Showing posts with label kemerdekaan 55. Show all posts
Showing posts with label kemerdekaan 55. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Jangan jentik telur sendiri



TAHNIAH kepada pengamal media sosial Malaysia khususnya penggemar Twitter yang berjaya mencipta rekod Malaysia dengan bilangan himpunan pengamal twitter yang paling ramai dan bilangan twit yang paling banyak di dalam tempoh sejam sehingga mencecah ke angka 3.6 juta. Hebat dan seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Kesungguhan rakyat Malaysia untuk mencipta rekod itu dizahirkan semasa Himpunan Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos yang baru lalu.

Dalam pada ramai yang memuji kesungguhan untuk mencipta rekod itu ada pula di kalangan rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima keadaan itu. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada kejayaan rekod itu sehinggakan ada di antara mereka yang bersusah payah untuk 'print screen' sebagai membuktikan bahawa rekod itu dicapai dengan kaedah menipu. 

Sejauh mana dakwaan itu benar tidaklah dapat Jebat huraikan tetapi Jebat sekadar hairan dengan kebusukkan hati sesetengah di antara kita untuk menerima apa jua kebaikan yang kita lakukan. Apa perlunya kita bersusah payah untuk menjalankan 'homework' semata-mata untuk membuktikan bahawa apa yang rakyat lakukan untuk negara itu sebagai menipu? Adakah mereka mahu rakyat percaya bahawa 'print screen' mereka itu adalah benar dan tidak menipu?

Inilah sebenarnya penyakit yang menular di kalangan rakyat Malaysia. BUSUK HATI dan tidak mahu menerima kelebihan yang ada pada orang lain. 

Jebat sekadar ingin melontarkan cabaran kepada mereka yang busuk hati kepada kejayaan mencipta rekod itu untuk mengadakan acara yang serupa untuk mencatat rekod baru. Jangan sekadar bijak menyalak.

Kalau anda gagal baru anda akan sedar bahawa sakitnya telur anda apabila dijentik lebih lebih lagi jika anda yang menjentik telur anda sendiri. Senak perut.

Thursday, August 9, 2012

Saipuddin Dollah: Jangan buka mulut boleh?



JIKA diikut kepada masa rasanya tidaklah sesuai untuk Jebat melontarkan kata-kata yang mungkin boleh menyinggung perasaan orang lain di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Tetapi dek kerana kurang fahamnya Jebat kepada kata-kata seorang anggota pentadbiran di dalam kabinet Malaysia ini terpaksa jua Jebat olah ayat-ayat manis yang mungkin boleh melahirkan pandangan Jebat. Anggap sahaja ianya sebagai satu pandangan.

Saipuddin Dollah yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri baru-baru ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang agak celaru bunyinya. Mungkin sekali lagi Saipuddin akan mengatakan inilah yang dinamakan NEW POLITICS sebagaimana suatu ketika dahulu Saipuddin menggunakan istilah new politics apabila mengasak minda blogger yang dikatakan kurang faham dengan politik baru.

Terbaru, Saipuddin mengkritik Rais Yatim yang merupakan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan berhubung pemilihan tema hari kemerdekaan yang ke 55. Kritikan Saipuddin itu adalah rentetan daripada kenyataan Rais terhadap Malay Mail yang digambarkan seolah-olah pro pembangkang di dalam perkara ini. 

Saipuddin mengatakan bahawa Rais seharusnya menghormati kebebasan akhbar. Saipuddin mengatakan bahawa kita kena menghormati akhbar kerana itu memang bidang kerja akhbar. Ada benarnya dengan kata-kata Saipuddin tersebut. Cuma bolehkah Saipuddin meminta Harakah untuk bersetuju dengan dasar dan polisi kerajaan dan menyokong dasar yang diamalkan kerajaan?

Rais menjelaskan bahawa pemilihan tema itu bukan dilakukan oleh beliau seorang diri tetapi ianya adalah keputusan JEMAAH MENTERI. Jadi, adakah Saipuddin tidak bersetuju dengan keputusan jemaah Menteri yang kemuncaknya adalah keputusan Perdana Menteri? Atau Saipuddin sekadar ingin menggambarkan bahawa beliau selayaknya duduk di kerusi Menteri penuh dan tidak sekadar Timbalan Menteri seperti sekarang?

Jika Saipuddin merasakan Rais harus tahu bagaimana menghormati akhbar, KITA MINTA SAIPUDDIN TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHORMATI KEPUTUSAN KABINET DI DALAM PERKARA INI. Kalau tidak tahu apa yang orang mensyuaratkan jangan pandai-pandai mengeluarkan pandangan yang nampak sangat celarunya.

Dulu Jebat pernah menulis artikel yang bertajuk BOLEH SESIAPA SURUH SAIPUDDIN TUTUP MULUT kali ini terpaksalah sekali lagi Jebat memohon perkara yang sama tetapi kali ini permintaan ini terus kepada Saipuddin sendiri ..BRO..JANGAN BUKA MULUT BOLEH?