Sunday, February 28, 2010

Gugurkan kes Nuar? Mana ada jalan

Ni apa kemaruk PAS tak habis-habis gesa kerajaan gugurkan kes Nuar?Dah berbuih mulut terangkan yang kes ni bukan kerajaan Malaysia lawan Nuar..tapi Saiful lawan Nuar..apa kena mengena dengan kerajaan Malaysia pulak ni?Wah bukan main bangga lagi seorang pegawai dari Kelantan mencoretkan di dalam Serakahdaily nama-nama puak yang menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes ni. Dengan penuh bangga dia kata 50 Ahli Parlimen Australia,Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat,Bekas Perdana Menteri Kanada dan ada lagi nama-nama yang didakwa menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat ni.

PAS ni dah lupa ke pasal sejarah?PAS lupa ke macam mana teruk orang Melayu bertungkus lumus menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan?PAS lupa ke sejarah Melayu Melaka..beri muka pada pedagang pedagang asing nak berniaga di Melaka. Rupanya pedagang-pedagang ni mengintai peluang. Kali ni pun sama..seolah olah kita beri dia orang peluang untuk intai kelemahan kita. Cerita dalam kain dan cerita rumahtangga kita (Malaysia) takkan kita nak suruh orang luar masuk campur. Dapat pahala beb kalau kita jaga rahsia rumahtangga.

Kalau PAS mencari keadilan..macam tu jugak saudara Saiful kita..Dia dan keluarga dia pun mencari keadilan. Takkan dalam Malaysia ni orang-orang politik je perlu diberi ruang untuk mencari keadilan. Rakyat marhaen macam mana?Berapa orang banduan yang dalam lokap tu disumbat ke dalam penjara atas tuduhan merogol dan seumpamanya?Kenapa tak kita minta semua digugurkan kesnya?Mana ada jalan kalau orang-orang VIP politik je diberi keistimewaan ini. Apa yang perlu digusarkan..kan sedang bicara..yakinlah pada kebenaran..kalau benar pasti dihujung sana ada sinar kebenaran. Sembahyang hajat pun dah dibuat...takkan tak yakin dengan doa sendiri.

Apa kata PAS mintak Nizar gugurkan gesaan untuk bubarkan DUN Perak. Kata mencari keadilan. Kalau sebelah pihak je senang, bukanlah keadilan namanya.

Saturday, February 27, 2010

Tidak dapat gading tanduk pun jadilah

Di dalam mengejar cita-cita kita perlukan usaha. Mana ada yang bulat datang bergolek dan yang pipih terbang melayang di dalam mengejar cita-cita. Perlu ada usaha. Biarpun usaha di dalam mengejar cita-cita itu memakan usaha yang lama tetapi atas keinginan yang terkadang tidak terbendung, kita lupa akan matlamat asal kita, kita lupa asas perjuangan kita dan yang agak bercelaru kita lupa yang mana teman yang mana lawan.
Benar, cita-cita akan membuatkan kita terus berusaha. Tetapi apakah cita-cita membuatkan kita lupa matlamat asal kita?. Apakah harus di dalam mengejar cita-cita harus kita korbankan sejarah lalu yang telah kita garap bersama demi sebuah kehidupan yang sempurna dan haruskah kita buang pengorbanan yang telah kita kerahkan bersama teman teman seperjuangan?
Mampukah kita buang jauh-jauh segala cita-cita kita demi kesejahteraan bersama dan mendamaikan hati teman-teman?Rasanya perjuangan mengejar cita-cita peribadi tidaklah sebesar perjuangan memberikan kedamaian kepada teman-teman yang telah kita perjuangkan berkurun lamanya.
Banyak mata yang memandang dengan penuh iri hati semangat keakraban dan asas perjuangan kita. Jangan hanya kerana setitik madu manis di mulut mereka, kita tergesa-gesa mengambil sikap melupakan kawan-kawan lama. Yang menangis dan ketawa bersama-sama. Yang dicubit peha kiri peha kanan turus terasa sakitnya. Adilkah kita pada teman-teman?
Di dalam kepompong yang agak kecil, ada di antara kita yang tinggi duduknya dan ada yang terkebawah di dalam kepompong itu. Pun begitu, bukanlah kita mewujudkan kasta cuma rezeki kita agak berbeza-beza. Teman-teman tetap sayang apatah lagi kita banyak berjasa cuma usia yang meningkat membuatkan hati kita semakin rapuh dan merasakan tiada lagi sayang teman-teman pada kita. Ketahuilah semua itu cuma khayalan dan mainan hati yang kesunyian. Musim berubah dan zaman juga berubah namun kecintaan tidak pernah berubah. Berbaik sangkalah pada teman-teman. Kita akan pasti duduk semeja dan berbual seperti biasa. Tetap akan ada hormat yang tinggi dan tetap kasih bagai seorang anak pada seorang ayah. Biarpun zaman telah berubah tetapi asas perjuangan tetap sama dan rasa kecintaan tetap sama. Tidak seperti 'sekali air bah sekali pantai berubah'.
Jangan kerana cita-cita yang tampak semakin jauh, kesunyian kerana usia yang meningkat, hati yang rapuh dek kesunyian dan gading yang tidak tercapai, dihulurkan tanduk maka tanduk itu sama tarafnya dengan gading? Teman-teman pasti bersama di dalam setiap ketika demi sebuah keharmonian negara tercinta, MALAYSIA.

