Thursday, December 9, 2010

Jangan marah Nazri Aziz

Rakan-rakan bloggers jangan marah dan naik angin pada Nazri Aziz berhubung gambar di atas. Beliau tidak ada melakukan kesalahan. Sebagai peguam terhebat dan Menteri yang menjaga hal-ehwal Parlimen beliau lebih tahu dengan apa yang beliau lakukan. Rakan-rakan bloggers tahu apa dalam isu ini jika hendak dibandingkan dengan peguam dan Menteri yang hebat ini.

Mungkin inilah revolusi yang cuba dibawa oleh Nazri Aziz. Etika pakaian ketika memasuki bangunan Parlimen mungkin akan dilonggarkan untuk memudahkan rakyat memasuki dewan Parlimen. Elok benar macam itu tambahan pula kita baru menyambut Maal Hijrah. Suka juga aku cadangkan agar mana-mana wanita yang nak bermandi-manda di Parlimen pun boleh dibenarkan memakai bikini. Lagipun kolam yang ada di kawasan Parlimen itu tidak digunakan sepenuhnya. Hanya untuk penternakan ikan. Alangkah elok jika dibenarkan wanita berbikini mandi-manda di situ dapat juga meringankan stress ahli-ahli Dewan yang berbahas.

Jangan marah anak Cina tu kalau dia memakai snow cap ke Parlimen. Rakan-rakan bloggers mana tahu tentang betapa sejuknya hawa dingin yang terdapat di Parlimen. Kalau tak percaya tanyalah pada Nazri Aziz, beliau lebih tahu segala-galanya tentang parlimen. Baju T-shirt yang anak Cina tu pakai pula adalah lambang untuk menunjukkan dia adalah penyanyi rap. Biasalah dalam rap semua ayat boleh keluar..Mana ada salah..Itulah cara anak muda menyampaikan mesej dalam nyanyian mereka kata Nazri. Tak percaya rakan-rakan bloggers tanyalah Nazri Aziz..Beliau lebih tahu segala-galanya.

Rakan-rakan bloggers kena sahut permintaan Nazri Aziz untuk membantu menghentikan anak Cina ini daripada terus dihentam di dalam media. Lagipun Nazri kata anak Cina ini tidak rasis, tidak anti kerajaan dan tidak anti Malaysia. Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Negarakuku itu adalah tanda menunjukkan betapa rakyat Malaysia memang kreatif. Kalau tak percaya tanya Nazri Aziz. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Lagipun kata Nazri Aziz..kalau kasar tak apa jangan lucah je..Demonstrasi jalanan kalau kasar tak apa tetapi jangan tunjuk isyarat lucah..eh betul ke macam tu? Kena tanya Nazri Aziz perkara ini. Beliau lebih tahu segala-galanya.

Tak apalah..kita doakan saja anak Cina ini akan lebih kreatif berkarya pada masa akan datang..Jangan lucah kasar tak apa..Kalau ada kemusykilan tentang darjah kasar atau lucah tanyalah Nazri beliau lebih arif menkategorikan sesuatu perkara..

Duit aku duit aku..duit engkau duit aku!!

Bila kerajaan pusat dikatakan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Negeri Kelantan, satu Malaya puak Pakatan jaja kata kerajaan pusat kejam lah, tidak adil dan macam-macam lagi segala yang buruk dilontarkan kepada kerajaan pusat.

Rupanya dalam diam, negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran puak Pakatan dikatakan tidak mahu membayar duti hiburan kepada kerajaan pusat. Wang kutipan duti hiburan yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan pusat itu akan disalurkan kepada FINAS untuk pembangunan industri filem tanahair. Keengganan membayar duti hiburan oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh puak Pakatan itu mengakibatkan kerajaan pusat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pembangunan industri filem dan hiburan tanahair.

Negeri Kelantan mungkin terkecuali dalam membayar duti hiburan kerana Kelantan adalah serambi Mekah dan langsung tidak ada hiburan bahkan tak maju pun negeri tersebut jadi elok kita lupakan saja..tapi negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan seperti Selangor dan Pulau Pinang mungkin banyak duti hiburannya. Jadi kenapa enggan membayar duti tersebut kepada kerajaan pusat? Atau mungkinkah pusat hiburan di negeri tersebut beroperasi secara haram menyebabkan tidak ada kutipan duti hiburan yang dikutip oleh kerajaan negeri Pakatan? Soal duit semuanya mungkin!!!

Betullah seperti dalam dialog video di atas...INI TIDAK ADIL!! Kalau seperti yang didakwa kerajaan Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak adil kerana tidak membayar royalti minyak maka seharusnya kerajaan negeri yang diperintah Pakatan berlaku adil dengan membayar duti hiburan kepada kerajaan pusat.

Jangan menjadi ketam mengajar anak berjalan lurus..Duit aku duit aku, duit engkau duit aku jugak..mana ada jalan macam ni!!!

Wednesday, December 8, 2010

Zahid jangan minta maaf!!



Zahid tidak perlu memohon maaf dalam isu tidak ramai bilangan bukan Bumiputera menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Kalau dah tidak ramai maksudnya jelas bahawa memang tidak ramai dan itu adalah fakta.

Jawapan yang Zahid bentangkan di dalam Dewan Rakyat di Parlimen adalah jawapan yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan dan perkara itu adalah jelas menunjukkan jawapan itu bukanlah jawapan peribadi Zahid yang disebut sesuka hati.

Tidak ramai bukan bumiputera menyertai Angkatan Tentera bukanlah salah Kementerian Pertahanan ataupun salah Zahid. Tidak ada orang menyuruh dan tidak orang yang menghalang mana-mana rakyat Malaysia untuk menyertai Angkatan Tentera.

