Showing posts with label Namawee. Show all posts
Showing posts with label Namawee. Show all posts
Tuesday, October 4, 2011
Namewee: Punca kepada permasalahan? DAPigs bersorak riang?
Kemarahan anak-anak muda Melayu kepada kelancangan mulut Namewee terus membuak-buak. Hari ini telah mula kedengaran suara-suara bising anak Melayu yang rasa tercabar dengan keangkuhan mulut Namewee dan rasa tercabar itu bagai disiat-siat oleh kata-kata Perdana Menteri bahawa Namewee adalah seorang anak muda yang berfikiran kreatif hanya kerana Namewee mengatakan yang dia adalah penyokong kuat 1 Malaysia.
Video yang dipaparkan DI SINI adalah bukti suara kemarahan anak-anak muda Melayu kepada keangkuhan mulut Namewee.
Sahabat blogger juga telah mula melahiran rasa kurang senang kepada kenyataan Perdana Menteri yang seolah-olah tidak mengambil pusing kepada video video yang telah direka oleh Namewee. Benar ada kreatifnya seperti yang didakwa Perdana Menteri tetapi jauh daripada itu haruslah Perdana Menteri menilai akan isi kandungan video-video tersebut.
Tidaklah dapat dinafikan wujudnya kepincangan di sana-sini di dalam mana-mana negara tetapi keangkuhan Namewee yang hanya menjurus kepada orang-orang Melayu jelas menampakkan agenda tersembunyi yang mungkin sedang dipopok popok oleh parti politik tertentu dan Namewee adalah perkakas yang digunapakai untuk melayarkan agenda tersebut.
Ada yang mengatakan bahawa kenyataan Perdana Menteri berhubung Namewee adalah kata-kata politik tetapi mungkin Perdana Menteri terlupa bahawa orang-orang Melayu di kampung tidak pernah terdidik dengan pendidikan untuk menganalisa politik lantaran mengambil kata-kata Perdana Menteri yang mengatakan Namewee adalah seorang yang kreatif sebagai satu kekusutan minda Perdana Menteri.
Mungkin Perdana Menteri jauh lebih bijak daripada kita sebagai rakyat biasa tetapi jangan sampai pula kebijaksanaan itu perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk diterjemahkan. Kebijaksanaan Perdana Menteri menangani perkara ini adalah suatu yang amat dinanti-nantikan rakyat dan rakyat tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menidakkan kebijaksanaan Perdana Menteri bila berlangsungnya PILIHANRAYA.
Sekadar suatu renungan..
Thursday, December 9, 2010
Jangan marah Nazri Aziz

Mungkin inilah revolusi yang cuba dibawa oleh Nazri Aziz. Etika pakaian ketika memasuki bangunan Parlimen mungkin akan dilonggarkan untuk memudahkan rakyat memasuki dewan Parlimen. Elok benar macam itu tambahan pula kita baru menyambut Maal Hijrah. Suka juga aku cadangkan agar mana-mana wanita yang nak bermandi-manda di Parlimen pun boleh dibenarkan memakai bikini. Lagipun kolam yang ada di kawasan Parlimen itu tidak digunakan sepenuhnya. Hanya untuk penternakan ikan. Alangkah elok jika dibenarkan wanita berbikini mandi-manda di situ dapat juga meringankan stress ahli-ahli Dewan yang berbahas.
Jangan marah anak Cina tu kalau dia memakai snow cap ke Parlimen. Rakan-rakan bloggers mana tahu tentang betapa sejuknya hawa dingin yang terdapat di Parlimen. Kalau tak percaya tanyalah pada Nazri Aziz, beliau lebih tahu segala-galanya tentang parlimen. Baju T-shirt yang anak Cina tu pakai pula adalah lambang untuk menunjukkan dia adalah penyanyi rap. Biasalah dalam rap semua ayat boleh keluar..Mana ada salah..Itulah cara anak muda menyampaikan mesej dalam nyanyian mereka kata Nazri. Tak percaya rakan-rakan bloggers tanyalah Nazri Aziz..Beliau lebih tahu segala-galanya.
Rakan-rakan bloggers kena sahut permintaan Nazri Aziz untuk membantu menghentikan anak Cina ini daripada terus dihentam di dalam media. Lagipun Nazri kata anak Cina ini tidak rasis, tidak anti kerajaan dan tidak anti Malaysia. Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Negarakuku itu adalah tanda menunjukkan betapa rakyat Malaysia memang kreatif. Kalau tak percaya tanya Nazri Aziz. Beliau lebih tahu segala-galanya.
Lagipun kata Nazri Aziz..kalau kasar tak apa jangan lucah je..Demonstrasi jalanan kalau kasar tak apa tetapi jangan tunjuk isyarat lucah..eh betul ke macam tu? Kena tanya Nazri Aziz perkara ini. Beliau lebih tahu segala-galanya.
Tak apalah..kita doakan saja anak Cina ini akan lebih kreatif berkarya pada masa akan datang..Jangan lucah kasar tak apa..Kalau ada kemusykilan tentang darjah kasar atau lucah tanyalah Nazri beliau lebih arif menkategorikan sesuatu perkara..
Labels:
Bloggers,
BN,
dia lebih tahu,
kasar,
lucah,
Namawee,
Nazri Aziz,
parlimen,
UMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)