Wednesday, December 30, 2009

PAS sibuk berpolitik, remaja sibuk berkhalwat



Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.

Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan?

Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah?

Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain.

Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya.

Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan?

Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini.

Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin.

Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu.

Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Tok Guru bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan.

Nik Aziz juga perlu buka mata dan sedar, politik PAS ketika ini bukan sehebat atau segagah ketika pimpinan allahyarham Datuk Fadzil Nor.

PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

-agendadaily-

Monday, December 28, 2009

Susahnya menjadi timun



Kes duta Malaysia yang dipanggil balik tu mendapat reaksi yang berbeza dari kacamata masyarakat. Pada Jebat tak payahlah nak dipolitikkan isu tersebut pasal ianya melibatkan hubungan dua negara dan yang lebih membimbangkan jika dilihat dari sudut keselamatan.

Tidak timbul isu kita tunduk pada mana mana pihak. Jebat percaya apa yang kerajaan buat adalah yang terbaik untuk negara. Ibarat timun kita tidak mampu berbuat apa apa. Biarlah pada kacamata orang kita nampak seperti pengecut dan seakan tunduk pada kuasa besar. Tetapi itulah yang termampu kita buat dan benarlah seperti kata Perdana Menteri 'rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan'. Yang paling penting kita utamakan di dalam hal ini ialah kesejahteraan rakyat. Mengalah bukan kalah.

Jebat tidak mahu menyalahkan mana mana pihak kerana pada Jebat keselamatan negara dan rakyat yang paling penting. Jangan kerana keegoaan kita dan bertindak seperti bodoh sombong akan mengundang celaka dan sekali sekala puak sebelah sana fikirlah tentang keharmonian negara dan bersetuju dengan apa yang betul yang dilakukan oleh kerajaan. Di dalam hal ini perlulah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia dan bersepakat semoga politik tidak sampai menggadai negara.

Saturday, December 26, 2009

Bagaimana Najib terlepas pandang??



Macam tulah tajuk yang Harakahdaily gunakan di dalam kes kehilangan enjin kapalterbang semasa Najib menjadi menteri pertahanan.

Jebat pula nak gunakan tajuk 'Bagaimana seluruh rakyat Kelantan dan seluruh pengikut PAS terlepas pandang' semasa Nik Aziz melantik menantu kesayangannya menjadi CEO?

Seorang menteri mungkin terlepas pandang di dalam menjaga segala inventori yang berjumlah beribu ribu unit malah mungkin berpuluh ribu unit di kementeriannya tetapi bagaimana mungkin seluruh rakyat negeri Kelantan dan ratusan ribu penyokong PAS terlepas pandang apabila Nik Aziz melantik menantunya, orang yang begitu hampir dengannya menjadi CEO.

"Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" aduhai..ramai yang buta..Tak hairan kalau setakat buta mata tetapi buta mata hati lebih merungsingkan..

Wednesday, December 23, 2009

Antara bodoh dan buat buat bodoh



Rumah Nik Aziz dimasuki perompak? Rumah Husam Musa dimasuki pencuri?Jadi apa tindakannya? Tindakannya ialah: Hadi Awang kena letak jawatan!! Macam bodoh dan tak ada akal punya jawapan..

Itulah perumpamaan yang Jebat simpulkan daripada kes kehilangan enjin jet pejuang milik TUDM. Belum pun hilang penat Jebat setelah dari menguruskan perkahwinan anak sedara kini Jebat penat pulak memikirkan kebodohan yang kadang kadang nampak terlampau yang PAS dan sekutunya lontarkan pada Perdana Menteri di atas kehilangan enjin pesawat tersebut.

Enjin tu hilang satu hal tapi apa kena mengena Perdana Menteri dalam hal kehilangan enjin tersebut?Kenapa Nik Aziz tak letak jawatan dan PAS tak gesa orang tua tu letak jawatan masa kes kereta jatuh di KB Mall? Aduhai..ni berapa punya berat aksi kebodohan orang orang PAS?Jangan esok lusa kalau anak anak dia orang tak lulus periksa dia mintak Menteri Pelajaran pulak letak jawatan..Masuk akal ke tak?Tak masuk akal pun tapi orang orang PAS ni memang suka bertindak tak ikut akal pasal tu sampai sanggup baring tengah jalan..eh siuman ke kalau macam tu?

Tak apalah Jebat akan sarankan lepas ni mana mana penerbangan atau apa apa tindakan rakyat Malaysia kena maklumkan pada Perdana Menteri waimah nak berak sekalipun kena maklumkan pada Perdana Menteri kot kot jatuh ke dalam lubang jamban tu senanglah kita gesa Perdana Menteri letak jawatan...Boomm....cukup cukuplah jadi bodoh tu!!

Monday, December 14, 2009

Bila Melayu nak sedar dan bersatu??



Petikan dari facebook sahabat blogger:

Bila Melayu nak sedar dan terus terusan berpecah belah sesama sendiri? Sampai bila si tua kutuk Nik Aziz nak memesongkan fikiran orang orang Melayu dengan mengatakan berkawan dengan DAP kafir lagi mulia dari UMNO? Murshit!!!