Bahkan Kementerian Pertahanan sendiri telah banyak mengadakan 'road tour' untuk membuat pengambilan baru anggota tentera. Kalau dah bukan Bumiputera sendiri tidak berminat untuk menyertai angkatan tentera apa yang boleh Zahid buat waimah apa yang boleh Nik Aziz buat..

Kau orang dengarlah sendiri apa yang Zahid katakan dalam video dekat atas tu..Pakatan sengaja nak mempolitikkan isu itu. Biasalah dah nama pun pembangkang semua benda nak dipolitikkan. Kalau boleh musim hujan sekarang ini pun nak dijadikan isu sebagai modal politik.

Tak payah nak suruh Zahid minta maaf bahkan dia orang yang kena mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak ramai puak dia yang tak mahu sertai Angkatan Tentera. Tugas angkatan tentera adalah menjaga keamanan negara, dari berdemo tengah jalan dan dalam masjid elok masuk tentera..nampak juga tanda sayang pada negara..

Bagi pihak Zahid aku memohon maaf kerana memang tidak ramai bukan Bumiputera yang menyertai Angkatan Tentera dan aku minta maaf pasal Zahid cuma kata semangat patriotik yang ada pada jiwa mereka tidak cukup tinggi bukan tak ada langsung!!!!!

Putar alam!!!

Shaiful sumpah tipu?


Suatu ketika dahulu aku senak perut bila anak muda yang bernama Shaiful begitu berani bersumpah menjunjung Quran di dalam masjid. Bukan kepalang berani anak muda ini, menjunjung mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

Ragu-ragu terus berlegar dalam kepala aku dan dengan penuh debar aku menanti adakah kesan ke atas anak muda ini akibat dari peristiwa yang cukup berani ini.

Puak Pakatan mula mempersoalkan cara anak muda ini menjunjung Quran kerana kata mereka anak muda ini tidak mengikut cara bersumpah yang betul. Pada aku biar cara mana sekalipun anak muda ini bersumpah dan menjunjung Quran yang pentingnya Quran tetap Quran dan akan kekal sebagai hakim terbaik sepanjang zaman.

Kita lupakan bagaimana cara anak muda ini menjunjung Al Quran dan kalau benarlah kata Yusuf Qardhawi berhubung Nuar Berahim kita sudah lama menunggu untuk Nuar Berahim membawa Yusuf Qardhawi ke Malaysia untuk membuat acara angkat sumpah dengan cara yang didakwa betul caranya. Sudahnya sampai ke hari ini, Nuar Berahim tidak berani untuk bersumpah..Kalau beranilah Nuar Berahim bersumpah aku cadangkan TV1, TV2 dan TV3 untuk buat siaran langsung..Soalnya beranikah Nuar Berahim???

Rupanya dalam diam anak muda ini telah pergi menunaikan fardhu haji..Hebat dan cukup berani..Kata orang kalau di Mekah jangan dikatakan perangai malah jika ada tutur kata yang tidak elok sekalipun akan menerima musibah. Tapi nampaknya, anak muda ini telah selamat menunaikan fardhu haji dan apakah puak Pakatan masih ragu-ragu dengan sumpah anak muda ini?

Kalau seangkuh itu PAS menjanjikan syurga kepada ahlinya kenapakah PAS tidak mencadangkan kepada Nuar Berahim untuk menjunjung Quran untuk membersihkan namanya? Cara dan kaedahnya kita serahkan pada PAS mahupun Nuar Berahim..ikut acuan yang dirasakan sesuai pada mereka.

Khabarnya PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam..mudah-mudahan PAS tidak pernah lupa bahawa Al Quran adalah sebaik-baik hakim dan tetap kekal sebagai mukjizat terulung hingga ke akhir zaman..

Beranikah Nuar Berahim? Kelu seribu bahasa?

Sabarkah pihak polis?

Adilkah kita pada mereka?

Ada yang kata PDRM ambil tindakan di luar tabie semasa demo penyerahan memo ke Istana Negara oleh Pakatan tempoh hari lalu. Benarkah?

Baik..aku teringat semasa peristiwa demo Gerakan Mansuhkan ISA di ibukota tidak lama dahulu di mana aku hadir secara langsung di situ.

Sepanjang hari aku berada di situ, aku dapati tidak ada sebarang tindakan yang PDRM ambil pada mana-mana pihak bahkan PDRM telah memohon secara baik dan berhemah supaya penjerit-penjerit jalanan itu beredar dari tempat tersebut.

Soalnya..adakah PDRM robot atau manusia? Kalau dah dinamakan manusia pastinya tahap kesabaran ada penghujungnya. Bolehkah pihak PDRM bersabar jika mereka diherdik dan dicemuh dengan perkataan-perkataan yang maha kesat oleh penjerit-penjerit jalanan?

Perkataan seperti ANJING KERAJAAN yang terhambur keluar semasa demo itu jelas menidakkan kesabaran pihak PDRM..sesiapa yang dihamburkan dengan perkataan anjing pastinya merah telinga dan menghapuskan kesabaran. Kalau aku juga begitu..bayangkan kalau perkataan serupa dihamburkan oleh penyokong BN kepada penyokong Pakatan..sendiri mahu ingat dan sendiri boleh fikir.

Perlu diingat anggota PDRM juga manusia seperti kita..punya hati perut..punya perasaan dan punya anak bini..Kalau kita mahu orang hormat dan santun pada kita begitulah juga harusnya santun kita pada orang.

Yang menariknya...bila sebarang musibah berlaku PDRM juga yang ditagih bantuannya..Adilkah kita kepada PDRM?

Sarang tebuang jangan dijolok..Sabar manusia ada hadnya...