Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Bukti DAPigs tersenyum riang?



"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.


"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.


Dua ayat di atas adalah petikan daripada kata-kata Guan Eng.


Aduh..hipokrit benar rasanya apa yang terpacul keluar dari mulut Guan Eng..Selepas berjaya 'menang besar' di dalam menidakkan keinginan HamPAS untuk melaksanakan hudud (sekadar omong politik) hari ini Guan Eng kembali berikrar untuk merapatkan simpuh untuk sebaris dengan HamPAS di dalam perjuangan. 


Sejauh mana kata-kata Guan Eng di atas boleh digunapakai dan dipratikkan jika HamPAS tetap bertegas mahu melaksanakan hudud? Adakah masih ada simpulan kemas di antara HamPAS dan DAPigs jika hudud dilaksanakan?


Yang nyata, DAPigs sudah dapat merasakan kekuatan yang ada pada mereka sehinggakan HamPAS terpaksa tunduk kepada desakan mereka. Dan apalah salahnya jika Guan Eng berkata demikian kerana Guan Eng tahu sejauh mana pun HamPAS terbang, batu-batu lastik DAPigs pasti tidak akan membenarkan HamPAS untuk terbang lebih tinggi daripada mereka.


Dan adalah amat malang jika HamPAS terus diperlakukan seperti anak-anak yang dipijat telinganya lantas dimasukkan di dalam roket DAPigs yang terlalu jelas kemudinya adalah hero-hero DAPigs.


Sampai bila HamPAS terpaksa menumpang roket DAPigs di dalam misi untuk terbang mencapai bulan?

Thursday, September 29, 2011

Hudud: HamPAS lebihkan Buku Jingga dari Al-Quran?



Segala teki teki berkenaan pelaksanaan hukum hudud yang dicadang hendak dilaksanakan oleh HamPAS sudah terjawab malam tadi. Seperti yang diduga, HamPAS hanya tertarik untuk menggunakan perkataan hudud untuk kepentingan politik tetapi tidak benar-benar hendak melaksanakannya.

Sebenarnya, menjadi suatu persoalan yang harus difikirkan bersama ialah mengapa HamPAS sebagai sebuah parti yang mendakwa menjunjung Islam sebagai asas perjuangan terpaksa tunduk kepada bantahan DAPigs yang tentunya, hukum hudud tidak terguna pakai. Umum tahu, hudud adalah hukum Islam dan secara automatiknya, DAPigs dan ahli-ahlinya yang bukan Islam terkecuali.

Antara lain gagalnya persepakatan di dalam Pakatan untuk melaksanakan hudud adalah kerana ia tidak terkandung di dalam isi kandung Buku Jingga. Adalah amat pelik dan sedikit bingung jika HamPAS tidak dapat membedakan kandungan Buku Jingga dan hukum hakam. Jika benarlah HamPAS sedar bahawa hukum hakam Islam adalah yang terbaik mengapa pula HamPAS terpaksa tunduk kepada kandungan Buku Jingga? Tambah membingungkan, kegagalan kepada pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan desakan sebuah parti yang langsung tidak ada kena mengena dengan Islam.

Anuar Berahim yang sebelum ini berkata yang akan menyokong hudud turut dilihat sebagai seorang yang gagal mempertahankan pendiriannya. Selemah-lemah Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah tunduk kepada mana-mana desakan di dalam soal agama. Dan selemah-lemah Najib, tidak pula pernah kedengaran beliau tunduk kepada desakan mana-mana parti komponen. Atau adakah Nuar Berahim sekadar menggunakan perkataan hudud untuk kelihatan memperjuangkan Islam bagi membersihkan namanya dengan persoalan moral yang kian membarah?

Sejajar dengan itu, wajarkah dan mampukah kita untuk menobat Anuar Berahim sebagai seorang Perdana Menteri yang gagal membedakan antara kepentingan politik dan kepentingan untuk mempertahankan hukum-hakam agama?. Tiada kompromi di dalam agama dan hukum hakam itu akan kekal selamanya.

