Dalam artikel terdahulu DI SINI pernah diingatkan bahawa tugas hakiki seseorang yang berbangga dengan gelaran MAHASISWA dan MAHASISWI adalah menuntut ilmu.
Berapa banyak kali harus dipesan dan diingatkan perkara ini kepada mereka? Lihat sahaja berapa besar dan angkuhnya mereka dengan penulisan mereka di bawah ini.
Dengan ilmu yang secetek itu, angkuh benar bunyinya bila mempertikaikan titah ke bawah Duli Sultan Johor agar tidak menyertai perhimpunan haram. Kalau dah banyak kali tegur dengan lidah tak berkesan, jawabnya tegur dengan tangan dan tapak kaki mungkin boleh mengubah mereka.
Monday, October 31, 2011
Sunday, October 30, 2011
Profesor bukan tahu semua perkara
Kalau dahulu majalah humor (komik) Gila-Gila ada menyelitkan ruangan Profesor Serba Tahu (gambar di atas) kini zaman itu sudah pun berlalu.
Ruangan Profesor Serba Tahu di dalam komik itu adalah sekadar suatu jenaka kerana jawapan kepada persoalan di dalam ruangan itu tidak masuk akal sama sekali. Dan yang lebih jauh lebih penting daripada itu ruangan itu lebih bersifat 'perli' kepada golongan-golongan yang berlagak bijak seolah-olah mereka tahu semua perkara.
Untuk mana-mana Profesor yang cuba menunjukkan bahawa anda tahu serba-serbi sebenarnya hanya menunjukkan bahawa anda adalah golongan Profesor Serba Tahu di dalam komik Gila-Gila.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan setinggi-tinggi ilmu adalah ILMU TIDAK TAHU.
Tuesday, October 25, 2011
Mahasiswa jangan rasa diri anda bagus
Khabarnya ada puak-puak pelajar yang berdemo bilamana Perdana Menteri hadir di sebuah pusat pengajian tinggi.
Inilah masalahnya bila orang yang menggelarkan diri mereka MAHASISWA dan MAHASISWI merasakan yang diri mereka terlalu bijak dan boleh mentadbir sesebuah negara dengan lebih baik.
Agak malang bila mahasiswa dan mahasiswi terlupa yang tugas utama mereka adalah belajar dan menimba ilmu bukan melolong menentang kerajaan. Tidakkah otak mahasiswa dan mahasiswi yang telah terasuh di pusat pengajian tinggi telah mendidik mereka untuk menjadi seorang yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beretika?
Di dalam berdemo itu alangkah baiknya jika mahasiswa boleh berfikir untuk beberapa ketika bahawa universiti yang mereka belajar itu juga didirikan oleh kerajaan dan PTPTN yang disediakan juga hasil inisiatif kerajaan.
Paling tidak sekalipun mahasiswa dan mahasiswi, ingat-ingatlah bahawa ibu bapa berhabis duit untuk menghantar anda ke universiti. Tujuannya hanya untuk anda menjadi manusia yang berguna dan boleh dibanggakan ibu bapa anda.
Sedarlah diri, bahawa nasi yang anda makan juga masih disuap ibu bapa dan tugas anda adalah belajar. Jika mahu menjadi pemimpin pun lunaskan dulu tanggungjawab anda pada ibu bapa.
Jika gagal dalam pelajaran nanti, apa yang anda akan beritahu pada ibu bapa anda? Salahkah kerajaan jika anda gagal? Kalau hidung masih berhingus jangan bicara soal mentadbir negara. Memimpin keluarga kelak pun anda masih belum tentu mampu.!!!
Monday, October 24, 2011
Biseksual tetap biseksual
Dewan Pemuda HamPAS Pahang menyatakan bantahan mereka terhadap konsert penyanyi Elton John yang bakal di adakan di Genting Highlands pada 22 November depan.
Mereka membantah konsert itu kerana mengatakan bahawa konsert itu akan menjadi penyumbang kepada masalah sosial termasuklah kepada soal gejala hubungan sejenis.
Kenal benarkah Dewan Pemuda HamPAS kepada Elton John? Adakah video seks yang mereka telah tonton yang membolehkan dakwaan mereka itu sebagai berasas?
Di Malaysia, pelaku hubungan sejenis yang telah didakwa dan sedang didakwa bahkan mempunyai rakaman video seks dengan China Doll tetap dijulang sebagai hero mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa siapa sahaja dan di mana sahaja biseksual dilakukan ianya tetap biseksual dan ianya di luar tabie manusia normal.
Jika Elton John yang bukan Islam tetap dibantah pelakuan biseksualnya bagaimana pula jika pelakunya adalah seorang Islam?
Baca SINI untuk penjelasan lanjut...
Sunday, October 23, 2011
Beza antara blogger...
Siapa yang ramas payudara siapa? Siapa yang dapat merasa besar dan gebunya payudara itu?
Kenapa pula Pakatan harus menggesa Timbalan Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana dakwa mereka TPM ada mengeluarkan watikah menyokong tindakan blogger pro-kerajaan berhubung skandal meramas payudara itu?
Jahil benar bunyi dakwaan itu, jika benarlah dakwaan itu keluarkan bukti bahawa TPM sememangnya ada mengeluarkan watikah itu. Janganlah berperangai seperti anjing yang sekadar menyalak..
Jika ada bukti itu silalah pimpinan Pakatan edarkan kepada blogger-blogger tersohor mereka seperti Milosuam dan Topeng Perak. Jangan pula diarahkan blogger-blogger itu membuat fitnah yang tidak berasas.
Rendah dan cetek benar pemikiran pimpinan Pakatan sehingga mengatakan akan kewujudan watikah itu. Apa perlunya TPM mengeluarkan watikah itu jika benar sekalipun beliau menyokong tindakan blogger pro-kerajaan. Tidakkah arahan lisan daripada TPM sudah memadai untuk mengarahkan blogger pro-kerajaan bertindak terhadap isu meramas payudara itu.
Ingin diingatkan kepada pimpinan Pakatan bahawa blogger pro-kerajaan tidak akan sesekali tunduk kepada mana-mana kemahuan dan arahan termasuklah daripada pimpinan Barisan Nasional sendiri jika kami merasakan apa yang berlaku adalah perkara yang tidak baik. Pimpinan Barisan Nasional sendiri menjadi bahan hentaman jika mereka melakukan kesalahan.
Inilah yang membezakan blogger pro-kerajaan dan blogger Pakatan. Yang benar tetap benar kepada kami dan kami tidak akan tunduk kepada sebarang arahan jika kami di pihak yang benar.
Jika ada pimpinan Barisan Nasional yang melanggan China Doll juga akan tetap kami dedahkan. Beranikah blogger Pakatan bertindak seperti blogger pro-kerajaan?
Subscribe to:
Posts (Atom)