Monday, June 8, 2009
Anwar....TERSUNGKUR...Dulu, Kini dan Selamanya
Melihat kepada keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS di dalam muktamar nya semalam jelas menunjukkan bahawa akar umbi PAS tetap menolak Anwar mahupun unsur nya untuk bertapak dan mendominasi parti. Selain dari itu dilihat juga bahawa PAS sekarang ini sedang berdepan dengan perpecahan ketara antara pasukan Presiden dan Murshidul Am.
Seakan tidak boleh disembunyikan lagi apabila Nik Aziz dengan jelas dan keras menolak seruan Presiden Parti PAS haji Hadi yang mahukan kerajaan Perpaduan diwujudkan. Perselisihan pandangan dan pendapat ini disemarakkan lagi dikalangan pemimpin serta para perwakilan yang sedang bermuktamar di Shah Alam kini. Ianya menjadi delima yang hangat diperbualkan oleh ahli mereka yang menyaksikan dari jauh muktamar kali ke 55 ini berlangsung.
Agaknya apa yang sedang membadai dan membadi parti PAS kini? Hinggakan parti yang sebelum ini begitu sunyi dari gosip dan permasalahan, begitu cekap menutup segala kelemahan dan pekong parti atas nama jihad yang jahat. Parti yang tebal dengan semangat ulama dalam semak hingga siapa jua walau guan eng yang baru keluar penjara pon boleh dipekikkan dengan laungan TAKBIR! Parti yang merasa diri lebih beragama hingga menghalalkan apa jua tindakan mereka seperti jaminan syurga dan berkawan dengan syaitan selain mengkafirkan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka. Parti yang begitu menyanjungi ulama mereka selama ini tidak akan berani menentang dan melawan walaupun alasan berat sebelah dan pelbagai lagi.
PAS yang sedang retak menanti belah ini sebenarnya telah terkena badi Sheikh Anwar Al Juburi dek kerana mazhab ulama besar ini sedang membelit sebahagian besar pemimpin mereka dan seterusnya mengeluarkan racun yang berbisa merosak perpaduan, menggoyah keyakinan dan menyebar permusuhan. Maka berlaku lah seperti mana yang berlaku kini.
Mujur klon Anwar ini ditolak dan menyebabkan penyokong dan pendokong asal parti menarik nafas lega. Namun kerosakan telah berlaku. Najisnya tetap terpalit kepada parti dan sedang membusuk dikalangan ahli. Presiden PAS perlu membersihkan parti seperti mana yang di ucapkan dalam perasmian beliau.
Bagi UMNO, sekiranya PAS masih waras dan berlapang dada untuk membincangkan masaalah bangsa melayu dan agama tanpa sebarang syarat ianya amat di alu-alukan. UMNO tidak sekali-kali akan mencampuri urusan dalaman PAS. Bagi UMNO perwakilan PAS telah membuat keputusan untuk kekal dengan kepimpinan ulama dan menolak sebarang campur tangan dan wajah baru yang cuba dibawa ke dalam parti itu. Perwakilan PAS menolak unsur politik kepentingan diri, tamak, kotor, tidak bermoral, menolak ulama dan memecah belah perpaduan. Itu hak mereka dan UMNO tak peduli pon...
Bagi Anwar pula tersungkur dalam politik adalah sepak terajang berpolitik walaupun ianya bermula dulu, kini dan selamanya...
Semoga terus tersungkur Anwar!!!
(politikputramerdeka)
Sunday, May 24, 2009
Calon Bebas di Penanti milik siapa?
SHHHHH: CALON CALON BEBAS INI BUKAN UMNO DAN BN PUNYA..KITA OLANG YANG PUNYA!!!
Heboh di kalangan pemimpin dan penyokong penyokong tegar PKR dan Pakatan Pembangkang bahawa calon calon Bebas yang bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti ditaja oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai proksi. Biarpun seribu kali penafian dibuat oleh Barisan Nasional lebih lebih penafian yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib namun PKR dan Pakatan Pembangkang terus memainkan alunan yang calon calon Bebas ini sememangnya di taja oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Aku sempat duduk minum bersama beberapa rakan dan bercakap tentang pilihanraya kecil Penanti ini. Seorang dari rakan aku memperkatakan tentang kemungkinan PKR dan Pakatan Pembangkang yang menaja calon calon Bebas ini. Beliau berkata ada mungkinnya calon calon Bebas ini di taja oleh PKR dan Pakatan Pembangkang memandangkan UMNO dan Barisan Nasional yang tidak meletakkan calon untuk bertanding. Sebabnya cukup mudah kata rakan aku ini, disebabkan UMNO dan Barisan Nasional tidak meletakkan calon mungkin piliharaya kecil di Penanti ini akan suram dan tidak semeriah seperti biasa. Keadaan ini akan menyebabkan PKR dan Pakatan Rakyat khuatir akan momentum sokongan pengundi dan rakyat kepada mereka. Mereka mahukan pilihanraya yang meriah dan penuh dengan provokasi. Dengan keadaan ini, mereka akan berkata mereka lah yang memperjuangkan demokrasi di Malaysia. Mereka akan mencipta pelbagai helah yang akan mengheret rakyat ke kancah politik yang mereka sendiri cipta. Penyokong penyokong tegar mereka akan berbuat apa saja termasuklah berbaring tengah jalan.