Dosa tetap dosa dan pahala akan kekal sebagai pahala..Tolaklah formula itu nescaya negara akan ditimpa musibah dari Allah s.w.t dan janganlah kita menjadi sebahagian daripada pembawa bala...

Wednesday, September 28, 2011

Perlawanan persahabatan HamPAS - DAPigs di Bukit Jalil



Pasukan bolasepak DAPigs malam semalam sekali lagi berjaya menumbangkan pasukan HamPAS di dalam pertandingan persahabatan yang berlangsung di Bukit Jalil.

Penjaga gol pasukan bolasepak HamPAS, Nik Ajis The Liar gagal mendakap kemas bola rembatan Kapal Karam Sing. Pengadil perlawanan yang menurut penonton berat sebelah, Nuar Jub Gila Lubang memberi gol kemenangan itu kepada pasukan DAPigs biarpun pemain-pemain HamPAS cuba memprotes keputusan itu kerana mereka mendakwa Kapal Karam telah menjaringkan gol itu dengan terjahan keras terhadap Nik Ajis.

Pengurus pasukan HamPAS, Arsene Awang yang kecewa dengan keputusan itu berkata pasukannya telah berusaha bersungguh-sungguh dan segala teknik huduh yang dipelajari oleh pasukan mereka gagal dipratikkan oleh pasukannya.

Pasukan DAPIgs, khabarnya agak diberi ganjaran oleh pengurus pasukannya, Kit Sial Siang dan Malam dengan membawa mereka melancong ke Singapura bagi meraikan kejayaannya. Ada sumber mengatakan yang mereka akan dihidangkan dengan babi panggang seorang seekor bagi memperingati kejayaan manis ini.

Berita Menipu Satu Ibadah Melaporkan.

DAPigs hadiah 'peluru' kepada HamPAS



DAPigs sudah diuji kekuatannya dan sayapnya jelas berjaya menerbangkan roket ke angkasa dengan didokong oleh pengundi-pengundi Cina. Lihat saja bagaimana DAPigs berjaya menawan Sibu semasa Pilihanraya Kecil tempoh hari dan lihat bagaimana DAPigs terus mendominasi kerusi yang ditandinginya di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Pendek kata, nama DAPigs sudah terpahat kemas di dalam jiwa pengundi Cina yang terkesima dengan permainan politik DAPigs yang secara jelas seolah-olah menjadi hero kepada kaum Cina. MCA harus mengimbangi perkembangan kemampuan politik DAPigs.

Untuk tidak melupakan sumbangan sekutu di dalam Pakatan, DAPigs memberikan batu kepada HamPAS supaya batu itu boleh menjadi bom yang akan meletus dan menyedarkan pengundi-pengundi Melayu dan batu itu adalah pelaksanaan hukum hudud. Di dalam tidur dan di dalam jaga, Nik Ajis sedar bahawa dalam apa jua keadaan HamPAS tidak akan mampu melaksanakan hudud . Justeru, HamPAS hanya mengambil hudud atas dasar nama. Hudud boleh diguna pakai oleh HamPAS sebagai satu daya tarikan kepada pengundi Melayu untuk kembali menyokong HamPAS. Dengan melaungkan untuk melaksanakan hudud, HamPAS tampak seperti sebuah parti pejuang Islam dan HamPAS tahu pengundi Melayu di Malaysia yang beragama Islam amat sensitif dengan persoalan agama. Lantaran, hudud sebagai satu daya penarik kepada pengundi HamPAS  untuk melihat HamPAS sebagai satu platform yang membawa ke syurga.

PKR yang terus diasak dengan masalah moral mengambil pendekatan mudah untuk 'membasuh' pekung yang semakin terpalit ke muka mereka dan pendekatan mudah itu adalah dengan menyokong hudud. Minda pengundi disogokkan dengan persoalan bagaimana mungkin orang yang menyokong hudud melakukan hubungan seks luar tabie dan melanggan pelacur Cina seperti yang didakwa. Hudud, ibarat serampang dua mata yang dapat membantu HamPAS dan PKR menarik perhatian pengundi Melayu.