Thursday, February 25, 2010

Kuasa baru menjelang Mac 2010

Jebat mendapat perkhabaran akan timbulnya suatu kuasa baru pada Mac 2010. Entah betul entah tidak. Tapi itu perkhabaran yang diterima. Boleh jadi suatu khabar angin, boleh jadi tak jadi dan juga boleh jadi sekadar illusi.

Kalau benar pastinya ianya memeranjatkan dan semua orang akan terlopong mulut. Kuasa apa tu ye..Benda belum tentu jadi..kita tengok sama ada ia akan jadi ke tidak. Tapi Jebat rasa macam mustahil. Politik adalah seni untuk merealisasikan benda-benda mustahil.

Siapa yang akan berkuasa tu ye?

Tuesday, February 23, 2010

Handal sangatkah Melayu?

Melayu ni bunyinya macam handal sangat. Ada sibuk bercakap pasal ketuanan, ada yang nampak gah sangat dengan ilmu agama dan ada yang kata berjuang tapi dah jadi macam lembu yang ditindik hidung. Soalnya benarkah Melayu ni handal?

Apa kejadah yang handal sangat kalau tanah Malaysia yang sekangkang kera ni pun tak boleh dijaga dengan baik. Pagi petang siang malam yang Melayu tahu hanya politik. Melayu lain nak melingkup pun Melayu lain peduli apa. Ini masalahnya Melayu. Sibuk nak penuhkan temolok masing-masing. Yang dah ada jawatan Ahli Parlimen dan DUN masih kemaruk nak jadi Menteri Besar. Tak cukup ke dengan elaun dan gaji sebagai Ahli Parlimen. Apa lagi yang Melayu hendak?Kata berjiwa rakyat, takkan tak nampak susah payah dan jerih perih Melayu lain yang jadi nelayan. Menyabung nyawa mencari rezeki untuk anak isteri di rumah. Anak minta mainan pun belum tentu mampu diadakan. Sampai bila Melayu nak tahu bersyukur? Intai-intailah kepada Melayu yang susah di kampung tu. Jangan sibuk dengan 1 Malaysia tapi rakyat kat kampung mati kebulur. Benar, belum ada rakyat Malaysia yang mati kebulur tapi orang orang Melayu kat kampung tu pun ada keluarga. Bila ada keluarga ada pulak permintaan dari keluarga. Kalau sepuluh permintaan keluarga 14 permintaan yang tak dapat ditunaikan, mak bapak pun jadi benci. Yang huru-haranya esok adalah keluarga Melayu.

