Showing posts with label khalwat. Show all posts
Showing posts with label khalwat. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Khalwat: Boleh tuju lagu?



Lagu ini Jebat tujukan kepada mereka yang akan, sedang dan sudah bergelumang dalam maksiat dengan ucapan cepat-cepatlah bertaubat. Kenang daku dalam doamu. Kepada sahabat-sahabat di kelas 5 biru tahun 2012 , Insyaallah, kita akan adakan gathering di Swiss Garden Pahang untuk MERAPATkan kembali ukhwah sesama kita sambil bertukar-tukar fikiran di dalam bilik sehingga lewat pagi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyidai tuala lembab anda ketika berada di hotel.


Khalwat atau tidak satu hal..laporan polis?



Sama ada berita khalwat yang tersadung di kaki pimpinan kanan PKR itu sahih atau tidak adalah satu isu di mana yang  melihat  dengan mata kepala sahaja dapat membenarkan perkara  itu. Dan jika benar tentulah ramai yang boleh menjadi saksi kerana yang didakwa memaklumkan di dalam kenyataannya bahawa beliau dipukul dan dikurung oleh 20 orang lelaki.

Kita boleh membuat andaian bahawa mungkin yang didakwa melakukan khalwat itu tidak mengenali 20 orang lelaki yang menyerangnya tetapi kenyataan yang didakwa melakukan khalwat itu sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan suami wanita tersebut. Tentulah tidak sukar untuk mengenalpasti lelaki-lelaki yang seramai 20 orang itu.

Kita masih lagi tertunggu-tunggu laporan polis dan juga laporan perubatan yang dapat membuktikan bahawa yang didakwa melakukan khalwat itu dibelasah dengan teruk. Jebat sebenarnya tertarik dengan analisis yang dibuat oleh sahabat blogger RBF Online berhubung perkara ini. Antara lainnya RBF mengatakan jika benarlah pembelasahan itu berlaku kenapa yang didakwa melakukan khalwat tidak membuat laporan polis?

Umum tahu dan sudah masak benar dengan pendekatan politik Pakatan. Jika ada ruang yang terbuka luas kepada mereka pasti mereka akan segera mengeskploitasi keadaan itu. Di dalam kes ini, tentulah keadaan di belasah seramai 20 orang lelaki itu sedikit sebanyak menggugat keselamatan lelaki yang didakwa melakukan khalwat itu tetapi yang menghairankan mengapa beliau tidak membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya?

Penafian yang sekadar menafikan dengan hujah tanpa bukti kadang kala amat memualkan. Bahasa mudah untuk penafian sebegitu ialah..SIAPA PUN BOLEH CAKAP..

Nampaknya 20 orang lelaki itu merupakan saksi sahih yang lebih jauh lebih sahih daripada rakaman cctv dan video seperti kata Adi Awang bahawa besi tidak boleh jadi saksi. Sekarang kalau manusia pun tidak boleh jadi saksi apa pula yang dijadikan saksi?

Sunday, February 26, 2012

Jangan salahkan Badrul Amin-suatu konspirasi



Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.


Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Kau baca betul betul apa yang Badrul Amin jelaskan ni. Kau orang jangan tuduh-tuduh. Dia sekadar membantu wanita tu. Beri NASIHAT dan kira Badrul Amin ni sedang BEKERJA lah masa tu. Kau orang lupa ke kan Pakatan selalu berkata mereka memperjuangkan rakyat. Ini sebahagian daripada tugas mereka lah MEMBANTU rakyat tanpa mengira jam berapa sekalipun.

Tindakan berada dalam bilik tu janganlah kau orang persoalkan. Kalau aku di tempat dia pun aku bawak masuk bilik aku. Bukan apa, kalau tak bawak masuk bilik manalah tau kalau-kalau wanita tu kena gigit anjing ke maklumlah dah pukul 2 pagi. Kau orang nak bertanggungjawab kalau wanita tu kena gigit anjing?

