Showing posts with label hipokrit. Show all posts
Showing posts with label hipokrit. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Biarlah Box Lockman dengan illusi



Ramai kalangan artis khabarnya berang apabila Box Lockman mengatakan sebab beliau menyertai PAS dan meninggalkan dunia hiburan adalah kerana sudah bosan dengan dunia hiburan yang penuh dengan hipokrasi.

Box Lockman faham ke apa maksud hipokrasi? Adakah hanya dalam dunia hiburan sahaja wujudnya hipokrasi dan tidak dalam industri lain?

Hari ini politik juga sudah jadi sebahagian daripada industri. Jika tidak masakan berduyun-duyun dan berbondong-bondong manusia yang menawarkan dirinya untuk menjadi Yang Berhormat.

Di kalangan pemimpin pembangkang sendiri ada yang hipokrit. Semasa di Parlimen contohnya, ada di kalangan Yang Berhormat pembangkang sendiri yang tanpa segan silu berjumpa dengan Menteri Pengajian Tinggi untuk mendapatkan sokongan bagi pengundi di kawasannya berjaya memasuki pusat pengajian tinggi. Tetapi apabila di pentas ceramah politik, Menteri itu yang juga ahli UMNO dibusukkan dengan pelbagai tohmahan seolah-olah Menteri itu tidak pernah berjasa. Bukankah ini hipokrit namanya?

Di dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai tempoh hari, ada seorang artis yang tidak ternama telah menyertai parti pembangkang..katanya ingin berjuang atas nama Islam. Habis saja ceramah, artis itu mengeluarkan album nyanyiannya dan kemudian menjualnya kepada orang yang hadir di ceramah itu..tidakkah ini hipokrit namanya?

Box Lockman bukanlah nama besar di dalam industri hiburan. Kehadirannya di dalam dunia hiburan ibarat embun di waktu pagi. Datang mentari hilanglah ia. Datang tak menambah pergi tak mengurang. Mungkin yang dimaksudkan hipokrasi di sini ialah kerana kurangnya rezeki beliau di dalam industri hiburan lantaran mukanya yang tak seberapa biarpun disangka bakatnya jauh meninggalkan artis artis lain..Mungkin inilah yang dimaksudkan sebagai hipokrasi?

Aku nampak Box Lockman berbakat sebagai pemandu teksi. Saksikan sahaja bakatnya di dalam rancangan Teksi Cash. Mungkin bidang yang sesuai untuk Box Lockman adalah sebagai pemandu teksi kerana di situ beliau hanya perlu bercakap dengan stering kereta. Tidak ada hipokrasi kah di situ?

Monday, January 17, 2011

Tenang: Antara realiti dan hipokrit


Sudah terang lagi bersuluh..CIKGU Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS di dalam Pilihanraya Tenang.

CIKGU..Jawatan yang membolehkan Normala mengkategorikan dirinya sebagai kakitangan kerajaan. Menyampaikan dasar kerajaan di dalam usaha memartabatkan anak bangsa.

Siapa yang membuat dasar? Tentunya kerajaan dan kerajaan itu adalah Barisan Nasional. Tetapi kiblat Normala ke mana arahnya?

Persoalan..berjayakah Normala menyampaikan dasar-dasar kerajaan yang telah digariskan di dalam Dasar Pelajaran Negara dan digubal oleh kerajaan Barisan Nasional jika kiblat Normala cenderung ke arah PAS?

CIKGU Normala juga pernah menggondol Anugerah Guru Cemerlang..Selama ini pimpinan Pakatan mendakwa bahawa seluruh anggota kerajaan didominasi dan mengikut telunjuk kerajaan Barisan Nasional. Tetapi dengan pencalonan Normala jelas membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional bukanlah hipokrit sehingga menafikan hak seseorang untuk memilih ideologi politik masing-masing biarpun seseorang itu adalah KAKITANGAN KERAJAAN.

Kerajaan Barisan Nasional bukanlah parti pimpinan yang buta dan tuli. Bukan kerajaan Barisan Nasional tidak tahu dan sedar bahawa Normala adalah orang kuat PAS tetapi atas dasar keterbukaan dan demokrasi kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil sebarang bentuk hukuman kepada Normala.

Bukan kerajaan Barisan Nasional yang memecat Normala tetapi beliau yang meletakkan jawatannya demi mencapai agenda politik yang cukup besar. Setelah bertahun-tahun lamanya Normala mengecap rezeki yang Allah kurniakan melalui kerajaan Barisan Nasional akhirnya hipokrit Normala terpancar jua. Mungkinkah Normala akan melepaskan jawatannya sebagai guru sekiranya tidak dicalonkan sebagai wakil rakyat?? Kenapa baru sekarang beliau melepaskan jawatan gurunya jika benarlah beliau merasakan dasar-dasar yang dibawa oleh Barisan Nasional sudah tergelincir dari landasan..Sekali lagi diulang soalan...KENAPA BARU SEKARANG???

Realitinya adalah untuk mencapai agenda politik yang besar dan hipokritnya adalah bertahun tahun bertopengkan dacing padahal di dalam hati merindukan bulan..

Jika pungguk merindukan bulan..biarlah dacing menjadi pengimbang sama ada rindu si pungguk adalah realiti atau hipokrit.