Showing posts with label calon BN Tenang. Show all posts
Showing posts with label calon BN Tenang. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Tenang: Lautan Biru Dacing





Lautan biru menyelubungi proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Tenang sebentar tadi.
Semangat 1 Malaysia jelas terpancar di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hadir untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim.

Keadaan ini jelas meresahkan puak perut hijau yang kalau sebelum ini begitu gah dengan bilangan penyokong setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Tidak seperti biasa, tidak ada sorakan angkuh dari puak perut hijau. Lesu dan tidak bermaya langkah mereka di Tenang.

Semangat sudah dirasakan, jentera Barisan Nasional harus bergerak sederap seirama untuk memenangkan calon Barisan Nasional.

Jika semangat beginilah semangat yang ditunjukkan tidak mustahil untuk mendapatkan keinginan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang mahukan Barisan Nasional menang dengan majoriti 5000 undi.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air..ayuh kita dayung sama-sama....Lautan Biru pasti tenang di Tenang...

Wednesday, January 19, 2011

Tenang: Calon BN diumum



Saudara Mohd Azahar bin Ibrahim telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.

Pengumuman telah dilakukan oleh YAB Timbalan Presiden Barisan Nasional di perkarangan bangunan UMNO Bahagian Labis sebentar tadi.

Segala teka-teki siapakah yang akan dicalonkan untuk menentang calon PAS, Normala Sudirman telah terjawab.

Semangat dan kerjasama dari semua warga kerja dan jentera BN adalah ditagih untuk membolehkan kemenangan calon BN dengan majoriti yang lebih besar.

Calon BN itu adalah merupakan bekas Penolong Pegawai Daerah yang merupakan ANAK JATI LABIS.

Keikhlasan jelas terpancar di wajah saudara Mohd Azahar di dalam menggalas tanggungjawab ini.

Ayuh..kita rapatkan saf dan kita teguhkan tekad di dalam memenangkan beliau dan Barisan Nasional..

Hidup BN!!!!