Manusia yang bodoh ialah manusia yang tak pernah sedar bahawa mereka adalah bodoh.
Agak lama Jebat melihat bekas cendol Jebat petang tadi.
Semuanya kerana hilang selera akibat daripada tersalah masuk warung.
Rupanya warung cendol yang Jebat masuk petang tadi adalah milik pencacai tegar PKR.
Kalau namanya tegar tentulah sumpah seranah tidak akan terlepas dari bibir pencacai.
Pergi seorang datang pula seorang yang baru. Semuanya pencacai PKR. Kisahnya berkisar kepada perhimpunan yang telah mereka sertai di Kelana Jaya baru-baru ini.
Jebat bukan seorang yang hipokrit dan menidakkan perkara yang betul. Jika betul, ianya akan tetap betul di mata Jebat tetapi kalau pencacai PKR ini bodoh lagi dungu maka tetaplah dungu lagi bodoh di mata Jebat.
'Abang tahu, 20 juta bang 20 juta bang yang datang kat stadium malam tu. TV tak tunjuk. Tak masuk berita'
Itu antara fitnah terbaru yang pencacai PKR lontarkan.
Jebat angkat kaki dan meletakkan RM 5 di atas meja untuk semangkuk cendol. Kalau dilayan sudahnya kita akan jadi seperti Mat Sabu yang tak pernah tahu apa yang dia sendiri cakapkan.
Rakyat Malaysia bilangannya sekitar 28 juta orang. Jadi kalau 20 juta yang datang ke stadium malam itu makanya hanya 8 juta yang tidak hadir. Aduh..Tolonglah..Kebodohan apakah ini?
Patulah mudah benar Anwar dan Kit Siang menipu hidup-hidup puak bodoh sombong ni..
Aduhai malangnya ibu bapa kamu ada anak seperti kamu..!!!