Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Beza antara Menteri dan pegawai Menteri



Blogger Sanggah Tok Janggut membongkarkan kisah yang seakan berulang kembali semasa era pemerintahan Tun Abdullah. Siapa yang pernah lupa dengan pelbagai gelaran yang diberikan kepada pegawai-pegawai di pejabat Tun Abdullah semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Semua orang tentunya masih ingat bagaimana ada dakwaan yang mengatakan bagaimana pegawai-pegawai di tingkat 4 menguasai cara fikir dan pendekatan yang diambil oleh Tun Abdullah.

Akhirnya, sebagai salah satu penyumbang, Tun Abdullah dilihat sebagai tidak mampu untuk mentadbir urus dengan baik dan dalam pada masih mampu berkhidmat Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatan yang ada padanya. Entah sejauh mana benar kepada dakwaan itu tidaklah Jebat ketahui tetapi halwa telinga Jebat tidak pernah lekang dengan kisah percaturan yang dimainkan oleh pegawai di tingkat 4.

Pendedahan blogger Sanggah Tok Janggut itu, jika wujud kebenarannya adalah amat malang kepada Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia sudah dapat menerima pendekatan yang di bawa oleh Dato Seri Najib dengan baik. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika benarlah perkara ini, sayugia diingatkan kepada Perdana Menteri supaya luang-luangkan masa untuk mengintai-intai etika pegawainya.

Lumrahnya, ramai Menteri ataupun VIP yang menemui jalan noktah di dalam karier bukan kerana mereka tidak bagus tetapi orang sekelilingnya yang lebih sudu dari kuah. 

Selayaknya Menteri atau mana-mana jua VIP dilayan dengan sempurna kerana mereka adalah PEMIMPIN dan memang sudah termaktub di dalam pekeliling bahawa mereka layak dengan segala bentuk layanan tetapi yang menghairankan mengapa pula pegawai mereka inginkan layanan yang serupa? Siapa yang Menteri di sini?

Tanyalah kepada sahabat-sahabat media di luar sana bagaimana mereka sering berdepan dengan masalah pegawai-pegawai VIP yang kelakuan dan martabatnya seakan lebih hebat dari boss mereka. 

Khabarnya yang didedahkan oleh blogger Sanggah Tok Janggut itu adalah cerita benar dan bukan sekadar rekaan. Tentunya, sebagai orang lama di dalam bidang penulisan Tok Janggut tidak akan mengambil sikap membuta tuli 'membelasah' mana-mana individu tanpa sumber yang sahih.

Benar atau tidak perkara ini, kita serahkan pada Perdana Menteri untuk menilai dan sama-samalah kita tunggu kerana dikhabarkan akan ada pendedahan yang lebih panas daripada blogger Sanggah Tok Janggut.

Bertindak sebelum terlambat dan alangkah baiknya jika sudah tengadah sebelum terhantuk. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian APA PUN TAK BOLEH!!!!

Thursday, April 22, 2010

Bekalan air bertambah kuning

Berita yang dicedok dari TV Kak Enon melaporkan bahawa masalah bekalan air di suatu kawasan di Selangor semakin membimbangkan. Rata-rata penduduk di kawasan itu menjelaskan kepada wartawan TV Kak Enon mereka amat bimbangkan kesihatan mereka sekiranya minum air yang tercemar.

Wartawan TV Kak Enon, menjelaskan kepada penduduk kawasan itu bahawa masalah itu cuma boleh diselesaikan selepas 25hb April dan penduduk kawasan itulah yang akan menentukan warna bekalan air mereka.

Mendengar kepada penjelasan TV Kak Enon itu, penduduk di kawasan itu telah sepakat untuk tidak mengundi calon dari parti berlambangkan mata satu kerana mereka merasakan bahawa masalah air di kawasan itu akan lebih meruncing sekiranya calon dari parti itu memegang kuasa. Mereka khuatir sekiranya calon itu menang, BEKALAN AIR DI KAWASAN ITU AKAN LEBIH KEKUNING-KUNINGAN DAN LEBIH BERBUIH. DAN MEREKA KHUATIR JIKA AIR SEBEGITU DI BUAT SUSU UNTUK ANAK MEREKA ANAK MEREKA AKAN MABUK-MABUK DAN BERBUIH DI MULUT.

Mereka telah sepakat untuk tidak membenarkan walaupun setitik dari air itu masuk ke dalam perut mereka kerana bimbangkan kesihatan mereka. Ini adalah kerana dipercayai air seperti itu akan mendatangkan kesan ketagihan yang teruk dan sukar hendak diberhentikan tabiat ketagihan itu dan ubat yang dipercayai paling mujarab iaitu KY Jelly pun tidak akan dapat mengubat kesan ketagihan itu. Pernah terjadi di kawasan berhampiran mereka, kadang-kadang air itu berubah berwarna menjadi merah tetapi buihnya tetap ada.

Mereka telah sepakat untuk membuat pilihan yang tepat pada 25hb ni. Wartawan TV Kak Enon melaporkan dari Selangor.