Showing posts with label Namewee. Show all posts
Showing posts with label Namewee. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Celarukah 1 Malaysia? Malaysian Malaysia?



Orang Melayu kaya dengan kiasan dan pepatah. Kadang-kadang kiasan itu membawa kecelaruan yang membarah dan kadang-kala kiasan itu menjadi ruang untuk pihak yang bijak mengambil kesempatan.

Slogan 1 Malaysia yang Najib perkenalkan sebenarnya memberikan ruang yang luas kepada insan 'kreatif' seperti Namewee berkarya. Tidak ada halangan dan tidak ada sekatan. Justeru atas nama 1 Malaysia itulah insan 'kreatif' dan lain cara pemikirannya (seperti kata Najib) bebas bercakap apa saja.

Kecelaruan 1 Malaysia itulah yang membuatkan Namewee kesempatan berjumpa Nazri Aziz. Makanya barang siapa yang berkeinginan untuk berjumpa Menteri hanya perlu mengistiharkan dirinya sebagai seorang penyokong Gagasan 1 Malaysia. Zahirkan pendirian anda walaupun dengan menggunakan perkataan kesat kerana sesungguhnya penggunaan perkataan kesat adalah pendekatan dan cara pemikiran kreatif yang berbeda untuk menzahirkan rasa cinta pada negara.

Tampaknya 1 Malaysia akan menjadi beban besar yang tertanggung di atas bahu Najib sama seperti slogan Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Slogan Islam Hadhari akhirnya menjadi seperti kayu balak yang terpaksa ditarik sendirian oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana sehingga ke hari ini tidak ramai yang faham dengan slogan itu.

Dalam minda yang tersepit dan sempit, Namewee bingkas bangun mengatakan yang dia adalah seorang penyokong 1 Malaysia dan seperti orang yang baru bangun tidur dan seperti kanak-kanak yang terlalu inginkan gula-gula Najib tidak punya banyak pilihan justeru melabelkan Namewee sebagai pencinta kepada 1 Malaysia. Itulah tanda bahawa Najib akan tersepit seperti Abdullah Ahmad Badawi hanya kerana slogan.

Janganlah kita merasa hairan jika suatu hari nanti, semua rakyat Malaysia akan hilang adabnya dan hilang tatasusilanya dan mencarutlah apa sahaja sesuka hati dan halkum kerana percayalah 1 Malaysia tidak mengambil kira apa jua bahasa yang anda gunakan asalkan anda cukup berani mengistiharkan dirinya anda sebagai PENYOKONG 1 MALAYSIA.

Apakah peserta BERSIH selepas ini akan mengistiharkan diri mereka sebagai penyokong I Malaysia sebelum mula berbondong bondong menyesakkan jalanraya di Kuala Lumpur? Mungkin saja Najib akan tersepit kerana tidak mahu dikatakan 'double standard' di antara peserta BERSIH dan Namewee?

APAKAH JIKA BLOGGER PRO KERAJAAN DAN UMNO MENGISTIHARKAN DIRI MEREKA SEBAGAI PENYOKONG KUAT KEPADA SLOGAN 'PAS FOR ALL' TIDAK AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN OLEH PIMPINAN PAS SEKIRANYA MEREKA MENCARUT KEPADA PIMPINAN PAS? 

Jebat Berkokok adalah seorang penyokong kuat kepada slogan 1 Malaysia malah jauh lebih kuat kecintaannya berbanding Namewee...Bilalah agaknya boleh berjumpa Najib?