kalau UMNO Selangor sayangkan UMNO Selangor eloklah tukar kepimpinan sebagaimana mereka bijak mendesak suatu ketika dahulu
Pak Lah tak dapat 2/3 masa PRU ke 12...Pak Lah kena letak jawatan...
Najib pun tak dapat 2/3 masa PRU ke 13..patutnya macam Pak Lah jugak lah..tapi mungkin Naib Naib Presiden sekarang tak segarang Naib Presiden masa zaman Pak Lah yang berani suruh Presiden letak jawatan.
UMNO Selangor? Hmmm..rakyat Selangor memang dah tak boleh nak terima kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Dah kena buka buku baru dan biar orang baru jadi kepala UMNO Selangor.
Kepimpinan UMNO yang ada sekarang memang dah patut tutup buku dan tumpu pada keluarga masing masing. Contoh..UMNO Bahagian Gombak..Masa PRU 13 mereka berdepan Azmin Ali untuk kerusi Parlimen Gombak.
Sepanjang tempoh kempen rasanya tak sekali pun kelibat Azmin hadir beri ceramah tapi Azmin tetap menang besar. Kalau tanya apa yang Azmin buat di Gombak itu bukan isunya tapi isunya ialah orang sudah tidak boleh terima kepimpinan UMNO Selangor sekarang.
Bila Tun M tegur pasal UMNO Selangor sesungguhnya apa yang ditegur itu adalah sesuatu yang benar dan tidak ada sesuatu yang tidak benar melainkan benar belaka.
Kalau pemain bola dah tak pandai main bola elok duduk di rumah atau buatlah kerja kerja lain. Kepimpinan UMNO Selangor yang ada sekarang kenalah terima hakikat bahawa zaman kamu sudah berakhir.
Sesungguhnya perjuangan di dalam politik adalah untuk memenangkan parti dan bukan memenangkan individu khusus.
Selagi UMNO sekarang tidak memberi laluan kepada muka muka baharu..hmmmm,..jangan kata hendak menawan kembali Selangor pada PRU ke 14 nanti tapi rasanya tidak mustahil akan lebih banyak kehilangan kerusi.
Apa? Salah jangkaan Jebat? Kalau sanggup benjol kepala dulu baru nak tengadah takpelah...teruskan sahaja dengan kepimpinan UMNO Selangor yang ada...
Sesiapa pun sahaja berhak membuat keputusan sendiri.,.Tepuk dada tanyalah apa yang kamu mahu!!
p/s: Kalau diberi emas permata sekalipun belum tentu dapat menawan hati yang luka dan lara..Jangan biarkan rindu menjadi benci dan dendam..