PAS dan UMNO bila nak duduk semeja, bincang elok-elok. Ini tidak asyik berpolitik. Kau orang tahu tak yang susahnya Melayu lain. Yang jahanamnya Melayu lain. Kau orang bertegang leher pun kau orang dah ada kedudukan selesa. Paling tidak esok lusa ada pencen. Melayu kat kampung ni nak jadi apa?Jadi lembu tunggangan kau orang?Bila nak mengundi kalau boleh tahi Melayu kampung ni pun kau nak cuci suruh undi kau. Bila dah dapat apa yang kau nak..apa yang kau buat? Semua pemimpin Melayu kata, berjuang untuk Melayu. Betul ke ni?Aku balik ke kampung hati aku jadi sayu kerana dari dulu sampai sekarang Melayu kat kampung aku sama macam dulu. Yang tua-tua dah lama baring sekarang ni yang muda-muda pulak tunggu giliran nak baring. Tapi taraf hidup? Sama je macam zaman aku budak-budak dulu. Baik pemimpin UMNO dan PAS..sama je kemahuan mereka. Nak penuhkan temolok kau orang je. Tolonglah, jangan anggap Melayu-Melayu yang lain ni sebagai kenderaan untuk kau bergerak. Kalau nak berjuang-berjuang dengan ikhlas. Kalau tak jangan sibuk nak jadi wakil rakyat. Orang kampung tak suruh pun kau jadi wakil rakyat. Kau je yang sibuk-sibuk nak jadi wakil rakyat. Sibuk suruh pergi daftar sebagai pengundi..untuk apa?Untuk menyenangkan kau anak beranak?Betul rezeki kau orang dapat jadi wakil rakyat tapi agama suruh agih-agihkan kekayaan tu. Bukan penuhkan temolok kau orang je.

Satu lagi aku nak ingatkan pada kau orang yang bergelar wakil rakyat Melayu. Ingat-ingat sikit pada Allah. Allah ni penyayang. Dia beri apa yang kau orang nak. Kalau kau orang rasa kau ni handal sangat berpolitik Allah akan uji kau orang dengan ujian politik. Baik PAS dan UMNO tak payahlah rasa diri tu handal sangat, Allah sahaja yang maha bijaksana.

Aku dah naik muak tengok gelagat kau orang. Ingat-ingat sikit akhirat. Rata-rata wakil rakyat dah berumur. Kata orang Melaka ramai yang dah 'senja'. Buatlah amal banyak-banyak. Dari kau bertekak, baik kau duduk semeja, bincang elok-elok untuk Melayu. Setidak-tidaknya dapat pahala. Ada orang cakap dengan aku, pemimpinlah golongan paling banyak kena soal dalam kubur. Aku pun tak tahu. Yang serban besar atas kepala tu ambillah inisiatif untuk berbincang. Serban tu bukan sekadar hiasan.

Kan dah elok hari tu kata nak buat KERAJAAN PERPADUAN. Tak jadi pulak. Pasal apa?Benda yang ke arah kebaikan pun kau orang tak nak. Buanglah ego masing-masing. Demi kepentingan Melayu, berdamailah. Kalau tidak pilihanraya ke 13 esok tak payah sibuk-sibuk nak jadi calon.

Taktik yang makan diri?

Pemuda Pakatan Rakyat tampaknya berang dengan tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang didakwa mengoyakkan surat cabaran berdebat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang. Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak mahu berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat sebaliknya mahu berdebat dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang berasal dari Melaka. Ada benarnya dengan hujah dan keinginan Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk berdebat dengan Ketua Menteri dan bukan Pemuda Pakatan Rakyat kerana dasar negeri yang dibuat adalah oleh Ketua Menteri dan bukan Pemuda Pakatan Rakyat. Jadi kalau KetuaMenteri yang berdebat pastinya hujah-hujah yang dikeluarkan adalah lebih jelas dan terang. Sesuai benarlah kalau Lim Guan Eng yang berdebat dan bukan Pemuda Pakatan Rakyat. Jika tidak segalanya akan jadi lebih keliru.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.--ini petikan dari kata-kata Ketua Dewan Pemuda PAS yang dipetik dari Harakahdaily.

Berdolak dalik? Macam biasa Jebat tengok ayat dan taktik berdolak dalik ni..Siapa yang dalam Malaysia paling pandai mencari alasan dan berdolak-dalik?Siapa yang paling handal dalam hal tangguh menangguh ni? Siapa yang paling pandai salahkan orang dalam Malaysia ni? Sedap ayat Ketua Dewan Pemuda PAS tu kata 'JikaUMNO benar usah berdolak dalik'. Ini serupalah macam pulang paku buah keras 'Jika benar jangan tangguh nak ke mahkamah'. 'Jika benar apa perlu ditangguh'. 'Kalau boleh mohon tukar hakim takkan nak mintak tukar pendebat tak boleh'. Takkan double standard pulak bro...