Agenda dan susunan perjalanan cerita hudud ini adalah suatu skrip yang terancang dan diolah dengan begitu baik menjelang Pilihanraya umum ke 13 nanti. Jika kaum Cina sudah memahat dan memaku minda untuk menyokong DAPigs , hudud pula mungkinkah akan dapat menarik perhatian kaum Melayu untuk cenderung kepada HamPAS dan PKR yang tumpang sekaki dalam menyokong hudud?

Akhir kepada pengolahan skrip itu adalah, jika sekalipun BN tidak dapat ditumbangkan, majoriti 2/3 BN sekali lagi akan terusik. Itu adalah matlamat terakhir yang dirancangkan di dalam pertelingkahan lidah antara DAPigs dan HamPAS berhubung hudud.

Barang perlu diingat bahawa pertelingkahan  HamPAS dan DAPigs ibarat carik carik bulu ayam, pasti bertaut semula. Jika hati Cina sudah didakap dan hati Melayu sudah dipopok, apapun yang berlaku tidak akan mengubah pendirian pengundi untuk mengundi Pakatan. Ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya.

Ini adalah harapan Pakatan di dalam merencana perjalanan ke Putrajaya atau setidak-tidaknya mempertahankan negeri yang sedang diperintah.

Tuesday, September 27, 2011

Betulkah ini rupa paderi Melayu? Patutlah DAPigs rasa gagah sekarang


Malam gua agak terganggu tengah malam semalam bila terpandang wajah yang didakwa sebagai paderi Melayu dari Singapura. Biar betik..Kawan gua post dekat wall dia di Facebook.

Kalau ikut cerita dia, 1900 orang paderi termasuk paderi Melayu dari Singapura telah berkampung di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan tu di MALAYSIA.. itu yang agak merunsingkan. Gua cuma harap dia ni bukan Melayu tetapi Filipino yang wajahnya saling tak tumpah seperti Melayu. Kalau gambar ni adalah paderi dari negara jiran, gua tak peduli lah.

Tak payah cakaplah soal hudud kalau benarlah ni paderi Melayu. Akidah Melayu perlu diselamatkan terlebih dahulu.

Tapi gua rasa puak-puak DAPigs pasti senyum lebar kalau benar-benar ada di kalangan anak Melayu sudah berbangga menjadi paderi.

Sesiapa yang ada cerita lanjut dan kesahihan dakwaan ini..silalah jelaskan  cerita yang sebenar.

Kapal DAPigs lumba lari dengan Nick Ajis Terompah?



Siapa yang makan kerbau kontot dia terasa kuman kerbau kontot tu..Agak-agak kalau makan kerbau kontot layak ke baca ayat Quran?

Nijar ronggeng takut betul bila berdepan dengan kuncu DAPigs.."di manakah dalam transkrip HamPAS ada menyatakan HamPAS hendak melaksanakan negara Islam?" Kah Kah Kah..Lu takut kena screw sama DAPigs kah?

Gua rasa sah HamPAS takkan laksana hudud..kang ada yang puak HamPAS kena khatan sekali lagi dengan DAPigs..

Agak-agak kalau HamPAS laksana hudud Kapal Karam larat ke nak kejar Wali Selipar? Jangan sampai Kapal Karam berdiri pulak nanti..

Monday, September 26, 2011

Antara DAPigs dan HamPAS siapa lebih jantan?



DAPigs sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa jika HamPAS berkeras mahu laksanakan hudud maka DAPigs akan keluar dari Pakatan (suatu tindakan yang amat dialu-alukan). Itu pendirian jelas DAPigs berhubung  hudud.

Suatu ketika bila Kapal Karam berkata langkah mayat dia dulu untuk HamPAS melaksanakan hudud HamPAS terkedu diam seribu bahasa ibarat anak dara sunti yang dipinang orang.

Kali ini HamPAS sudah tidak ada ruang untuk berdolak dalik di dalam isu hudud. Tun Mahathir sudah berkata bahawa HamPAS boleh melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri kerana HamPAS mendakwa bahawa dahulunya Tun Mahathir lah orang yang menghalang perlaksanaan hudud.

