam-macam lagi la. dok diam2 jgn dok bisin2 buek malu org melayu jo..naek sepuloh hengget dah bisin satu pokan..uishhh

    ReplyDelete
  2. Betul la bro.Naik tiba2..Aku baru jer subscribe utk channel biasa(39.95)+sukan.Aku punya la seronok sebab dapat tgk sukan,terutamanya badminton.Tpi malangnya bru sebulan dpt harga tu dah di naik kan harga.Punya la sial.Last2 org yg bergaji rendah macam aku ni terpaksa la unsubscribe balik.10 hengget pun berharga bro.Klu tak sebab kawasan umah aku talian siaran tv teruk(berpasir)mmg aku tak pasang astro.Yg blh dpt cuma tv 8.Last2 astro lak bt mcm ni.Mentang2 la,byk siaran tv satelit dah di tutup,terus dia org bt mcm ni.Takder ka syarikat melayu yg nak buat siaran satelit mcm ni.Supaya dapat bersaing dengan kaum lain.Klu ada,aku bagi sokongan 100%...

    ReplyDelete
  3. Aku pun kena bro, aku naik dekat rm10 gak.. baru ja aku pasang astro ni, buat sajian piala dunia nak dekat, last2 perang dunia ketiga plakla bila naik banyak sgt.. nak buat camna? kena layan gakla.. kalu tak kena pi kedai mamak nak ushar bola..hahhaha

    anakmuda : bola punya pasai bayaq lebih, astro gak yang kaya
    http://ohpolitik.blogspot.com

    ReplyDelete