Ada orang yang berkata penjawat awam yang berjawatan tetap tidak pernah ambil peduli dengan senario politik negara kerana apa jua keadaan politik dan siapa juga yang menjadi pemerintah penjawat awam tetap akan menerima gaji dan imbuhan mereka.
Mungkin fakta itu boleh dikatakan betul suatu ketika dahulu tetapi mungkin kini ada penjawat awam yang sudah mula berkerut kening apabila ada pihak yang berkata bahawa mereka akan mengurangkan bilangan penjawat awam jika mereka menjadi kerajaan.
Putrajaya, suatu lubuk yang dianggap kubu kuat BN kerana di sana rata-rata pengundinya adalah penjawat awam. Dek kerana falsafah siapa pun yang menjadi kerajaan, penjawat awam tetap menerima gaji dan imbuhan maka keputusan PRU ke 12 yang lalu tidak 100 peratus berpihak kepada BN.
BAHAGIAN PILIHAN RAYA | NAMA CALON | PARTI | BILANGAN UNDI | STATUS |
P.125-PUTRAJAYA | MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD | PAS | 1,304 | ||
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR | BN | 4,038 | MNG | ||
JUMLAH PEMILIH : | 6,608 | ||||
KERTAS UNDI DITOLAK : | 38 | ||||
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : | 5,416 | ||||
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : | 36 | ||||
PERATUSAN PENGUNDIAN : | 81.96% | ||||
MAJORITI : | 2,734 |
Apakah di dalam PRU ke 13 akan datang, penjawat awam akan terus menegakkan falsafah 'biar ribut melanda' mereka akan tetap menerima gaji dan imbuhan?
Jika benarlah penjawat awam tidak pernah khuatir dan risau akan periuk nasi mereka, penjawat awam bolehlah mengundi dan mengekalkan keputusan PRU seperti di atas.
Adakah penjawat awam akan terus menyokong BN yang tidak pernah bercadang mengurangkan jumlah penjawat awam atau penjawat awam akan memilih kerajaan baru yang secara terus terangnya berkata akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika menjadi kerajaan?
Pilihlah yang mana anda suka. Jika hobi anda sebagai penjawat awam menjadi pengunjung tegar warung-warung kopi nescaya anda akan menjadi golongan yang akan menjadi mangsa pembuangan kerja oleh kerajaan yang tidak pernah memikirkan periuk nasi anda. Seburuk mana sekalipun kerajaan BN di mata penjawat awam ingatlah bahawa kerajaan BN tidak pernah memasukkan pasir ke dalam periuk nasi anda.
Tidakkah penjawat awam harus bersyukur dengan kerajaan BN atau penjawat awam sudah rela menggadaikan periuk nasi mereka dengan memilih kerajaan yang terlalu ingin menghumban mereka sebagai penganggur terhormat?
Tepuk dada tanyalah selera!!!