Pastinya kemuncak kepada perbalahan antara HamPAS dan DAPigs adalah apabila kedua-duanya cuba mempertahankan dasar perjuangan. HamPAS yang sebelum ini kelihatan begitu lantang dan angkuh mendabik dada bahawa Islam adalah asas pegangan dan perjuangan mereka pastinya tersepit dengan laungan amaran oleh DAPigs. Dilema yang pasti menyimbah HamPAS ialah memilih untuk terus berpayung dengan DAPigs atau melaksanakan hukum?

Adakah HamPAS bersedia untuk menolak DAPigs atau sekali lagi terpaksa melupakan hasrat untuk melaksanakan hudud. Bersediakah HamPAS untuk melepaskan sokongan kaum Tionghua kepada mereka di saat undi kaum Tionghua menjadi penentu kepada kemenangan di dalam pilihanraya?

Yang pasti DAPigs sudah menzahirkan pendirian mereka dan adakah HamPAS akan menjadi sejantan DAPigs di dalam menegakkan pendirian?

Sama-sama kita lihat adakah HamPAS akan memperjuangkan hukum sebagai asas pegangan atau sekali lagi terpaksa rela dibogelkan oleh DAPigs demi sekeping kertas undi?

Sunday, September 25, 2011

Siapa ahli DAPigs yang nak berkhatan?



Nik Ajis kali ni mengambil pendekatan berani dengan nak langgar kata Kapal Karam untuk laksanakan hudud. Cayalah lu..Dah puas kena kutuk baru nampak lu punya berani.

Sejauh mana Nik Ajis punya berani kita tunggu Rabu ni bila Fuckatan nak adakan mesyuarat dan perjumpaan. Kalau muka Nik Ajis lepas perjumpaan tu macam muka orang tergigit kulit petai maksudnya kena belasah lah dalam mesyuarat tu. Gua nak tengok HamPAS kali ni betul-betul anak jantan atau sekadar eksyen cari publisiti.

Gua tak sabar jugak nak tengok hukum Islam ditegakkan. Yang berkata bohong..kerat lidah, yang mencuri potong tangan..Fuhh..mau tak ngeri DAPigs..Yang mencuri pasir macam kat Selangor sumbat pasir dalam mulut..Yang bukan Islam tapi selalu baca ayat Quran dalam ceramah macam mana? Kasi potong anu dia..Lagi ngeri...

Hmmm...yang berjubur depan belakang amacam? Sula lah bro... Langkah selamat untuk tak kena sula?.Awal-awal lagi brader tu dah sokong hudud dilaksanakan..

Wednesday, September 21, 2011

HamPAS ada beranikah? Kasi hantam sama DAPigs..



Kalau benar HamPAS anak jantan jangan berlengah lagi laksanakan hukum hudud di Kelantan. Nik Ajis dulu kata Tun Mahathir tak kasi dia laksanakan hudud. Masa tu Mahathir Perdana Menteri sekarang ni zaman Najib takkanlah langsung takde sebarang usaha oleh Kelantan untuk laksanakan hudud.

Gua rasa Nik Ajis boleh jumpa Najib bentangkan usul nak laksanakan hudud. Najib jauh lebih lembut dan bertoleransi daripada Mahathir. Pakatan Hampas desak mansuhkan ISA yang digunapakai di seluruh negara pun Najib buat inikan pulak soal hudud yang cuma nak dilaksanakan di negeri Kelantan yang dibawah naugan HamPAS. Mesti Najib kasi..Cubalah..kalau tak cuba mana tahu..

Gua rasa mati hidup semula HamPAS takkan berani nak buat hudud. Bukan soal hudud tapi soal nak berdepan dengan DAPigs. Soal pembesar suara sewaktu azan pun HamPAS takut nak berdepan DAPigs inikan pulak soal hudud. Kapal Singh karam pun dah bagi warning kat HamPAS..

