Showing posts with label Parlimen Bukit Katil Melaka. Show all posts
Showing posts with label Parlimen Bukit Katil Melaka. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Apa khabar Ali Rustam aka Tok Ali?



 

Apa khabar agaknya Tok Ali di Melaka selepas kecundang di Bukit Katil?
 
Sebagai anak Melaka, Jebat rasa amat dukacita di atas kekalahan Tok Ali tambah-tambah lagi di tangan manusia yang paling tinggi di Melaka aka Sam Kemetot.
 
Tetapi sebagai rakyat yang faham erti undang-undang, Jebat menghormati keputusan orang Bukit Katil walaupun Jebat merasa sedikit hairan adakah orang-orang di Bukit Katil sudah buta sehingga terlupa akan sumbangan Tok Ali kepada negeri Melaka?
 
Kita penyokong tegar BN bukan seperti penyokong Pakatan Haprak yang tidak tahu menerima keputusan dengan hati yang tenang sehingga memaksa mereka melolong di jalanan. Kalau acuan pemimpinnya begitu apalah yang mahu kita hairankan dengan sikap biadab penyokongnya.
 
Seorang rakan Jebat memaklumkan pada Jebat yang beliau ada menghantar sms pada seseorang yang rapat dengan Tok Ali supaya mencadangkan Tok Ali bertanding di Parlimen Tangga Batu. Tetapi jawapan daripada makhluk perosak kepada Tok Ali itu membalas dengan penuh angkuh ' Kau tak perlu masuk campur'.
 
Pada peringkat awal lagi, Jebat sudah merasa kurang selesa apabila Tok Ali memaklumkan mahu bertanding di Parlimen Bukit Katil. Bukan kerana risaukan kekuatan Sam Kemetot tetapi risaukan akan senario dan trend pengundi di situ.
 
Pada tahun 2004, BN menang besar di situ. Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani menang bergaya di Bukit Katil sebelum landskap politik negara berubah yang menyaksikan Dato Mat Sirat hampir tersungkur di Bukit Katil pada tahun 2008.
 
Bayangkan daripada majoriti puluhan ribu yang diperolehi Mohd Ruddin hanya tinggal seribu lebih semasa era Mat Sirat. Bukit Katil terus menjadi ruang untuk Pakatan bertapak dan menjadi seribu pertanyaan siapakah yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengibarkan panji BN di situ dalam PRU yang baru lalu.
 
Akhirnya sebagai anak jantan, Tok Ali mengibarkan bendera untuk berjuang di Bukit Katil. Tindakan yang Jebat lihat amat berani walaupun sedikit menggusarkan. Dengan beberapa DUN di situ, yang terdapat ramai pengundi Tionghua risiko yang di ambil Tok Ali amat tinggi. Tetapi tentulah Tok Ali fikir orang-orang Melaka tahu mengenang budi. Tanggapan Tok Ali jauh meleset apabila segala jasa Tok Ali kepada negeri Melaka dihumban begitu sahaja oleh pengundi di situ. Tok Ali tersungkur.
 
Haprak sungguh pengundi di Bukit Katil yang tidak tahu mengenang budi. Kalau selepas ini Melaka kehilangan pemimpin yang berwibawa seperti Tok Ali andalah yang menjadi punca kepada keadaan ini. Lebih malang kerana langkah pertama Tok Ali untuk membantu menambah bangunkan Malaysia telah dibantutkan oleh pengundi di Parlimen Bukit Katil semata-mata dek kerana kecintaan kepada manusia bantut bernama Sam Kemetot.
 
Kepada Ketua Menteri Melaka yang baru, intai-intailah apa yang boleh Datuk lakukan untuk memberikan kedudukan kepada Tok Ali selaras dengan kemampuan dan jasa Tok Ali.
 
Semoga Tok Ali tidak patah semangat!!!

Monday, August 1, 2011

Bodoh memantul mantul

“Adakah kemenangan Najib di kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 22,922 undi pada pilihanraya umum 2004 berlaku manipulasi kerana beliau hanya menang kelebihan 241 undi pada 1999.

Ayat di atas tu gua sunting dari Keldaian Daily yang mengatakan bahawa Perdana Menteri boleh adjust keputusan Pilihanraya. Dasar bodoh tahap gaban. Kalau betul Barisan Nasional ni ada kuasa hikmat macam Panglima Hitam, lu orang nilai pulak keputusan dekat bawah.

Tahun 2004, kerusi Parlimen Bukit Katil Melaka BN menang bergaya dengan majoriti 27,252 undi. Tahun 2008 BN menang juga tapi keputusan macam bangsat. Daripada majoriti 27 ribu lebih tinggal 1,758 undi majoriti.

Soalan gua pada puak PAS yang bodoh dah sampai tahap macam getah segerap boleh memantul-mantul. Kalau betul BN berkuasa adjust keputusan Pilihanraya kenapa keputusan di bawah ni boleh jadi? Entah-entah PAS pulak yang dah adjust keputusan ni..Apa lu nak cakap? Atau pun mak budak budak PAS ni mengundi 50 kali setiap orang. Kah Kah Kah..Bodoh tahap telur tembelang. Atau PAS ada membela toyol sebagai pengundi hantu? Kah Kah Kah..

P137 BUKIT KATIL
Jumlah Pengundi: 75,777
Peratusan Kaum: M:53.16% C:40.99% I:5.52% L:0.33%
1. Datuk Md. Sirat Abu (BN) (30,975)
2. Khalid Jaafar (PKR) (29,217)
Majoriti: 1,758
Jumlah undi: 61,365
Peratus mengundi: 80.98%
Undi rosak: 1,173
Penyandang: Prof. Datuk Dr. Mohd. Ruddin Ab. Ghani (BN)
(Majoriti: 27,252 undi)