Showing posts with label payudara. Show all posts
Showing posts with label payudara. Show all posts
Wednesday, October 19, 2011
Sex: Penerimaan dan tangkisan yang berbeda..Peluang penafian?
'Kalau dah nama jantan, tentulah hal wanita' menjadi topik utama yang tidak boleh lari dari kepala minda seorang lelaki. Jika ada mana-mana lelaki yang boleh lari daripada isu itu sekalipun adalah seorang lelaki yang penuh hipokrit. Mahu tetapi malu dan 'alim-alim kucing' tetapi percayalah bangkai gajah tidak akan mungkin dapat ditutup dengan sehelai daun pisang.
Chua Soi Lek biarpun tampak sudah berusia tetapi tetap cenderung kepada sex dan itu adalah keinginan seorang lelaki normal. Dan yang menarik, apabila kejadian di sebuah hotel itu terbocor, Soi Lek dengan penuh rasa tanggungjawab dan gentlemen telah mengambil pendekatan untuk mengaku bahawa dialah lelaki di dalam video itu. Biarpun mendapat cemuhan pada awalnya tetapi dek kerana sikap bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin, keikhlasan beliau di dalam membuat pengakuan itu telah menyebabkan masyarakat berpendapat adalah wajar seorang pemimpin mengaku salah terhadap perbuatannya dan keberanian itu lantas melenyapkan tindakan salah beliau. Buktinya, beliau tetap dinobatkan sebagai Presiden parti.
Berbeda pula halnya dengan pimpinan Pakatan yang juga sering terserang dengan soal moral yang tidaklah diketahui sama ada benar ataupun palsu. Benar atau palsu adalah suatu isu yang lain tetapi soal keberanian untuk tampil membersihkan nama adalah faktor utama yang menunjukkan keikhlasan. Masyarakat tidaklah bodoh untuk menilai kelip-kelip mata manusia lain untuk menilai sama ada pengakuan itu adalah suatu penipuan atau suatu kejujuran.
Peliknya, tidak ada suatu isu sex yang terlondeh yang menimpa pimpinan Pakatan segera dipulihkan dengan pendedahan dan pengakuan yang berani. Apa yang ada hanyalah dolak-dalik dan menyalahkan pihak lain sebagai suatu platform melepaskan diri. Bukankah masyarakat Malaysia sentiasa adil kepada mana-mana individu dengan memberi mereka ruang yang secukupnya untuk membuat penafian berhubung dakwaan-dakwaan sex? Berpegang kepada prinsip 'berani kerana benar' setiap ruang yang ada haruslah digunakan sebaik mungkin untuk membersihkan nama yang tercemar.
Kepada yang beragama Islam, ruang dan keadilan yang diberikan adalah bersumpah dan kepada bukan yang beragama Islam, bawa sahaja saksi-saksi yang sahih untuk menjelaskan perkara yang sebenar jika tidak bersalah. Sehingga ke saat ini, penafian sebegitu tidak pernah dilakukan. Bukankah itu merupakan suatu kerugian kepada pihak yang terdakwa?
Suatu penyakit harus segera disembuhkan jika tidak ianya akan menjadi barah dan barah payudara adalah barah yang menjadi pembunuh nombor satu kepada wanita Malaysia. Kerana payudara jualah angin sedang bertiup kencang dari utara tanahair dan apakah masih terbiar sahaja peluang yang ada untuk pihak yang terdakwa membuat penafian yang jujur dan ikhlas?
Tuesday, October 18, 2011
Jaga payudara anda..Apa komen Guan Eng?
Jika sebelum ini, Guan Eng yang tidak pandai jaga mulut dan biadab dengan mengatakan bahawa Johor adalah negeri yang tidak selamat untuk dilawati apa pula komen beliau bilamana ada orang mendakwa berlakunya kejadian meramas payudara seorang pelajar Cina di negerinya?
Kita tidak mahu menunding jari mengatakan yang melakukan perkara itu adalah orang yang terlalu hampir hubungannya dengan Guan Eng tetapi kita ingin bertanya apakah keadaan di Penang tidak selamat untuk dikunjungi lebih-lebih lagi Penang terkenal dengan tarikan pelancong yang rata-rata berbikini bila di pantai.
Kalaulah mulut ini selancang mulut Guan Eng boleh sahaja kita berkata bahawa sebenarnya Penang adalah tempat yang tidak selamat untuk dikunjungi oleh mana-mana anak gadis berbanding Johor tetapi kita sedar bahawa kelancangan mulut seperti yang dilakukan Guan Eng hanya akan membantutkan pertumbuhan eknonomi terutamanya industri pelancongan bukan sahaja kepada Penang malahan se entario Malaysia.
Biarpun Penang di bawah pemerintahan DAPigs, kita masih sedar bahawa memburukkan Penang hanyalah seperti kita memburukkan Malaysia secara tidak langsung. Seharusnya Guan Eng berfikiran seperti itu di dalam mengutamakan kepentingan negara apabila berkata-kata. Lain lah halnya jika Guan Eng memang memaksudkan apa yang beliau katakan berhubung negeri Johor.
Apa yang Guan Eng dan DAPigs akan rasakan jika ada pimpinan Barisan Nasional akan berkata ' jaga-jaga jika ke Penang kerana orang di sana kuat meraba payudara'. Tentulah keadaan ini akan membangkitkan kemarahan Guan Eng bahkan sesiapa sahaja anak kelahiran Penang tetapi percayalah pengikut-pengikut Barisan Nasional tidak akan selancang itu bila berkata-kata kerana kita sedar Penang adalah sebahagian daripada Malaysia dan atas nama Gagasan 1 Malaysia itulah kita akan mempertahankan Malaysia termasuklah Penang. Tiada kompromi.
Pesan kepada Guan Eng, jangan jadi seperti peribahasa ' paku dulang paku serpih, mengata orang negeri awak yang lebih'.
Subscribe to:
Posts (Atom)