Lagipun Badrul Amin ni kenal lah dengan suami perempuan tu. Sebab suami wanita bawak kawan-kawan dia samalah macam sebab kenapa wanita tu di bawa masuk ke bilik. Pukul 2 pagi anjing hutan bersepah sepah. Sebagai langkah keselamatan tentulah suami wanita tu bawak kawan-kawan dia takkanlah dia nak bawak kucing pulak. Kan kan kan...

Kita mintak Badrul Amin saman lelaki-lelaki yang pukul dia tu. Kalau boleh dengan kadar segera Badrul Amin ke balai polis untuk membuat laporan polis mengatakan dia dipukul tanpa sebab. Kalau Badrul Amin tak cam muka-muka lelaki yang pukul dia Badrul Amin boleh buat laporan polis terhadap suami wanita tu. Tentu tak jadi masalah pasal mereka saling kenal.

Cuma satu je yang aku duduk fikirkan..Kalau dikatakan sebab bekerjalah wanita itu berjumpa Badrul Amin apa pula kaitannya dengan konspirasi terancang. Agak-agaknya UMNO nak buat kerajaan perpaduan kot dengan PKR...Kah Kah Kah Kah Kah...

Senangnya hidup..kalau orang tanya kenapa kemaluan anda bengkok maka anda jawablah orang-orang UMNO telah memulas kemaluan saya sehingga bengkok. Kah Kah Kah..

Kalau orang tanya bagaimana Normah ada dalam bilik kamu di hotel di Kota Baharu maka anda jawablah..pintu bilik saya tiba-tiba diketuk dan apabila pintu dibuka orang-orang UMNO telah menghumban Normah masuk ke dalam bilik saya..Kah Kah Kah.

Kalau orang tanya bagaimana kemaluan anda ada dalam kemaluan China Doll maka anda jawablah orang-orang UMNO yang masukkan kemaluan saya di dalam kemaluan China Doll itu tanpa saya sedar..Kah Kah Kah..

Kalau orang tanya kenapa air di Kelantan kotor anda jawablah setiap hari saya nampak orang-orang UMNO memasukkan sampah sarap ke dalam sungai-sungai di Kelantan. Kah Kah Kah.

Kalau orang tanya bagaimana gambar bogel anda boleh diambil maka anda jawablah saya telah diberikan ubat tidur lalu orang-orang UMNO mengambil gambar bogel saya.. Kah Kah Kah.

Kalau orang tanya bagaimana anda boleh berkereta mewah sedangkan anda seorang bekas banduan maka anda jawablah bahawa saya mampu berkereta mewah kerana saya penjilat tegar Israel..Kah Kah Kah...Err...lain macam je bunyinya...Kah Kah Kah..

Kah Kah Kah..nasib kaulah Labu....

Monday, December 20, 2010

Apa kata puak PAS?



Benarkah PAS memperjuangkan Islam? Pengakuan seumpama ini pastinya menarik untuk dinilai sama ada benarkah PAS memperjuangkan Islam? Benarkah mengundi PAS akan masuk syurga?

Siapa Nik Ajis untuk mengatakan Allah telah memaafkan orang yang melakukan perbuatan yang dilarang?

Bolehkan PAS melaksanakan hudud jika beginilah keadaannya?

Benarkah orang yang berkopiah dan berserban sahaja yang akan dikatakan sebagai pejuang Islam?

Benarkah Kelantan serambi Mekah?

Banyak persoalan yang pastinya berlegar di kepala kita..

Jika PAS di pihak yang benar..tidakkah PAS bercadang untuk mengambil tindakan kepada orang yang membuat pengakuan itu?

Tidakkah PAS malu kepada Chua Soi Lek seorang kafir yang mengaku kesalahannya?

Tidakkah rakyat merasa tertipu dengan PAS?

Kita tunggu apa kata puak-puak PAS..harap-harapnya tidak ada fatwa baru berhubung kes ini..

Wednesday, December 30, 2009

PAS sibuk berpolitik, remaja sibuk berkhalwat



Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka.

Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.

Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan?

Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah?

Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain.

Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya.

Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan?

Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini.

Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin.

Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu.

Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Tok Guru bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan.

Nik Aziz juga perlu buka mata dan sedar, politik PAS ketika ini bukan sehebat atau segagah ketika pimpinan allahyarham Datuk Fadzil Nor.

PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

-agendadaily-