Showing posts with label Kementerian Belia dan Sukan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Belia dan Sukan. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Antara KJ dan Shabery Cheek siapa yang perlu jawab?


Adakah hutan simpan Eli Wong sudah ditebas? Hanya dia yang tahu..

Siapa yang bayar kepada kumpulan K Pop yang buat persembahan di Himpunan Jutaan Belia yang lalu?

Tentulah yang tahu kepada persoalan itu adalah pihak pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan PADA MASA ITU.

Tentulah Menteri dari Kemaman, Shabery Cheek yang arif dan berfakta untuk menjawab persoalan tersebut.

Jadinya, KJ tidaklah perlu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan hanya kerana beliau merupakan Menteri KBS pada masa sekarang.

Kefahaman KJ pada laporan audit itu mestilah sikit sebanyak bercanggah dengan fakta yang diperolehi pada masa itu. Taksiran pada masa kejadian  adalah jauh lebih tepat berbanding taksiran pada masa sekarang.

Hanya Hang Tuah yang tahu bagaimana beliau berjaya membunuh Hang Jebat.

Tahniah kepada KJ kerana cuba menjadi Menteri yang bertanggungjawab tetapi kalau salah caranya bukan digelar bertanggungjawab tetapi diibaratkan sebagai PAK SANGGUP.

p/s: Buat baik berpada pada KJ...!!!

Sunday, May 19, 2013

Harap Pemuda dan Puteri dapat belajar erti malu


Kem Pemuda dan Puteri UMNO seharusnya belajar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana masih tetap meletakkan wakil mereka di dalam barisan kabinet kali ini.

Jika dikira pada sumbangan 2 sayap UMNO itu semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu, rasanya tidaklah layak mereka menjawat jawatan di dalam kabinet PM.

Jebat berada untuk tempoh yang agak lama di kawasan Parlimen Gombak pada PRU kali ini. Kalau ditanya apakah sumbangan Pemuda dan Puteri UMNO semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu ini, jawapan mudah dari Jebat ialah TIDAK ADA SUMBANGAN.

Tanyalah pada mana-mana bilik gerakan di pusat daerah mengundi di kawasan Hulu Kelang adakah mereka mendapatkan kerjasama yang baik dari 2 sayap UMNO itu? Mungkin ada di antara kita yang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bilik gerakan di Parlimen Gombak dibanjiri oleh makcik dan pakcik yang melebihi usia separuh abad.

Yang bergerak sepanjang tempoh berkempen itu hanyalah barisan NGO yang tetap setia menyokong BN. Usahkan hendak berkempen hendak menggantung bendera pun kem Pemuda dan Puteri UMNO tidak lakukan. Bersarang di minda Jebat, mana mungkin Pemuda hendak menggantung bendera dengan berbaju kain linen dan bagaimana Puteri hendak turun berkhemah di bilik gerakan yang tidak berhawa dingin dan tidak glamour?

Aduhai..Menyentuh kepada perlantikan KJ sebagai Menteri, Jebat secara peribadi melihat perlantikan KJ itu hasil daripada kekuatan yang ada pada diri KJ sendiri dan tidak ada kena mengena dengan bantuan daripada  mana-mana ahli Pemuda dan kalau ditanya mengapa Rosnah Ketua Puteri dilantik sebagai Timbalan Menteri..itu kena tanya Perdana Menteri..Jebat sangat tidak faham!!!!!!!

Monday, November 21, 2011

Pasukan Harimau Muda menang emas adalah kerana kekuatan Pakatan?



Tahniah kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya 'mematahkan sayap' sang Garuda Muda yang begitu angkuh di hadapan ratusan ribu penyokong fanatik mereka.

Sesungguhnya kejayaan skuad Harimau Muda ini adalah kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang tidak mengenal jemu kerana menyalahkan UMNO ke atas setiap apa jua yang berlaku di dalam Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Pakatan Rakyat adalah tunggak utama yang telah berjaya menentukan kemenangan ini dan sokongan yang padu serta doa mustajab dari wali selipar penjaga pintu syurga, Nik Ajis adalah faktor segalanya untuk kemenangan skuad Harimau Muda.

Itu adalah kenyataan akhbar daripada pejabat Menteri Belia dan Sukan Pakatan Rakyat di Putrajaya seperti yang dilaporkan oleh akhbar Angan-angan Mat Jenin.

p/s: Adakah angkuh pimpinan Pakatan sama angkuhnya dengan penyokong fanatik Garuda Muda? Adakah pimpinan Pakatan akan berani tampil untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan terutamanya kepada Kementerian Belia dan Sukan di atas kemenangan yang sungguh membanggakan semalam?