Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts
Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts

Friday, February 12, 2010

Sofi Wahab...kita sesama anak Melaka

Sofi Wahab
Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dibebaskan dari sebarang kes rasuah melibatkan politik wang. Hal ini dinyatakan oleh Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (12 Februari).
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Dalam masa yang sama saya mengucapkan ‘takziah’ kepada rakyat Melaka kerana masih mempunyai seorang Ketua Menteri yang jelas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka kita di Melaka terus mempunyai Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah.

JEBAT- Aduhai saudara Sofi Wahab yang senegeri dengan Jebat..bagaimana saudara boleh terlintas hati untuk mengucapkan 'takziah' kepada rakyat Melaka di atas keputusan SPRM ini?Tidakkah keputusan SPRM ini melegakan seluruh anak-anak Melaka?Bukankah saudara juga anak Melaka?Tidakkah saudara nampak dengan jelas apa sumbangan Tok Ali, Ketua Menteri kita terhadap negeri kita? Benar kita berbeda fahaman politik tetapi sebagai anak Melaka kita seharusnya bangga dengan pencapaian yang telah Tok Ali buat untuk Melaka..Susahkah untuk kita bersyukur dengan apa yang negeri kita ada? Tidakkah kita malu dengan pengunjung yang mengunjungi Melaka yang rata-rata memuji keindahan negeri kita tetapi kita sebagai anak Melaka beria-ia benar nak membuka pekung sesama kita?


Sofi Wahab


Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.
Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM.
Saya memohon kepada Pesuruhjaya baru SPRM, Datuk Haji Abu Kassim Mohamad supaya meneliti semula kes ini kerana kita ragu dengan hasil siasatan kes ini.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu SPRM bertindak dengan penuh tanggungjawab, professional dan telus.
Lembaga Disiplin Umno memutuskan Ali Rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang semasa kempen pemilihan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2009 di mana beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.


JEBAT-Apakah yang saudara harapkan untuk memohon supaya SPRM meneliti semula kes ini? Cukuplah saudara, seharusnya keputusan SPRM ini memberi satu kelegaan kepada kita anak-anak Melaka..Jika Tok Ali disabitkan dengan kesalahan ini, kita sebagai anak Melaka terpalit aib yang sama.Kita datang dari kepompong yang sama..makan cencalok sebotol bersama..menjual belacan di lorong yang sama..meratah ikan bakar di pantai yang sama..bahkan udara yang kita hirup adalah udara yang sama..


Sofi Wahab


Pada 18 April 2009, Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009.
Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan Exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Datuk Othman Muhamad.


JEBAT-Saudara, kita mengucap syahadah yang sama..Saudara telah lupa bagaimana Kesultanan Melayu Melaka hancur kerana si kitol yang mencucuk mata?Saudara lupa bagaimana Pateh Karma Wijaya membeloti kita?Saudara lupa Tun Tuah berkata 'Takkan Melayu Hilang Di dunia'?Saudara lupa bagaimana Kesultanan Melayu Melaka kehilangan kuasa?Cukuplah saudara..sama-sama kita memartabatkan Melaka..


Untuk makluman-Sofi Wahab ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka