Showing posts with label Kalimah syahadah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah syahadah. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Dua Kalimah Syahadah



"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". Jelas di sini di dalam kalimah syahadah semua umat Islam mengakui dan menyaksikan bahawa hanya Allah, Tuhan semesta alam. Tidak ada Tuhan yang lain melainkan Allah.

Jebat bukanlah orang yang arif untuk menterjemahkan dengan lebih mendalam dan Jebat tidak mahu terpesong di dalam membicarakan soal ini. Tidak mahu juga berbicara panjang soal nafi dan isbat di dalam kalimah syahadah. Biarlah orang yang arif membicarakannya. Kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.

Cuma yang Jebat mahu bincangkan di sini ialah apakah logiknya di dalam membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh orang orang bukan Islam termasuk di dalam media cetak orang yang bukan beragama Islam? Apakah orang orang bukan Islam mengakui bahawa tiada Tuhan selain dari Allah. Soalnya mahukah mereka mengakui kebenaran dan kebesaran kalimah syahadah? Atau adakah dengan kebenaran ini mereka akan dapat mempersendakan Islam?

Suka Jebat menyeru kepada sesiapa yang bertanggungjawab untuk mengambil berat perkara ini dan mengambil sebarang bentuk tindakan untuk memperbetulkan keadaan ini. Di dalam hal ini, Jebat suka untuk menyarankan agar PAS dan UMNO untuk mengembeling usaha bersama di dalam mengambil langkah yang sewajarnya.

Kita jangan terlalu lena dan alpa dan PAS yang mendakwa mendokong Islam harus tampil membetulkan keadaan. Perjuangan yang hakiki adalah untuk menegakkan Islam dan Jebat mahu saksikan siapa yang ikhlas di dalam berjuang.

Cuma jauhari mengenal manikam.