Gua rasa dengan kekuatan yang DAPigs ada sekarang HamPAS mesti goyang nak lawan cakap DAPigs. Silap-silap kalau DAPigs letak calon di Kota Baharu lawan HamPAS pun mau tersembam HamPAS.

HamPAS kalau sebut nama DAPigs mahu luruh bulu ketiak tapi kalau berdepan dengan UMNO dialah hero..Kucing dia cuma berani berdepan dengan kucing jugak..bila berdepan dengan anjing tak cukup tanah kucing lari. Kucing tak ada kuku macam tulah.

Kalau HamPAS laksanakan hudud macam mana nak supply daging babi ke Kelantan? Kalau tak babi kena sembelih tuan babi pulak yang kena..Hehe..Cayalah HamPAS..Buat hudud cepat-cepat..gua pun dah tak tahan dengan segala jenis busuk dan penyakit yang disebabkan babi..

Kita tengok sama ada babi akan diharamkan oleh HamPAS untuk dijual secara terbuka atau HamPAS akan meroyan gila babi bila kena jerit dengan DAPigs..Kit Sial Siang Malam mesti tak boleh tahan...

Ada beranikah HamPAS?

Monday, June 14, 2010

Asyiknya Melayu

Sudah agak lama aku tidak menukilkan apa apa di ruangan ini...Sejak selesai pilihanraya kecil Sibu, aku mengambil pendekatan untuk menjadi Melayu yang tidak bersuara kerana di luar sana sudah terlalu banyak Melayu yang bersuara biarpun bersuara semata mata untuk menoreh hati Melayu lain hanya kerana mengejar kuasa.

Kembali untuk membangkitkan semangat, aku mengambil keputusan untuk meninjau keadaan semasa persidangan di Parlimen hari ini. Mudah mudahan selepas kata sepakat diperolehi oleh ahli ahli Parlimen Melayu dari PAS dan UMNO berhubung kecaman terhadap kekejaman Israel, amat besar harapan aku untuk terus melihat pimpinan Melayu UMNO dan PAS bersatu atas nama Melayu. Mungkinkah akan ada harapan ke arah itu?

Meleset dan kembali membangkitkan rasa gelora aku bilamana semasa persidangan Parlimen tadi, Melayu terlalu angkuh menghentam Melayu. Melayu PAS terlalu angkuh dan bangga diri bila dapat menghentam pimpinan UMNO yang pastinya adalah Melayu. Tidak pulak ada kedengaran Kit Siang menghentam Soi Lek, tidak ada pulak dengar Karpal menghentam Samy Vellu. Yang ada cuma Melayu hentam Melayu.

Seakan menjadi satu budaya baru sekarang ini, setiap kali menyebut perkataan kerajaan dari mulut pimpinan pembangkang, yang disebut ialah : Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Apa yang perlu disebut perkataan tersebut? Mudah..sejak dari dulu..Barisan Nasional kuat dan utuh kerana UMNO..Pakatan masih belum mampu merobek Barisan Nasional kerana adanya UMNO..Menyedari akan perkara pokok itu tentulah untuk merobek Barisan Nasional perlulah digoyahkan UMNO sebagai akar tunjang..Runtuh UMNO..runtuh Barisan Nasional..dan Melayu PAS perlu sedar sekiranya runtuh UMNO maka runtuhlah Melayu..Segagah mana PAS boleh mempertahankan Melayu? Nuar Berahim mencadangkan agar Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri..PAS kelu tak bersuara..Melayukah PAS? Hukum hudud yang mahu dilaksanakan PAS sudah boleh dianggap sebagai lagenda..Mana asasnya PAS memperjuangkan Melayu Malaysia?

Suka aku bertanya kepada pimpinan PAS...dalam Barisan Nasional mungkinkah semuanya cuma UMNO yang silap?Maksumkah pimpinan MCA, MIC dan maksumkah pimpinan PKR dan DAP sehingga seperti tidak tampak cacat celanya dan tidak langsung boleh ditegur? Mungkin PAS terlupa bahawa dulunya Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu...tentunya PAS kenal mana yang Melayu dan mana yang mengkudakan Melayu...