Showing posts with label UNDI. Show all posts
Showing posts with label UNDI. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Tenang: Selamat Mengundi


Kurang dari 12 jam daripada sekarang, rakyat Tenang yang berdaftar sebagai pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab di dalam memilih wakil rakyat mereka.

Setelah puas berkempen, jam 8 pagi sehingga jam 5 petang nanti akan menyaksikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai YB bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang.

Bukan kepalang tanggungjawab yang diberikan kepada pengundi Tenang. Jika tersalah pilih wakil rakyat, seluruh rakyat Tenang akan pastinya ketinggalan dari arus kemodenan dan kemajuan Malaysia.

Intai-intailah sejarah kemerdekaan Malaysia..Nilai-nilailah siapa yang telah banyak berjasa kepada Malaysia termasuklah jasa kepada Tenang.

HARI MENGUNDI BUKANLAH MASA YANG SESUAI UNTUK MENCUBA MEMBUAT PERCATURAN DENGAN MENGAMBIL RISIKO KERANA RISIKONYA TERLALU TINGGI IAITU HARGA SEBUAH NEGARA.

BERDOALAH SEMOGA ANDA TIDAK TERMASUK DI DALAM SENARAI ORANG YANG MEROSAKKAN KEAMANAN NEGARA KITA YANG TELAH SEKIAN LAMA TERCIPTA.

DACING AKAN KEKAL SEIMBANG DAN BAHAYANYA BULAN JIKA DITIMPA GERHANA..

Thursday, October 8, 2009

Bagan Pinang: BN akan menang jika semua orang keluar mengundi

Setakat ini BN akan menang di Bagan Pinang..itu kata suara orang ramai. Zon selesa ini biarpun boleh melegakan hati orang orang UMNO dan BN tetapi akan menjadi suatu bencana sekiranya zon selesa ini membuatkan orang ramai akan terlalu yakin bahawa Tan Sri Isa akan menang.

Ayuh rakyat Bagan Pinang..kita beramai ramai keluar mengundi untuk merealisasikan kenyataan bahawa Tan Sri Isa akan menang mudah di BN.

Jangan sesekali mengambil mudah bahawa BN akan menang. Bayangkan apa akan jadi sekiranya 1000 orang pengundi BN tidak keluar mengundi akibat dari sindrom terlalu percayakan bahawa Tan Sri Isa akan menang mudah..

Ingatlah bahawa kemenangan itu akan menjadi nyata sekiranya setiap orang dari pengundi BN mengambil satu TANGGUNGJAWAB untuk keluar mengundi BN..

INI ADALAH SUATU TANGGUNGJAWAB!!!