Mereka lebih suka sekiranya pihak berkuasa seperti polis menangkap penyokong penyokong mereka ini dan kemudiannya berkata bahawa inilah tindakan UMNO dan Barisan Nasional yang menggunakan polis untuk mematikan demokrasi di Malaysia.
Calon calon Bebas ini mungkin ditaja oleh PKR dan Pakatan Pembangkang untuk menghidupkan suasana pilihanraya di Penanti. Jika tidak, rakyat akan mula melupakan mereka dan keadaan ini cukup dirisaukan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Justeru itu, mereka mungkin merasakan dengan menaja calon calon Bebas inilah akan dapat memeriahkan pilihanraya di Penanti ini. Selepas pilihanraya nanti mereka akan mengatakan kepada rakyat, lihatlah bahawa mereka tetap menang di Penanti biarpun terdapat banyak ramai calon calon Bebas. Antara yang menarik untuk diperkatakan ialah semasa kempen Nuar Berahim di Berapit, mereka jelas tidak langsung menyentuh tentang calon calon Bebas ini sebaliknya lebih suka memburukkan UMNO dan Barisan Nasional. Mungkinlah Nuar Berahim sedar bahawa calon calon Bebas ini milik mereka dan tidak ada apa yang perlu di khuatirkan bahawa Penanti adalah kubu kuat mereka dan kehadiran calon calon Bebas ini adalah hanya untuk memeriahkan lebih lebih lagi mereka yang menaja calon calon Bebas ini?
Sama samalah kita fikirkan calon calon Bebas di Penanti ini milik siapa…
Saturday, May 16, 2009
Jangan buang masa berjumpa dan berbincang dengan puak Pakatan Rakyat
Apa perlunya berjumpa dengan puak Pakatan Rakyat biarpun tujuannya dilihat murni untuk mencari jalan muafakat penyatuan dan kesejahteraan negara. Sebabnya cukup mudah mengapa kita tidak perlu berjumpa dengan puak Pakatan Rakyat ini. Jika hendak berbincang, berbincanglah dengan orang yang benar benar ikhlas dan bukan berbincang dengan orang yang ternyata tidak ikhlas di dalam perjuangannya.
Puak Pakatan Rakyat ini telah cukup dikenali dan sinonim dengan seribu satu helah dan sifat kepura-puraannya. Perjumpaan yang jika terlaksana hanya akan memberi ruang kepada mereka mencari helah baru dan memutar belitkan hasil perbincangan perjumpaan tersebut sekaligus mengatakan bahawa Barisan Nasional memang sebuah parti yang buruk kepada rakyat. Kita bukan tidak biasa mendengar puak Pakatan Rakyat memutar belitkan fakta untuk kepentingan politik mereka jadi adalah tidak wajar kita meneruskan perjumpaan yang boleh diumpamakan oleh Pakatan Rakyat sebagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Anwar Berahim awal awal lagi dah cakap biarpun perjumpaan itu diadakan, puak Pakatan Rakyat tetap akan mengusulkan untuk membubarkan DUN. Di sini pun sudah jelas kelihatan sifat tidak ikhlas puak Pakatan Rakyat jadi apa perlunya membuang masa kerenah yang sudah boleh dijangka dan sudah ternampak.
Puak Pakatan Rakyat sememangnya bersetuju untuk berjumpa untuk kita semata mata kerana mereka telah cukup tertekan dengan majoriti yang kita ada di DUN Perak. Berfikirlah sebaik mana sekalipun dan rencanakan lah strategi politik yang terbaik, Barisan Nasional tetap punya majoriti yang cukup jelas di DUN Perak. Keadaan ini cukup disedari oleh puak Pakatan Rakyat dan membuatkan mereka cukup buntu jadi hasrat untuk diadakan perbincangan ini amat dialu alukan oleh mereka setidak tidak nanti mereka boleh berkata pada rakyat bahawa Barisan Nasional amat terdesak dan tunduk kepada mereka.
Yang peliknya keadaan di Perak ini tidak menampakkan langsung kegusaran yang ketara di kalangan puak PAS kecuali YB Nijar a.ka lembu ditarik hidung. Yang jelas kelihatan adalah kegusaran puak puak DAP yang diketuai oleh Ustaz Ngeh dan Sivakumar. Anwar Berahim mungkin kurang gusar dengan keadaan ini kerana pertuduhan kes liwatnya yang akan dibicarakan di mahkamah cukup menyesakkan kepalanya dan mungkin terlah terbayang bayang jeriji besi di Sungai Buloh. Lagipun hasrat untuk menyusun langkah ke Putrajaya sudah seakan terpadam dan menjadi mimpi yang menjemput air basi.
Ayuh, Barisan Nasional kita susunkan langkah untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara dari membuang masa dengan berjumpa puak Pakatan Rakyat yang jelas telah cukup tersepit dengan kemelut di Perak. SIfat kita yang tidak mengendahkan mereka setakat ini nampaknya cukup menekan mereka. Biarlah mereka terus memainkan wayang mereka dan biarlah rakyat yang menjadi penonton sama ada wayang mereka di klasifikan sebagai 18sx atau wayang selsema babi. Biarkan luncai terjun dengan labu labunya.