Showing posts with label Duit. Show all posts
Showing posts with label Duit. Show all posts

Friday, March 12, 2010

Oh marah marah sayang rupanya

Haru..haru...kesian pulak aku tengok rakan-rakan bloggers ni.. Separuh nyawa mempertahankan UMNO..Menghentam bendera bulan hijau bagak nak rak, wali selipar digasak bertubi-tubi, 'menghentam' taukey kunyit siang malam rupa-rupanya ada pemimpin UMNO yang cemolot dengan PAS. Buat duit rupanya..

Baca kat http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/03/skandal-iran-contra-antara-umno-pas.html hati jadi panas..Manakan tidak..rakan-rakan bloggers ada yang dapat surat saman, ada yang bermalam di sel semalaman..rupa-rupanya orang yang dibela dan dipertahankan sedang buat duit dengan orang yang selama ni bloggers duk lanyak. Ceh..jangankan kata nak bela dan prihatin nasib bloggers, perjuangan rakan bloggers diludah dan dikahak pulak oleh pemimpin UMNO tu.

Inilah ragam orang politik..penyokong berseteru bagai nak rak..tapi pemimpin-pemimpin tetap masyuk. Dalam kepala hotak pemimpin peduli apa penyokong nak seteru yang penting masyuk. Tak kisahlah kalau nak kena kompromi dengan parti lawan pun. Yang penting masyuk. Kerja-kerja taik ni biar bloggers buat. Kalau buat duit pun kan bloggers ada untuk berjuang.

Biar aku je kaya..bloggers biar melarat kat tong-tong sampah jadi macam pemintak sedekah. Bukan soal wang ringgit jadi ukuran tapi soal pendirian. Kalau benci buatlah cara benci, kalau sayang buat cara sayang, kalau nak berniaga pun jangan tipu orang lain.

Amacam geng...lemak berkrim kena bangang kan macam ni?

Tuesday, May 19, 2009

Duit oh duit, PAS pun jadi tak keruan

Heboh juga dalam serban orang-orang PAS. Setelah kemas melilit kepala, serbannya tertanggal juga suatu hari. Setelah diletakkan di atas meja, turun ke dapur mencari nasi yang sedia terhidang, akhirnya terjumpa beberapa helai kertas berharga terselit di celah-celahnya. Siapa yang memberi belum lagi dipastikan. Yang pasti duit itu ada, ada yang menerimanya.Maka kecohlah sekian yang ada.

Puak yang satu lagi kata, tidak ada penggunaan wang untuk mendapatkan undi dalam pemilihan bulan Jun nanti. Tapi, yang sedapnya Tok Guru seperti biasa menggunakan kaedah pemikiran jalan ketiga, iaitu "jika orang beri ambil, tapi jangan undi orang itu."Tok Guru pandai bersilat. Dia tidak kata ya atau tidak adanya politik wang dalam PAS. Dia hanya suruh ambil dan suruh tidak mengundi yang menggunakan politik wang bagi mencapai tujuannya. Seperti juga Tok Guru membuat saranan, dalam mana-mana pilihan raya sekalipun dia meminta para pengundi melakukan perkara yang serupa.

Tapi, lain pula ceritanya. Duad Iraqi sanggup menghadapi tindakan disiplin kerana sungguh-sungguh mahu mendedahkan amalan politik wang dalam PAS.PAS yang terkenal dengan imej Islam turut melaksanakan politik wang. Maknanya PAS tidak lagi dapat menyembunyikan dirinya lagi. PAS mengamalkan rasuah untuk "membeli undi" kerana PAS sudah dilanda gejala tamak. Sesetengah pemimpin PAS yang kaya sama ada secara kaya semula jadi hasil warisan keluarga, usaha sendiri atau pulas lembu-lembu tertentu untuk dapatkan habuan, menggunakan duit untuk mencapai tujuan.Itulah apabila melibatkan diri dalam sebarang pilihan raya, jentera PAS nampak lebih mewah dariapad puak-puak sekular yang lain. Pemimpinnya pakai baju lebih mahal, tapi ada ketikanya buat-buat bodoh sahaja, termasuk sanggup mengorbankan keseimbangan ekologi di Stong untuk membuka ladang kelapa sawit.Apa tujuannya, tentunya telahan setengah orang ada hubung kait dengan usaha untuk mendapatkan hasil oleh puak-puak tertentu bagi membiayai sesuatu program politiknya.

Kita dapat lihat banyak sekali tanah tinggi dibuka dan diteroka sekitar Lojing. Kenapa? Benarlah untuk memberikan peluang pekerjaan dan menjanakan pendapatan, tetapi siapa yang menerokainya? Siapa yang bekerja? Berapa ramai anak buah dia? Berapa ramai rakyat tempatan?