Betul kata sahabat blogger http://marahku.blogspot.com a.k.a Anger pasti aku akan ketawa besar bila baca artikel yang ditulis oleh Wenger J.Khairy.
Aku tak tau sama ada kau orang ingat dulu-dulu ada cerita Mat Salleh 'The Greatest American Hero'..ala cerita yang Mat Salleh terbang-terbang tu selepas dapat baju hikmat. Dia terbang pun tak betul tapi Mat Salleh dah anggap dia sebagai hero.
Di Malaysia tak susah nak jadi hero, bila orang lain yang membawa kejayan kau orang boleh dakwa kejayaan itu adalah sumbangan kau. Tak kisahlah kejayaan apa..waimah kejayaan main teng-teng pun tak apa. Dan pasti Wenger akan anggap kau sebagai hero.
Mungkin ada yang tak reti main teng-teng..jadi aku bagi kau petua yang lebih mudah untuk jadi hero di Malaysia. Kalau kau demam tapi dapat jemputan kenduri kahwin maka kau pedulikanlah demam kau tu, kau pergilah ke majlis tu nescaya kau menjadi hero (macam fatwa pulak)..Wenger mesti kata kaulah sebenarnya hero..Mana tak hebatnya, demam tapi masih boleh menghadiri majlis kahwin..Bahaya betul tindakan macam tu..demam-demam pun masih boleh berjalan. Stuntman pun tak larat nak buat macam tu.Hehehe.. Tapi nak buat macam mana demi martabat seorang hero kenalah buat jugak.
Dah 52 tahum merdeka baru aku tahu macam ni punya mudah nak jadi hero di Malaysia. Aku teringat masa sekolah dulu...walaupun demam aku masih ke sekolah...jadi hero ke aku?Stuntman ke aku? Atau gila meroyankah aku?