Showing posts with label tongkat. Show all posts
Showing posts with label tongkat. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Antara sebab Tun Mahathir bersara


Semua orang tidak akan lupa bagaimana Tun Mahathir menitiskan airmata ketika mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO sekaligus melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Orang Melayu ketika itu agak bingung memikirkan siapakah yang akan mampu untuk menggantikan wira terulung orang Melayu itu jika beliau melepaskan jawatan.

Di sebalik keperitan pengumuman itu rupanya terkandung sebuah pengorbanan yang cukup besar beliau lakukan untuk orang-orang Melayu.

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri beliau acapkali berkata bahawa orang Melayu terlalu berpaut kepada tongkat atau subsidi dan segala bentuk bantuan yang kerajaan sediakan untuk mengecap kesenangan hidup. Dan akibat dari itulah Melayu menjadi terlalu manja dan berada di zon selesa kerana sering diberikan tongkat. Biarpun sudah senang, Melayu masih mengharapkan tongkat yang kerajaan sediakan apatah lagi yang masih susah kehidupannya.

Di sebalik ingatan Tun Mahathir kepada orang Melayu supaya jangan terlalu bergantung kepada 'tongkat', beliau telah tersedar bahawa beliau ibarat tongkat kepada orang Melayu. Justeru atas sebab itulah beliau telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Itulah antara pengorbanan yang beliau lakukan untuk orang Melayu. Melepaskan jawatan semata-mata untuk menyedarkan orang-orang Melayu.

Tetapi hari ini orang-orang Melayu pula bercakaran sesama sendiri. Yang lebih memeritkan apabila ada pula orang Melayu sendiri yang mahu menjahanamkan Melayu. Bukan dikata hendak menyumbang kepada kebajikan Melayu bahkan keistimewaan orang Melayu sendiri hendak dihancurkan. Melayu jenis apa yang sanggup menginjak-injak bangsanya sendiri??

Tidakkah Melayu sedar...Sedar-sedarlah diri tu.!!

-Sumber: Dato' Mukhriz Mahathir