Showing posts with label harga. Show all posts
Showing posts with label harga. Show all posts

Friday, August 7, 2009

Astro oh Astro

Dah penat bercerita tentang politik marilah kita bercerita tentang kehidupan seharian. Nak bercerita pasal Astro pulak sekarang ni. Memang syok menonton Astro apalagi Astro menawarkan bahan tontonan yang agak menarik walaupun ditayangkan berulang kali dan ulang lagi. Betul betul punya ulang.

Tapi yang agak memeranjatkan apabila baru baru ini Astro telah menaikkan harga bagi pakej siaran sukan sebanyak RM10-11. Yang tidak menariknya Astro menaikkan harga pakej ini tanpa makluman terlebih dahulu dan hanya menyertakan sedikit kertas penyata berhubung kenyataan menaikkan harga pakej tersebut. Alasan yang diberikan oleh Astro ialah berkenaan kenaikkan kos menyelenggara dan kos tetap yang menyebabkan Astro terpaksa menaikkan harga tersebut.

Ada benarnya mungkin Astro terpaksa menaikkan harga kerana faktor faktor tersebut tetapi mengapa tiada makluman awal yang boleh disebarkan kepada pengguna seperti penyiaran di dalam televisyen ataupun radio bahkan suratkhabar. Ini menunjukkan Astro tidak mengambil kira kepentingan penggunanya memandangkan Astro adalah kuasa monopoli di dalam bidang ini. Suka disarankan agar kerajaan mengambil inisiatif untuk menggubal suatu undang undang di parlimen agar Astro boleh dikawal dan tidak mengambil sikap sesuka hati. Yang terbeban adalah rakyat.

Yang hairannya kali ini rakyat tidak memberontak sepertimana rakyat memberontak semasa kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 70sen tempoh hari. Pelik tapi benar.